Kuching: ADUN Sentosa, Chong Chieng Jen mahu pihak bank memberitahu berapa lama seseorang itu perlu berdiri di depan mesin ATM selepas melakukan satu-satu transaksi dibatalkan dan apabila tiada wang yang keluar dari mesin ATM berkenaan.
Chong berkata pada 13 Disember lalu, Hii Chang Thung seorang pelanggan bank telah pergi ke mesin ATM untuk mengeluarkan wang sebanyak RM1,500.
Selepas menekan butang untuk amaun berkenaan, skrin mesin berkenaan kembali ke “Main Menu”. Hii cuba beberapa kali tetapi tiada apa-apa yang berlaku dan tiada wnag yang keluar dari mesin tersebut.
Chong berkata Hii cuba di mesin yang kedua dan perkara yang sama turut berlaku.
Dia kemudian pergi ke pejabat cawangan untuk memaklumkan kepada kakitangannya dan seorang pegawai menggunakan getah pemadam untuk membersihkan micro chip di kad ATM dan menyuruhnya pergi mencuba semula.
Hii kemudian mencuba kadnya dengan mesin ATM yang ketiga. Perkara yang sama berlaku dan mesin ATM tersebut tidak mengeluarkan wang menyebabkan beliau kembali ke pejabat bank semula. Pegawai bank di situ menyatakan kadnya rosak dam perlu digantikan dengan yang baru.
Selepas cuba untuk melakukan pengeluaran wang dengan kad yang baru, mesin ATM tersebut menyatakan beliau telah membuat pengeluaran yang melebihi had untuk hari tersebut iaitu RM5,000. Dia hanya boleh mengeluarkan RM500 kerana RM5,000 sudahpun dikeluarkan.
Satu laporan polis dibuat dan Hii diminta menonton rakaman CCTV. Di dalam CCTV, ia menunjukkan wang tersebut muncul dari mesin selepas Hii meninggalkannya dan sesiapa yang mengambil wang tersebut tidak dapat dikenalpasti.
Pihak bank menyatakan ia adalah kesalahan Hii kerana dia tidak menunggu dengan masa yang secukupnya dan pihak bank enggan menggantikan kehilangan wangnya.
Chong telah menulis surat kepada pihak bank memintanya supaya menggantikan kehilangan wang Hii kerana beliau telah menunggu beberapa minit dan juga urusniaga itu telah dibatalkan. (sarawakupdate/GB)

1 ulasan:
Tangkai Jering betoi Bank ni pun. Ganti la balik, bukannya banyak mana pun, tak bangkrap pun aaih takat nak ganti balik tu. Apa punya bank kira nak untung laba saja tak jaga kebajikan pelanggan. Habag mai bank mana biag kita semua pindah pi bank lain ! Walaupun bank melayau buat menatang apa kalau tak bela bangsa ?
Catat Ulasan