20 Dis 2010

UMNO Salah Terkam, Selangor Tak Terlibat Pelan Pembangunan Surau Rawang

Selangor tak terlibat pelan pembangunan tapak surau

Kerajaan Selangor tidak terlibat langsung dengan pelan pembangunan tapak sebuah surau di Rawang yang dibantah sekumpulan penduduknya semalam, dakwa setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin.

Beliau menjelaskan bahawa tanah yang terlibat dalam projek pembangunan tersebut dimiliki dua syarikat pemaju yang menjalankan projek tersebut secara usahasama.

Sebuah daripada syarikat itu didakwa tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dengan kerajaan negeri.


Sehubungan itu, Faekah (kanan) berkata, pihak yang terlibat dalam perhimpunan itu, termasuk pemimpin Umno sepatutnya, membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang "tuduhan liar".

Beliau juga mendakwa kerajaan terdahulu pimpinan BN sebenarnya yang telah meluluskan kedua-dua syarikat terbabit menjalankan projek tersebut atas tanah berkenaan, termasuk lot yang telah diwartakan untuk pembinaan surau.

“Fakta jelas mendedahkan siapa yang sebenarnya telah mengorban orang Melayu dan Islam di Rawang.

"Saya rasa mungkin lebih sesuai penduduk berhimpun di pejabat Umno dan MCA untuk membuat aduan mereka,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Jemput SPRM

Semalam, Badan Bertindak Surau Al-Hidayah (BBSAH) Kampung Melayu Rawang dilaporkan berhimpun dalam demonstrasi secara aman bagi membantah pengambilan tapak surau itu.

Penasihat BBSAH Datuk Ir Md Nasir Ibrahim dilaporkan berkata ketidakcekapan kerajaan negeri sekarang menyebabkan satu-satunya tanah orang Melayu di pekan Rawang yang luasnya tidak seberapa, jatuh ke tangan swasta.

Beberapa pemimpin BN, antaranya Pengerusi Biro Agama Umno Selangor Datuk Zainal Abidin Sakom (kiri) juga kelihatan turut serta dalam perhimpunan itu.

Berhubung status gerai-gerai tanpa lesen yang beroperasi di sekitar surau berkenaan, Faekah berkata laporan awal yang diterima dari Pejabat Daerah Gombak mendedahkan ia dibina secara haram tetapi sewa dikutip oleh seorang bekas ahli jawatankuasa surau untuk mengisi tabung surau itu.

Bagaimanapun, katanya, ahli jawatankuasa baru surau berkenaan mendakwa kutipan itu tidak pernah disalurkan ke tabung surau.

“Saya menyeru polis dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) membuat siasatan lanjut berkenaan hal ini dan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan memberi kerjasama penuh,” katanya.

Faekah juga berkata kerajaan Selangor akan memastikan penduduk di Kampung Melayu, Rawang, mempunyai kemudahan surau walaupun notis perobohan dan pemindahan telah dikeluarkan oleh syarikat pemaju bagi menjalankan projek pembangunan yang telah diluluskan lapan tahun lalu.

Kerajaan Selangor melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut agar penduduk di kampung itu dapat terus menjalankan ibadat seperti biasa. -mk


Penduduk bantah pengambilan tapak surau

RAWANG – “Jangan cabar akidah dan maruah kami.”

Demikian tegas lebih 1,000 ahli kariah Surau Al-Hidayah, Pekan Rawang dan penduduk ketika mengadakan bantahan secara aman membantah usaha sebuah syarikat swasta didakwa untuk merampas tapak surau mereka secara tidak adil untuk tujuan pembangunan.

Menurut mereka, kesabaran ada hadnya dan akan bangkit menentang sebarang cubaan merampas tapak surau itu secara haram.

Pengerusi Badan Bertindak Surau Al-Hidayah, Bing Selamat Amir (gambar kecil) mendakwa, perubahan status lot surau kepada lapan lot komersial sudah diluluskan kerajaan negeri Selangor melalui anak syarikatnya, SAP Holdings Berhad tahun lalu.

Namun begitu, katanya, apabila surat bantahan dihantar, sehingga kini tiada maklum balas. -kosmo

4 ulasan:

Lim penang berkata...

Faekah... wa tabik sama lo ! Wa harap lo terus berani dan cekal.

zuraimi berkata...

puak2 ni bukan kisah sangat pekara sebenar... janji dapat kutuk PR dlm berita & media... janji org kampung yg takada akses internet termakan fitnah diorg....mmmm...

itulah matlamat utama... janji jarum sampai...

jenis politik UMNGOK...

so keja kita kasi sampai ini berita pada dunia... gunakan akses yg ada blog.. FB... kedai mamak... opis... mana2 jelah....

pepe81 berkata...

ermmm ni le kerja gerombolan,..,seronok benor PR lah paling buruk,,.,yang deme tu,.hari2 buruk x nampak,.,.,.,

Cumi Manzui berkata...

Kadang kasihan melihat puak ni. Jenis macam anjing (perumpamaan). Jenis makan tahi tapi dok tuduh orang lain makan tahi. Mulut masih berbekas tahi, masih sanggup tuduh orang lain.
Nak buat macam mana, kan rakyat Malaysia kan bodoh. Senang ditipu. Tidak ada langsung penaakulan atau berfikiran logik.
Manusia minda kelas pertama atau kelas ketiga?