Pulangkan wang pendahuluan jika tidak berminat terima PTPTN
TEMERLOH: Pelajar yang menerima wang pendahuluan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) namun tidak berminat untuk menerima pinjaman tersebut boleh memulangkan kembali wang itu, kata Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said.
Beliau berkata, wang pendahuluan berjumlah RM1,500 dihantar melalui cek kepada pelajar-pelajar terpilih bertujuan membantu mereka yang pertama kali ditawarkan ke institusi pengajian tinggi dan kurang berkemampuan.
"Jika ada antara mereka yang tidak memerlukan pinjaman itu tetapi menerima wang pendahuluan berkenaan, mereka boleh pulangkan kembali cek tersebut, atau mengabaikan sahaja kerana cek tersebut hanya sah dalam tempoh sebulan," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan terdapat pelajar yang menerima wang pendahuluan berkenaan walaupun tidak pernah membuat permohonan bagi mendapatkan pembiayaan tersebut.
Bagaimanapun, katanya, jika pelajar berkenaan memasukkan cek tersebut ke dalam akaun mereka, maka mereka dianggap menerima wang pendahuluan itu. - BERNAMA
Ulasan GB
Begitu gayanya mentaliti dan gaya pengurusan Pengerusi PTPTN. Memberikan wang PTPTN kepada mereka walaupun kepada yang tidak pernah memohon, kemudian ambil tindakan menyenaraihitam pelajar dan menghalang mereka ke luarnegara apabila gagal membayar pinjaman. Tak cukup dengan itu kemudian mengadu berbillion tak dibayar oleh pelajar.
PTPTN wujud di era Mahathir menjadi PM. "Pelajaran" menjadi tiba-tiba menjadi komiditi yang diniagakan. Tanggungjawab untuk memberi pendidikan kepada rakyat kini terpaksa ditanggung pula oleh rakyat yang terpaksa membayar segala yang asas yang sepatutnya wajib disediakan secara percuma oleh negara seperti pendidikan, kesihatan dan seumpamanya.
Pembaziran dan ketirisan aliran kewangan negara terus-terusan berlaku. Wang keuntungan hasil dari kekayaan negara yang diperolehi dari Petronas saha misalnya, sudah lebih dari cukup untuk menampung keperluan pendidikan untuk rakyat. Tetapi apa yang berlaku projek-projek mega yang menjadi keutamaan. Malah royalti minyak negeri Kelantan disapu habis untuk kepentingan politik UMNO BN.
Pakatan Rakyat membawa misi mewujudkan negara berkebajikan memenuhi hasrat "rakyat didahulukan", bukan seperti retorik UMNO BN yang hanya pandai berslogan, sedangkan hakikatnya, rakyat semakin tertekan.

PTPTN Beri Pinjaman Berjumlah RM37 Bilion Sehingga Nov Lepas
TEMERLOH, 25 Dis (Bernama) -- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memberikan pinjaman berjumlah RM37 bilion kepada pelajar sejak ia ditubuhkan pada 1997 sehingga bulan lepas.
Pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said berkata seramai 1.7 juta pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke intitusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta telah menerima manfaat daripada pinjaman berkenaan.
"Bagaimanapun, daripada keseluruhan pelajar yang mendapat pinjaman itu hanya 77 peratus pelajar yang membayar balik pinjaman selepas mereka menghabiskan pengajian di IPT," katanya kepada pemberita selepas majlis Penganugerahan Pakaian dan Beg Sekolah, Meraikan Pelajar Cemerlang dan Miskin Peringkat Parlimen Kuala Krau di sini.
Beliau berkata, seramai 191,262 peminjam pula tidak pernah membayar balik pinjaman walaupun telah diberikan beberapa kali peringatan termasuk notis saman.
"Pembayaran secara sukarela oleh peminjam seperti melalui pemotongan gaji, bank dan secara atas talian dilihat tidak berkesan dalam mengutip kembali pinjaman dan kita harap cadangan pindaan Akta PTPTN 1997 untuk mewajibkan bayaran balik pinjaman secara potongan gaji dapat dilaksanakan pada tahun depan," katanya.
Katanya, bagi tahun ini, PTPTN mensasarkan menerima bayaran balik berjumlah RM5 bilion, namun setakat bulan lepas, pihaknya hanya menerima RM4.8 bilion.
-- BERNAMA
Ulasan GB
Begitu gayanya mentaliti dan gaya pengurusan Pengerusi PTPTN. Memberikan wang PTPTN kepada mereka walaupun kepada yang tidak pernah memohon, kemudian ambil tindakan menyenaraihitam pelajar dan menghalang mereka ke luarnegara apabila gagal membayar pinjaman. Tak cukup dengan itu kemudian mengadu berbillion tak dibayar oleh pelajar.
PTPTN wujud di era Mahathir menjadi PM. "Pelajaran" menjadi tiba-tiba menjadi komiditi yang diniagakan. Tanggungjawab untuk memberi pendidikan kepada rakyat kini terpaksa ditanggung pula oleh rakyat yang terpaksa membayar segala yang asas yang sepatutnya wajib disediakan secara percuma oleh negara seperti pendidikan, kesihatan dan seumpamanya.
Pembaziran dan ketirisan aliran kewangan negara terus-terusan berlaku. Wang keuntungan hasil dari kekayaan negara yang diperolehi dari Petronas saha misalnya, sudah lebih dari cukup untuk menampung keperluan pendidikan untuk rakyat. Tetapi apa yang berlaku projek-projek mega yang menjadi keutamaan. Malah royalti minyak negeri Kelantan disapu habis untuk kepentingan politik UMNO BN.
Pakatan Rakyat membawa misi mewujudkan negara berkebajikan memenuhi hasrat "rakyat didahulukan", bukan seperti retorik UMNO BN yang hanya pandai berslogan, sedangkan hakikatnya, rakyat semakin tertekan.
1 ulasan:
berbilion selama hampir 10 tahun... kualiti mutu graduan & universiti masih rendah...
Catat Ulasan