26 Dis 2010

[Bergambar] Menjelang Pelawanan Akhir I Piala AFF Suzuki

Pemain Malaysia yang akan turun menentang Indonesia di dalam Piala Akhir AFF Suzuki jam 8.00 malam ini


Malaysia dibenarkan ganti 3 pemain yang cedera

Hasrat jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, K Rajagobal untuk menggantikan tiga pemain tercedera akhirnya tercapai apabila mesyuarat Perwakilan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) memberi kelonggaran kepada Malaysia menyenaraikan tiga pemain baru.

Berita gembira itu disampaikan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad yang hadir selaku wakil FAM untuk mendengar hasil keputusan yang dibentangkan oleh perwakilan AFF, semalam.

Menurutnya, Malaysia diberi masa sehingga esok untuk mendaftarkan tiga pemain tersebut sebelum pukul 5 petang.

”Perwakilan AFF hanya membenarkan tiga sahaja pemain baru untuk didaftarkan setelah meneliti rayuan yang kami kemukakan.

”Saya akan berbincang bersama K Rajagobal terlebih dahulu mengenai senarai tiga pemain tersebut kerana mungkin dia mempunyai strategi lain di saat akhir.
”Bukan sahaja skuad kebangsaan kita yang menghadapi masalah, Thailand dan Vietnam juga turut mengemukakan rayuan yang sama,” katanya.

Baru-baru ini, Rajagobal mendedahkan bahawa dia telah menghantar tiga nama pemain baru iaitu Indra Putra Mahayuddin, Mohd. Razman Roslan dan A Thamil Arasu bagi menggantikan pemain yang tercedera kepada jawatankuasa pertandingan Piala AFF Suzuki 2010.

Antara tiga tonggak yang cedera itu ialah Norhafiz Zamani Misbah, Ahmad Fakri Saarani dan Mohd. Nasriq Baharom.

Malaysia akan menghadapi Indonesia pada perlawanan pertama peringkat kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno pada 1 Disember ini sebelum bertemu Thailand (4 Disember) dan Laos (7 Disember).

Selain itu, Azzuddin berkata FAM mempunyai perancangan untuk berjumpa wakil Brendan Gan, 24, yang difahamkan berminat mewakili Malaysia di pentas antarabangsa sekiranya diberikan peluang.

”FAM akan usahakan dalam masa terdekat menemui Brendan, namun ia perlu mendapat makluman Jawatankuasa Teknikal terlebih dahulu dan mendapat perkenan Presiden, Sultan Ahmad Shah.

”Banyak perkara perlu kami teliti terlebih dahulu seperti profil dan laporan prestasi Brendan sebelum kami mengemukakan tawaran bermain bersama skuad kebangsaan, ” katanya.

Brendan yang beraksi di posisi tengah dilahirkan di Australia namun ayahnya berasal dari Negeri Sembilan dan kini sedang beraksi bersama Sydney United dalam Liga Australia. -sokernet


Persatuan Peniaga Indonesia beri tiket percuma

KUALA LUMPUR: Sebahagian warga Indonesia yang tinggal di Malaysia telah membeli tiket untuk dibahagikan secara percuma kepada penyokong mereka untuk ke Stadium Bukit Jalil malam ini.

Malaysia menentang Indonesia dalam final pertama Piala AFF.

Sebanyak 15, 000 tiket diperuntukan kepada penyokong Indonesia. Pemberian tiket percuma itu dicetuskan oleh Persatuan Peniaga lndonesia di Malaysia.

"Sebanyak 120 keping tiket telah kami beli dengan harga RM30 satu, Alhamdulillah semuanya telah dibahagikan,” kata ketua persatuan, Hotman Wangi.

Dianggarkan ada lebih sejuta warga Indonesia berada di Malaysia dan separuh tinggal di Lembah Kelang.

Penyokong Indonesia dan Malaysia diberikan akses masuk dan tempat parkir berbeda di Stadium Bukit Jalil.

Penyokong Indonesia diberikan akses masuk melalui Pintu Biru dan Pintu Ungu. Mereka diberikan lokasi parkir di zon D dan zon E.

Sementara itu, penyokong l Malaysia diberikan akses masuk melalui Pintu Merah, Pintu Hijau, dan Pintu Kuning. Mereka diberikan lokasi parkir di zon A, B, dan C. -FMT


Gambar dari Bernama

Penyokong Malaysia







Penyokong Indonesia





Anggota Keselamatan






1 ulasan:

armouris berkata...

Malaysia boleh! Main bola jangan sampai cedera - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak