Pemilihan: PKR minta Chegubard sabar, jangan buat bukan-bukan
KUALA LUMPUR, 10 Dis — Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail meminta semua pihak yang membuat aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) termasuk Badrul Hisham Shaharin — bekas calon jawatan ketua sayap Pemuda PKR yang tewas supaya jangan bertindak tergopoh-gopoh.
Sehubungan itu, Saifuddin meminta Badrul Hisham, yang kelmarin menegaskan tidak mengiktiraf keputusan pemilihan yang baru lalu, supaya bersabar menanti penemuan ke atas aduan-aduan aduan yang dibuat berhubung pemilihan pucuk kepimpinan pusat.
Tambah Saifuddin, JPP masih menjalankan siasatan terhadap setiap aduan yang dikemukakan.
Sepanjang pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dijalankan sebanyak 18 aduan telah dikemukakan kepada JPP manakala bagi pemilihan cabang pula sebanyak 289 aduan.
“Aduan sekarang di atas meja JPP, jadi kita serah kepada JPP untuk menyiasat setiap aduan yang dikemukakan sepanjang pemilihan berlangsung.
“Semua aduan yang dikemukakan masih belum selesai, JPP masih menyiasat setiap aduan.
“JPP tahu tanggungjawab terhadap aduan yang dikemukakan itu, kita biarkan proses siasatan ini berjalan,” kata Saifuddin ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Beliau juga mahu semua pihak memberikan ruang kepada JPP untuk menyiasat dengan teliti setiap aduan yang dikemukakan.
“Lagipun kita baru habis kongres, sudah tentu siasatan terhadap aduan ini masih lagi berjalan. Jadi saya harap kita beri masa kepada JPP untuk menyiasatnya.
“Bukan semua aduan akan selesai cepat, ada aduan yang kita kena panggil pengadu jadi kena sabarlah.
“Kita juga perlu hormati proses siasatan ini, kepada mereka yang kemukakan aduan kita harap bersabar. Serah kepada JPP untuk siasat,” katanya.
Ketika ditanya sama ada tindakan Badrul Hisham atau lebih dikenali “Chegubard” akan menjejaskan PKR, Saifuddin bagaimanapun berkata, tumpuan sekarang adalah pilihan raya umum ke-13.
“Kita serahkan kepada JPP untuk siasat, isu kita sekarang adalah menghadapi pilihan raya umum.
“Fokus kita adalah memperkuatkan parti dan juga Pakatan Rakyat,” katanya.
Kelmarin, Badrul Hisham berkata, beliau tidak mengiktiraf keputusan pertandingan jawatan Angkatan Muda Keadilan yang diumumkan 26 November lalu.
Malah, Ketua PKR Rembau ini juga berkata, beliau tidak akan menerima apa jua jawatan selagi segala aduan mengenai kecacatan dan kepincangan pemilihan dijawab dengan rasmi oleh jawatankuasa pemilihan.
“Saya dengan ini menyatakan akur apa yang berlaku tetapi sama sekali tidak mengiktiraf keputusan pemilihan PKR 2010.
“Saya masih juga menantikan penjelasan bertulis dalam perkara yang saya bangkitkan,” katanya.
“Kita telah berjaya membuktikan tanpa politik naungan dan kewangan yang melimpah kita mampu menang jika semua dijalankan secara telus.
“Saya telah menghantar bantahan bertulis. Bantahan yang telah menyenaraikan perbagai kepincangan ini tidak mendapat respons bertulis setakat ini,” katanya.
Dalam kenyataan pertama selepas Kongres Nasional PKR Ketujuh baru-baru ini, Badrul Hisham berkata, beliau tidak kecewa kerana tewas pemilihan yang julung kali menggunakan sistem secara langsung.
“Kalau kecewa pun adalah kerana saya tidak dapat melaksanakan pembaharuan dalam (Angkatan Muda Keadilan) AMK yang saya dan teman-teman amat yakin mampu menyerlahkan politik reformasi yang kita laungkan selama ini yang telah digariskan dengan jelas dalam Manifestasi Anak Muda Malaysia,” katanya.
Badrul Hisham tewas dalam persaingan satu lawan satu di tangan Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mempertahankan jawatannya dengan majoriti lebih 1,000 undi. -TMI
Ulasan GB
Hairan kita, pemilihan sudah berakhir, aduan masih disiasat katanya.
Siasatan untuk apa lagi sebenarnya? Sekadar untuk menjawab secara bersurat kepada para pengadu bahawa penipuan tidak wujud?
Beri peluang JPP untuk apa? Untuk terus menipu dan menipu lagi sekalian para ahlinya?
Sepatutnya, jika ada kejujuran dalam sebarang siasatan, pemilihan yang lepas telah dibatalkan atau setidak-tidaknya ditangguhkan.
Kebenaran dan keadilan akan tetap menang mengatasi penipuan walau siapa juga yang melakukan, kawan atau pun lawan.
Nak marah GB? Marahlah. Kesannya bukan kepada GB tetapi kepada PR sendiri nanti. Belajarlah untuk terima hakikat. Jangan kita bersorak tak sudah-sudah sehingga dah kalah di Bagan Pinang, Hulu Selangor, Batu Sapi dan Galas pun masih tak sedar-sedar lagi.

6 ulasan:
penyebok lah kau situ...
Betul tindakan cgu bard tu... kena cara... cara PKR tangani pun betul... xsemestinya adu hari ini esok terus dpt siasat n lusa terus dapat jawapan, ada 18 aduan pemilihan MPP n 289 aduan pemilihan cabang tu, semua pihak kena sabar lah, selalunya tahu sabar sebahagian drp iman... apapun PKR TELUS, PR bertambah MANTAP.
jari tengah utk saifudin, ibu jari utk chegu bard
Jari tengah aku plak utk BunBinBan...apa rasa??? Jgn cakap tak pakai otak??? macamana nak hancurkan UMNO dgn cara gitu??? Lain la ahli bawahan UMNo yg sedia ada BODOH dan sering diperbodohkan oleh pemimpinnya.
Tak usah buang masa siasat... bukan boleh pusing jarum jam ke belakang semula. Si PENIPU yg dah menang pun bukan boleh ditarik balik jawatannya. Ambil je jawatan tu kalau nak sangat. Orang yg memegang jawatan saja tahu samada dia PENIPU atau tidak. Jgn nak cuba kawal persepsi rakyat. Itu rakyat punya suka nak fikir apa. PRU13 nanti kalau terlungkup jgn salahkan rakyat. Duduk depan cermin tanya diri sendiri kenapa aku kalah. Itu pun kalau rasa diri bermaruah. Kalau tak, serupa najib & the geng lah. Selambe je muka hari-hari tipu rakyat tanpa rasa bersalah.
pkr kata orang akar nya UMNO...benih yang keluar sedikit sebanyak ada baka UMNO..walau ditut dgn baka lain...jadi tak hairanlah kalau ada perangai buruk umno dlm tu...samada yg diatas atau yg dibawah...sepatutnya spesis umno dah dicantas dan buang jauh sebab tau benih tu tak boleh pakai...yang menang kena istighfar sebab takut kuasa yang diberi hampa tak terpikul untuk laksanakan, apatah lagi yang bersangkut dengan perintah Allah. Yang kalah sepatutnya ucapkan Alhamdulillah kerana hampa mungkin tak layak jadi pemimpin..buat masa la ni...mungkin sekali lagi..kalau semua nak berlagak panglima...tak boleh sabar, atur strategi kotor, sumpah saudara sendiri, merajuk, memberontak,....reformis?..pejuang?..pemimpin ummah?..jangan sampai aku RAKYAT maki hampa...
Catat Ulasan