15 Dis 2010

Apabila RPK Dicaci-maki Oleh Pendewa Anwar

Raja Petra Serang PKR: Pembangkang Tak Layak Perintah Negara

PETALING JAYA: Pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang tidak sebulu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus `menyerang' parti pembangkang itu dengan menyatakannya tidak layak memerintah negara ini.

Raja Petra berkata, ketika dia menegur parti itu mereka amat kecoh mendakwanya disogok oleh Umno atau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sheesh, macam ini nak memerintah negarakah?," tulis Raja Petra dalam ruangannya, No Holds Barred, Isnin.

Para pemimpin PKR mengecam Raja Petra dengan hebat malah melabelkannya sebagai 'kuda Trojan' serta mendakwanya telah dibeli oleh sesetengah pihak.

Raja Petra menulis, dia dianggap sebagai musuh Pakatan Rakyat.

"Bagaimanapun, sekiranya saya bodek Pakatan Rakyat dan menghentam Barisan Nasional, saya akan menjadi anak sejati Malaysia, seorang patriot.

"Inilah cara minda pembangkang berfungsi dan kita ingin mereka memerintah negara ini,"
soalnya.

Dia menambah, apabila Malaysia Today membocorkan rahsia dan kertas-kertas sulit yang memudaratkan kerajaan, mereka tidak melatah.

"Apabila WikiLeaks membocorkan rahsia-rahsia negatif kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya, PKR bertepuk tangan, bersorak serta berkata, WikiLeaks ialah satu anugerah Tuhan.

"Sekarang bila keadaan sebaliknya berlaku, anda melatah dan mendakwa berlaku konspirasi dan sub judice. Berhenti menangis seperti bayi,"
ujar Raja Petra.

Katanya, ramai kecewa dengan laporan WikiLeaks mengenai pemimpin PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, mereka berasa ia adalah tidak adil dan beretika bagi WikiLeaks untuk menerbitkan satu laporan berhubung dengan isu tersebut ketika prosiding mahkamah masih berlangsung.

"Sudah pasti, saya bersetuju, perbicaraan itu sedang berlangsung. Jadi kita tidak sepatutnya memberikan komen tentang sesuatu perbicaraan yang sedang berlangsung.

"Namun, sejak bila parti pembangkang menghormati peraturan ini?

"Semasa perbicaraan Liwat 1, kita mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri) kaw kaw (secara hebat) dan berkata apa-apa sahaja mengenai isu tersebut bagaimana beliau mengenakan Anwar.

"Sekarang di perbicaraan Liwat 2, kita menghentam Najib dan mendakwa beliau turut mengenakan Anwar,"
tulisnya.

Raja Petra menambah, Malaysia Today bukan sahaja lantang bersuara dalam kes perbicaraan Anwar bahkan beberapa kes besar termasuk kepincangan kewangan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) semasa ia masih dibicarakan di mahkamah.

Dia memberitahu, mereka yang suka mencari pasal perlu bersedia untuk menerima kritikan. -mstar




Sekatan polis, namun ribuan dengar Anwar
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 15 Dis: Walaupun penuh dengan sekatan polis, ia tidak menghalang orang ramai memenuhi kawasan lapang taman Melati dekat sini untuk mendengar sendiri penjelasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya tentang tuduhan terbaru para pemimpin Singapura melalui WikiLeaks.

Dan di majlis itu, Anwar tidak hilang karismanya sebagai pemimpin apabila berkata, “Adakah kamu fikir saya ini bodoh untuk memasuki perangkap apabila tahu ianya perangkap? Jangan cabar saya terlalu berlebihan! Saya akan dedahkan kes pembunuhan yang telah dilakukan dan cuba ditutup rapat.”

“Wikileaks, apa bukti kamu, bawa Lee Kuan Yew ke mahkamah. Saya tidak peduli, kamu fikir saya buat atau tidak. Itu bukan urusan saya. Kamu ada rakaman video atau catatan doctor, bawa ke mahkamah,” kata Anwar disambut tepukan gemuruh para penyokongnya.

Anwar merujuk kepada dakwaan para pemimpin Singapura dan diplomat mereka dalam apa yang dinamakan sebagai pendedahan oleh WikiLeaks melalui media Australia yang antara lain mendakwa Anwar telah diperangkap oleh musuhnya dalam kes sodomi dan Anwar sendiri memasuki perangkap itu.

Walaupun cuba diterangkan oleh para pemimpin Pakatan mengenainya, namun semua media tradisional negara menutupnya. Laporan WikiLeaks juga diambil tentang dakwaan Lee Kuan Yew terhadap Anwar sahaja tetapi laporan tentang pembunuhan Altantuya Shariibuu tidak disiarkan.

Di samping Anwar, turut berceramah adalah anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad, anggota Parlimen Batu Tian Chua, Tan Tee Kwong, Shamsul Iskandar dan juga Teresa Kok.

Tian Chua dalam ceramah itu berkata, pihaknya sedang berusaha supaya laporan WikiLeaks ini dibincangkan di Dewan Rakyat. Satu usul telah dibentangkan bagi membincangkan hal itu.

“Kita mahu Dewan Rakyat bincangkan laporan terhadap Anwar dan juga dakwaan terhadap Najib berkaitan dengan pembunuhan terhadap Altantunya yang juga disebutkan dalam dokumen WikiLeaks ini,” kata Tian.

Siang tadi, peguam Anwar mengumumkan pihaknya akan menyaman Lee Kuan Yew dan juga Tun Dr Mahathir yang berkata beliau yakin pemimpin Singapura itu tahu Anwar melakukan sodomi itu.

Anwar mula menjelajah negara mulai semalam. Esok 16 Disember, Anwar akan berada di Dataran Muhibbah, Kampong Ismail, Ampangan, Negeri Sembilan dalam siri Ceramah Perdananya sehinggalah 19 Disember ini yang akan berakhir di Pulau Pinang. -harakahdaily


Ulasan GB

Begitulah keadaannya. GB juga dihentam habis-habisan oleh golongan pendewa-pendewa Anwar apabila GB mengkritik Anwar malah ada yang sampai ke tahap memaki hamun GB kononnya GB sudah mendapat upah dan bayaran dari UMNO. Dahulu semasa waktu pemilihan golongan yang menuduh GB mendapat bayaran dari Datuk Zaid Ibrahim.



Golongan inilah sebenarnya perosak kepada Pakatan Rakyat. Mereka suka menghentam orang lain tetapi mereka sendiri tidak boleh menerima kritikan.

Jika demikian keadaannya, memang Pakatan Rakyat akan musnah, bukan disebabkan RPK atau GB yang sering menyatakan kebenaran dan keadilan, tetapi oleh para pendokong dan penyokong totok yang berjuang dengan nafsu tetapi bukan dengan ilmu.

Malah ada yang ahli PAS juga yang entah dari mana tarbiah yang diperolehi siap menuliskan ayat Al-Quran untuk menguatkan hujjah

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” [Al Hujuraat:6]

Bukankah ayat di atas terang-terang menyatakan suruh periksa dengan teliti terhadap sesuatu berita yang datang dari orang fasik? Ayat itu tidak suruh menerima dan tidak suruh menafikan.

GB pun di dalam tulisan GB mengenai Wikileaks tidak menerima dan tidak menafikan, sekadar memaparkan berita berkenaan supaya kita sama-sama memeriksanya samada benar atau pun tidak.

Malah Anwar sendiri di dalam ceramahnya malam tadi tatkala mengulas isu Wikileaks itu tidak secara khusus dan tegas menafikan samada beliau meliwat atau pun tidak, tetapi sebaliknya menumpukan serangannya untuk mengaitkan Najib dengan Altantuya.

“Wikileaks, apa bukti kamu, bawa Lee Kuan Yew ke mahkamah. Saya tidak peduli, kamu fikir saya buat atau tidak. Itu bukan urusan saya. Kamu ada rakaman video atau catatan doctor, bawa ke mahkamah,”


Kan boleh diketawakan orang satu dunia... Wikileaks yang disuruhnya datang ke mahkamah bawa Lee Kuan Yew. Wikileaks bukan bernyawa macam manusia, ia hanya sebuah portal. Pengasasnya pula memang pun kini sudah tahan oleh Amerika dan konco-konconya.

Nampaknya fenomena Bagan Pinang, Hulu Selangor, Galas dan Batu Sapi akan berulang di dalam pilihanraya akan datang. Bersorak-sorai semasa berceramah dan berkempen tetapi PR kecundang juga. Pun tak mahu ambil iktibar darinya.

GB setakat ini hanya mampu berkata: hasbiyallah
kerana GB yakin dan pasti, GB mendapat pahala percuma apabila orang mencaci-maki kita dan orang yang mencaci maki itu pula akan mendapat balasan yang sekeras-kerasnya dari Dia.

GB teramat ingin PR menang tetapi memerhatikan sikap pemimpinnya dan para penyokongnya, GB berkata, PR akan kalah di dalam PRU akan datang.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

WikiLeaks pun cuma dedahkan maklumat komunikasi antara kerajaan Singapura dan Australia. Butiran komunikasi (cables) tu tidak tentu betul pun sebab ianya hanya cakap2 dan andaian sesama diorang. Bukannya WikiLeaks dedahkan hasil siasatan SB Malaysia pun.

Anwar samada dia sendiri pun tak faham pasal WikiLeaks ini dan cuba menerangkan dgn cara tak betul, ataupun dia memang berasa bersalah dan cuba nak main wayang.

Tanpa Nama berkata...

Sabarjelah GB, itulah nama politik, semuanya berkenaan sokongan dan persepsi.

DSAI dan PR dah lali dengan sepak terajang politik Malaysia ini... apalah UMNO/BN rasa apabila semua jentera yang ia gunakan tidak mematahkan semangat pendukung2 PR, ya?

Saya sebagai pendukung PR berkeyakinan PR akan cemerlang dalam PRU13 ni.

Suara VANbus berkata...

Salam Reformasi...............


Khas buat Penyokong PR: Berlapang dadalah dalam segala kritikan oleh penyokong PR sendiri..Mengkritik bukan bererti membenci........harus ada satu sikap dan jiwa yang besar untuk memahami segala teguran dan kritikan. Kalau tidak dikritik, Pemimpin PR mudah lupa dan leka juga alpa...Ambillah iktibar bila kita menang PRU 99, kita sangat leka dibuai mimpi indah sehingga kalah teruk dalam PRU 2004. Bila PRU 2008 kita berjaya menafikan Majoriti BN di Parlimen maka ada segelintir Pemimpin PR yang besar kepala. Ada juga bersikap seperti pemimpin UMNO n BN..Maka para blogger dari PR pun mula menegur...tapi bila dikritik, maka dikatakan para blogger PR sudah dibayar oleh pemimpin UMNO n BN..Adakah dengan mengkritik demi kebaikan dan keutuhan PR, para penyokong PR menganggap para blogger PR begitu mudah dibeli...Semua blogger PR ada maruah dan jati diri...Jadilah seperti orang2 terdahulu yang sangat berlapang dada dan terbuka dalam menerima kritikan..semua manusia di muka bumi tidak lari dari melakukan kesilapan, makanya sesama kitalah yang harus mengingati antara satu sama lain. Itulah yang dianjurkan dalam Islam..

Khas buat Pemimpin PR: Jangan duk leka sangat berceramah sana sini tapi mulakan gerak kerja PRU 13 dengan strategi yang mantap..Ingat Selangor adalah Negeri yang sangat diidam2kan oleh Umno n BN..Pertahankan negeri2 yang telah ditawan..Susun atur dengan jayanya untuk merampas negeri2 yang masih dalam pentadbiran Umno n BN..Bila semuanya bersatu, InsyaAllah Putrajaya milik PR..


Para penyokong dan pemimpin PR ambillah iktibar dan jangan cepat melatah..Segala kritikan semuanya untuk kebaikan dan keutuhan perpaduan dalam PR..Berlapang dada dalam segalanya. itulah kunci kejayaan umat Islam terdahulu menerusi Ketua Umum Negara Islam Rasulullah SAW.............................

Tanpa Nama berkata...

Kita tdk blh menuduh pihak2 yg memaki hamun saudara dan RPK ini org2 yg mendewakan anwar..contohnya mcm GB lampirkan comment drpd seorg yg kita tdk tau siapa tp GB kata ianya pendewa Anwar sy rasa GB telah melakukan kesalahan besar tanpa menyiasat siapa sebenarnya mrk..kita ambil contoh blog sorg pejuang reformasi jalanan..dia tdk melatah apbl ada org2 memaki hamunnya dan dia segera siasat siapakah mrk...akhrnya dia dpt tau mrk adalah blogger upahn UMNO...olh itu kita tdk blh menuduh mrk ini org PKR or tdk...siasatlah dahulu..knp bla org marah pd kita dan kita xblh terima...tp DS Anwar dimaki,dimalukan,dibogel,difitnah satu malaysia higgakan dunia pn tau tp DS Anwar masih steady dan xbrputus asa...pemikran dia masih utk rakyat...mengapa DS Anwar masih mempertahankan TS Khalid Ibrahim sdgkan org2 mengatakan dia x sebulu dgn Azmin sdgkan Azmin org anwar...Mengapa? ini krn rekod cemerlang TS Khalid sbg MB Selangor tanpa sebarg rekod corruption...olh itu mari kita semua kembali kpd matlamat kita di dlm PKR..yg penting rekod PR dlm negeri adalah yg terbaik berbanding UMNO-BN..oleh itu sy jamin PR blh memimpin Malaysia...

Tanpa Nama berkata...

Salam...

Aku dah x kira betul ke tidak anwar ada buat benda tu, yang penting bagi aku kita kena tukar ini kerajaan... jadi tolonglah bersama kita menjadikan ianya satu kenyataan... elakkan perbalahan sesama sendiri yg mana akan menguntungkan pihak sebelah sana...

Tanpa Nama berkata...

Bersabarlah GB.
Malas aku nak tune hal wikileaks ni. Memadai aku kehairanan kerana pertuduhan dipinda kerana Tivoli Villa belum siap dan resit tarikh beli tilam yg tak bercadar. Itu dah cukup untuk mencabar minda akal waras milik ku.

Apapun GB...aku gembira kerana Dato Zaid Ibrahim jadi juga mendapat jawatan Presiden dalam Akim. "Hidup Dato Zaid". Mungkin kalau ada peluang nak rasanya menjadi ahli biasa Akim tu. Tuan GB ikut sekali la....Boleh bantu popularkan Akim.

oleh
Ungulan...

Tanpa Nama berkata...

apa-apa hal pun betul saya bersetuju seperti GB katakan bahawa:

Anwar belum lagi menafikan secara syari'e tuduhan liwat terhadapnya.

Yang ada hanya belitan perkataan-perkataannya. Dengan maaf, itu sebab mengapa masih ramai pemimpin dan ahli PAS masih curiga dgn Anwar.

Lang berkata...

isu disini... wikileak... mcm manelah maklumat kerajaan boleh bocor... matlumat siasatan boleh bocor... klu mcm tu tak yah lah mahkamah... sbb semua maklumat boleh bocor..

bagaimana aspek keseamatn?.. ketenteraan malaysia.. rasa2nya bocor jugak kot... siapa yg bertanggung jawab sehingga risikan s'pore boleh tahu banyak hal?... itu yg patut rakyat malaysia fikirkan...

Tanpa Nama berkata...

GB said:
Malah Anwar sendiri di dalam ceramahnya malam tadi tatkala mengulas isu Wikileaks itu tidak secara khusus dan tegas menafikan samada beliau meliwat atau pun tidak, tetapi sebaliknya menumpukan serangannya untuk mengaitkan Najib dengan Altantuya ...

GB, perjuangan turun naik mahkamah, dibelasah, dinafikan hak, diaibkan seluruh keluarga sejak 1998 adalah penafian yg amat khusus dan tegas bahawa beliau (Anwar)tidak melakukan perbuatan liwat tersebut.

Tanpa Nama berkata...

anon diatas berkata "perjuangan turun naik mahkamah, dibelasah, dinafikan hak, diaibkan seluruh keluarga"

Bodoh sgt. Saiful pun boleh kata gitu. Malah Saiful berani bersumpah. Anwar jangan kata bersumpah, nak menafikan pun secara lisan dengan kaedah syarie tak mampu dilakukan.

Situ saja sudah jelas.

pembaca berkata...

Salam..

Bagi saya, RPK tiada pegangan yang kuat dalam perjuangan. GB kena ingat, klau org UMNO kluar parti pun automatik kena hentam.. Yang jelasnya adalah disebabkan oleh tak sefahaman lagi.. Dari mana2 pihak pun sama.. Apa bezanya..? Tentu ada bezanya...
Yang mana pejuang2 PR yang bagi kelebihan pada UMNO/BN apa label yang patut lagi melainkan trojan.. Adakah jawapan yang ingin diberi oleh RPK atau GB sokonglah Gagasan 1 Malaysia..?
Kalau orang UMNO join PR plak, label apakah yang akan diberi..?
Tentulah pengkhianat UMNO..
Kalau GB seorang yang atas pagar,
saya rasa amat malang bagi pejuang2 sekalian untuk terus melayan penulisan GB.. Serius saya katakan agar GB fikirlah sebaiknya..
Jalan yang lurus atau yang bengkok..
Kita umat Islam kena tahu atas landasan mana kita berjuang.. Kena ada satu pegangan yang kuat dan istiqomah dalam perjuangan..
Bukannya melatah dan memberikan kelebihan pada pihak musuh..