9 Nov 2010

Sidang Media Zaid Dan Mustaffa Dedah Manipulasi Pemilihan PKR

Lagi dakwaan manipulasi pemilihan PKR, didakwa pencalonan AMK diubah

KUALA LUMPUR, 9 Nov — Di sebalik kecacatan didakwa menyelubungi pemilihan langsung Parti Keadilan Rakyat (PKR), dakwaan terbaru mengatakan pegawai-pegawai dalaman parti telah memmanipulasi senarai pencalonan dibuat cabang-cabang tertentu.

Dakwaan terbaru menunjukkan perubahan dibuat ke atas senarai pencalonan jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK)iaitu sayap pemuda PKR.

Jawatan itu disaingi penyandang Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai “Chegubard”.

Dakwaan itu digariskan dalam surat yang dihantar kepada Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akhir bulan lalu, beberapa hari sebelum pemilihan pusat bermula.

Salinan surat diperoleh The Malaysian Insider semalam — pada hari calon jawatan timbalan presiden Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada bertanding, juga dipanjangkan kepada Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail.

Pencalonan bagi semua jawatan pusat berakhir pada 3 Oktober lalu dan kesemua cabang dikehendaki memanjangkan senarai pencalonan kepada ibu pejebat sebelum 10 Oktober dan mereka yang dinamakan dikehendaki menerima pencalonan pada 16 Oktober.

Pengundian pemilihan pusat dijalankan mulai 29 Oktober lalu. Setakat ini pengundian telah dijalankan selama hari membabitkan 87 cabang dan tinggal lagi lima hari.

Shamsul Iskandar kini berada di depan dalam jumlah undi dikumpulkan mengatasi Badrul Hisham yang mendahului saingan tiga hari pertama.

Dalam surat itu yang dihantar kepada pucuk kepimpinan sebelum pemilihan pusat bermula 29 Oktober lalu, mendakwa pencalonan cabang Tampin menamakan Badrul Hisham untuk jawatan Ketua AMK pusat tetapi telah ditukar kepada Shamsul Iskandar kemudian.

“Setelah diteliti dari pangkalan data pusat, kami menyedari bahawa beberapa cabang lain turut ditukar pencalonan.

“Ini merupakan satu pencabulan demokrasi yang serius,” kata surat itu yang ditulis oleh Exco AMK pusat Zulkifli Ibrahim.

Bagaimanapun usaha menghubungi Zulkifli gagal sehingga berita ini ditulis.

Dalam surat itu, Zulkifli menamakan dirinya Ketua Penyelaras Kempen Anak Muda Penerus Perjuangan Reformasi

Surat itu meminta Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) bertindak segera menyelesaikan isu berkenaan.

Sistem pemilihan pusat PKR memerlukan seseorang memperoleh hanya dua pencalonan untuk bertanding dan jumlah pencalonan dilihat tidak memberi kesan besar memandangkan setiap ahli berhak keluar mengundi memilih pemimpin.

“Jika nama boleh bertukar bagaimana pula dengan jumlah undi nanti,” kata surat itu.

Malah menurut surat itu lagi, dari sumber sebuah laman sosial Facebook pula melaporkan dinding pegawai penting AMK yang dibayar gaji oleh parti mengakui bahawa pencalonan boleh diubah berdasarkan niat tertentu.

Malah katanya, pegawai tersebut juga terlibat secara langsung dalam JPP.

“Ini amat menyedihkan apabila pentadbiran AMK pusat dalam keadaan celaru dan banyak perlu diperbaiki, dalam keadaan AMK cabang terpaksa mesyuarat tanpa kit manual mesyuarat tetapi ada pegawai bergaji dalam pengurusan AMK (secara sengaja atau tidak) sibuk berkempen untuk calon tertentu termasuk dirinya sendiri.

“Malah terlibat dalam ketidaktelusan yang berlaku. JPP harus bertindak segera,” katanya.

Surat itu menambah, keadilan bukan sahaja perlu dilaksana tetapi perlu dilihat dilaksana.

“Kesempatan dalam pemilihan ini juga seharusnya digunakan sepenuhnya oleh semua untuk memperbaiki parti.

“Selain menuding jari menyalahkan sabotaj pihak luar yang memang tak dinafikan wujud, kita juga seharusnya berjiwa besar memperakui kelemahan sendiri dan memperbaiki.

“Maka sejarah besar peristiwa berani yang ingin kita cipta dalam melebar demokrasi dalam parti akan lebih bermakna. Ubah sebelum parah, ubah demi maruah,” kata surat itu lagi.

Ahad lalu, Saifuddin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan blog bahawa kertas undi pemilihan pusat boleh dibeli.

Semalam, Zaid pula mendakwa beliau memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding kerana kecewa apabila aduan-aduan dikemukakan tidak diambil perhatian. -TMI


Anwar, Azmin punca segala masalah PKR, kata Zaid

Datuk Zaid Ibrahim hari ini terus membidas kepimpinan PKR dengan mencadangkan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan naib presidennya, Azmin Ali harus berundur.

"Anwar dan Azmin mesti berundur kerana mereka punca segala masalah,” kata Zaid.

Apabila diminta wartawan mengulas lanjut kenyataannya, Zaid berkata Azmin perlu menarik diri daripada pemilihan jawatan timbalan presiden PKR yang sedang berlangsung manakala Anwar pula harus berundur dari kepimpinan parti.

"Saya berpendapat Anwar mempunyai banyak sangat isu peribadi dan Azmin juga mempunyai banyak isu. (Azmin) perlu banyak lagi belajar,” katanya. -mk


Ulasan GB

Semalam GB telah menulis dengan tajuk "Siapa Mahu Peduli Dengan Anwar Lagi Selepas Ini?"

Biasalah, ada yang menyokong ada yang menentang.

Yang terlihat, yang menentang tidak menampilkan hujjah aqli dan naqli, hanya berkisar menurut perasangkaan dan terjahan melulu tanpa ilmu.

GB kemudian menjelas di bahagian komentar. Begini penggulungan hujjah GB:

Kita perlu membela "keadilan" untuk Anwar, bukan membela "Anwar" untuk keadilan.

Itu dua perkara yang berbeza. Ramai yang keliru sehingga perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan tiba-tiba bertukar menjadi perjuangan menegakkan Anwar dan kroninya.

Sewaktu Saidina Ali menjadi Khalifah, pernah satu ketika seorang Yahudi telah mencuri baju besi beliau. Saidina Ali menyedari perkara ini lalu membawa kes ini ke pengadilan hakim. Walaubagaimanapun beliau tidak mempunyai bukti dan saksi bahawa Yahudi tersebut mencuri baju besi beliau. Lalu hakim memutuskan baju besi tersebut menjadi hak milik Yahudi.

Namun sekalipun Yahudi itu terlepas, ini tidak bermakna Yahudi itu perlu disokong. Islam tidak menyokong Yahudi berkenaan tetapi melepaskannya kerana tiada saksi yang dpt ditampilkan oleh Saidina Ali sekalipun memang baju besi itu memang kepunyaan Saidina Ali.

Perbuatan "salah tetap salah" sekalipun di dunia mungkin terlepas.

Jika sistem kehakiman itu yang tidak adil, maka sistem kehakiman yang adillah yang kita perjuangkan, bukan Anwar yang perlu diperjuangkan.

Oleh itu kita jangan keliru.

Seorang mukmin sebenar tidak akan terpelosok ke lubang biawak dua kali, kata Nabi.

Ya, begitulah reformis dan blogger sebenar tidak akan tertipu dua kali.


Kemudian GB menambah lagi:

Jika kita membela "keadilan" untuk Anwar maka keadilan itulah yang tertegak.

Sebaliknya jika kita membela "Anwar" untuk keadilan, "Anwar"lah yang tertegak, bukan keadilan. (tambahan kemudian)

Sekali lagi GB kata, jangan keliru.

Jika perjuangan itu kerana Allah, maka yang pertama, iaitu perjuangkan keadilan untuk Anwar, itulah yang benar, bukan yang kedua.

Wallahu 'alam.


15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hujjah GB mantap!

peminat GB berkata...

aku minat dan suka baca tulisan kau sejak dsai di pecat tahun 1998,zaman mahazalim lagi.
kau wujud pun sebab dsai di pecat dulu,aku joint pas pun sebab dsai wujud,pkr wujud pun pasai dsai.tsunami 2008 dan pakatan byk di pengarahai oleh dsai.

walaupun aku tension dengan gelagat dsai dan pkr skg. ni apa hak zaid suruh dsai buat itu dan ini?

sorry GB,this time u r wrong(about zaid)

1st time komen

Unknown berkata...

Salam Peminat GB di atas

Anda menulis:

aku joint pas pun sebab dsai wujud

Jika itu sebab anda menyertai PAS, anda akan dikecewakan.

Sertailah PAS untuk perjuangan kebenaran dan keadilan, kerana Allah. Bukan kerana DSAI, TGNA, Hadi Awang atau sebab-sebab yang lain.

nana baling berkata...

Peminat GB... Nah padan muka hang ! Pebetoi hang punya niat tu dulu baru bagi komen... wakaka

Tanpa Nama berkata...

gb... percayalah sdr anwar cuba untuk menyelamatkan pkr. adalah malapetaka kpd pkr jika timb. pres. jatuh kpd zaid. sdr anwar terpaksa membayar dgn harga yang mahal bagi menyelamatkan pkr... sehingga beliau dihina oleh penyokongnya sendiri...

Unknown berkata...

Sdra Anon 4.35 di atas.

Tiada sebab untuk mempercayai kata-katamu. Saya lebih yakin dengan doa yang saya baca yang tertulis di artikel di atas.

Firman Allah Subhanahu wataala:
“Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran”. (Surah Yunus:36)

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikut persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta”. (Surah Al An-Aam : 116)

Tanpa Nama berkata...

Mengapa GB begitu taksub dengan zaid.. Siapa zaid sebenarnya ? dulu zaid pun suruh TGNA letak jawatan MB kerana tidak dapat menjalankan tugas dengan baik dan punca segala permasalahan di Kelantan.. Adakah orang pas menerima saranan zaid itu.

Unknown berkata...

anon 5.55

bilamasa saya taksub pada Zaid?

Saya berjuang untuk kebenaran dan keadilan. Jika Zaid dan Mustaffa dizalimi, mereka berhak untuk dibela.

Sama juga dulu bila Anwar dizalimi, GB membelanya.

Membela kebenaran dan keadilan sejagat adalah tuntutan Islam. Itu perjuangan GB.

Zaid yang dulu awak sama dengan Zaid yang sekarang. TGNA sendiri skgr sudah boleh terima Zaid, siapa kamu?

jus berkata...

Nampak sgt penyokong2 tegas Azmin tak der hujjah. Habis semua kena pancung dgn GB.

Tanpa Nama berkata...

Jangan-jangan GB ini juga agen UMNO. Dulu setiap posting dia ada ayat 'Era Najib Altantuya'. Sekarang dah dihilangkan begitu sahaja kah..? Macam ada persamaan si cucu mat kilau itu.

UMNO bukan ngok seperti yang korang sangka sema ini. Mainan mereka lebih hebat. Hingga PKR (lapang sasar utama mereka) dan kepimpinannya beserta PAS, tidak sesaat pun lega dan selesa dikerjakan mereka. Akhirnya semakin ramai kalangan mereka 'tersilap' langkah/tindak/kata/aksi, lalu mengakibatkan PKR/PR itu sendiri jadi 'kemaya', bak kata orang di pahang.

Tengoklah dalam kempen PRU ke-13 nanti skrip kegundah dan kegulanaaan PKR sepanjang wujudnya akan diolah hingga peminat PKR rasa mau menorok ke dalam lubang biawak sahaja.

Namun 'lawan tetap lawan' akan diteruskan walau jayanya semaki kabur. Maksudnya PKR/PR terus berusaha melawan kebatilan UMNO/BN. Usaha yang berbagai cara dan peringkat serta nilai itulah 'jihad' dalam Pakatan Rakyat.

Akan tersingkir juga akhirya pemimpin yang selama ini memurakan diri dalam PR/PKR apabila laluan 'dunia' itu kelihatan kabur dan tertutup maka diolehkan satu alasan baru untuk.... 'CABUUUUUT"...

Tanpa Nama berkata...

semua org kata membela dan menyokong kebenaran, Belah sini kata dia benar, blah sana kata dia benar.. apa yg 'benar' sebenar nya ni?

Unknown berkata...

Anon 7:19

Anda tak pandai berhujjah atau memang takder hujjah? Sekadar itu sahaja anda mampu luahkan?

Emmm koman sangat. :(

Saya soal semula: Bagaimana PKR hendaklah melawan UMNO/BN jika PKR sendiri sedang mengamalkan budaya UMNO BN? Dengan segala jenis penipuan dan juga penyelewengan di dalam Pemilihan? Kemudian tak mahu mengaku, tak menyiasat, nak diteruskan juga Pemilihan walau dah ada aduan? Bukankah itu budaya UMNO/BN dengan SPRnya?

Ok next

peminat GB berkata...

GB
maksud saya,dsai buka mata saya tentang apa yg berlaku,dan saya memilih wadah PAS sebagai perjuangan,seterusnya saya bershukur wadah yg saya pilih membawa kepada peningkatan ilmu agama saya.saya tak tahu baca quran sebelum 1998 dan masih ke disco dan kelab malam masa itu.

pls jgn berfikiran negatif terhadap org lain dan jgn pandang rendah tahap pemikran org lain GB.
maaf GB tulisan melayu saya kurang
sebab di besarkan di luar negara.

Tanpa Nama berkata...

wahai GB....punca segala ni adala manusia bernama zaid brahim...kalau dia x join pkr no problem ..masuk utk pecahbelahkan parti...kalau x suka azmin ..gb tunjukkan calon berwibwa jwtan tmbalan presiden...zaid ni baru masuk tanding post no.2 ..paan2 la nak bertanding ...dah la buat PC ..media2 umno lanyaklah dsai n azmin sedangkan media2ni yg BELASAH dia masa prk h.sngor..apa x kata kat zaid kaki botol,main duit semua ade....la ni pulak angkat zaid sebagai hero baru malaya ....zaid ni kena buat parti sendiri yg ikut kepala dia je..sekoman2 brahim ali pun bagus juga tubuh ngo sendiri ...apa pun sebelum pru13....adios zaid ...

Tanpa Nama berkata...

semua orang boleh komen dan tegur asalkan positif namun sewajarnya jangan dibiarkan merentasi KONSEP DAN PERJUANGAN PARTI.

GB.........komen anda ada betulnya tetapi lebih molek sekiranya anda memberikan sedikit pandangan yang lebih positif.