11 Nov 2010

Ada Ura-ura Nak Pecat Zaid?

Pecat Zaid dari PKR tidak timbul

PETALING JAYA: "Apa yang saya tahu, sekurang-kurangnya hingga ke hari ini tidak ada sebarang cadangan untuk memecat Datuk Zaid Ibrahim dari PKR".

Demikian ujar Pengerusi PKR Pahang, Dato Fauzi Abdul Rahman ketika mengulas laporan sebuah akhbar portal yang memetik Zaid sebagai berkata beliau akan menubuhkan Parti Keadilan Baru jika dipecat dari PKR.

"Saya percaya PKR bukanlah sebuah parti yang dengan sewenang-wenangnya memecat ahlinya hanya kerana wujudnya perbezaan pendapat.

"Kita dalam PKR bukan macam Umno, akan memecat ahli atau pemimpinnya kerana wujudnya percanggahan pendapat," kata beliau kepada FMT hari ini.

Mengulas enam resolusi yang diputuskan melalui Rapat Anak Muda yang dianjurkan oleh calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard) yang diserahkan kepadanya, beliau menjelaskan ia satu niat baik dari anak-anak muda untuk parti.

"Mereka memilih saya mungkin disebabkan saya bersikap neutral terhadap mana-mana calon dalam pemilihan parti ini. Saya rela bertindak sebagai ‘Mr Postman’ untuk menyampaikan hasrat yang baik ini kepada pemimpin tertinggi parti," kata beliau lagi.

Gobalakrishnan, Chegu Bard sependapat

Sementara itu, ketika dihubungi FMT, Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan dan Chegu Bard sependapat bahawa Zaid tidak akan dipecat dari PKR.

"Saya tidak percaya ia akan berlaku (memecat Zaid). Kalau benar berlaku sekali pun, saya akan tetap bersama PKR yang ada sekarang," kata Gobalakrishnan.

Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard pula berpendapat langkah memecat Zaid dari parti adalah tindakan yang merugikan parti.

"Saya percaya parti tidak akan memecat Zaid hanya kerana perbezaan pendapat. Apatah lagi, langkah memecat Zaid hanya merugikan parti kerana kehilangan seorang lagi pemimpin yang berwibawa," kata Chegu Bard.

Ketua Umum PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim dilaporkan pernah berkata baru-baru ini, Zaid tetap mempunyai peranan dalam PKR.

Berani bertindak di luar dugaan

Sementara itu, beberapa pemerhati politik tanah air berpendapat Zaid merupakan ahli politik yang berani bertindak di luar dugaan.

"Ketika sebagai seorang Menteri yang menawarkan pelbagai kelebihan politik dan kuasa pun beliau boleh tinggalkan, apatah lagi dalam PKR yang tidak menawarkan apa-apa selain soal prinsip.

"Tapi kalau PKR sendiri sudah tidak berpegang kepada prinsip-prinsip yang diperjuangkan, keadilan untuk semua dan sebagainya, maka sukar orang seperti Zaid untuk terus kekal dalam PKR,"
ulas beberapa pemerhati politik baru-baru ini di beberapa akhbar tempatan.

Zaid sebelum ini pernah meletakkan jawatan sebagai Menteri Kehakiman demi mempertahankan prinsip yang didukungnya dalam beberapa isu terutama berkaitan ISA. -FMT


6 ulasan:

Wak ToHA JuNioR berkata...

sy setuju jika tuan menyatakan PKR tidak akan memecat ahlinya dgn sewenangnya...tp jika ada selisih pendapat sepatutnya zaid selesaikan secara dalaman,pengaruh beliau mmg besar tetapi bg yg sy nampak pengaruh azmin adalah lebih besar sbb kesetiaan beliau dari mula lg bersama PKR,jadi seharusnya zaid sendiri tahu tatatertib untuk selesaikan masalah ketidakpuasan hati dalam parti,kerana jika beliau sendiri yg wujudkan parti baru beliau pastikah akan jadi ketua yg baik dan adakah beliau pasti yg ahlinya jg tidak akan buat seperti mana yg beliau buat skrg pada PKR???

Tanpa Nama berkata...

x payah ura2...pecat terus...kalau GB sokong sgt suruh dia ni masuk PAS....mcmna pulak dia nak pusing tok guru...

Tanpa Nama berkata...

Aku dah meluat dengan Zaid ni.. Elok benar kalau beliau nak tubuhkan Parti Keadilan Baru.. Ada makna besar tu.. Mungkin Zaid boleh gunakan lambang alat timbang digital untuk partinya nanti.. Selamat Maju Jaya Zaid.

cumi manzui berkata...

Perbezaan pendapat tu bagus. Inilah stail PR termasuk DAP dan PAS. Kalau tak ada perbezaan pendapat, asyik "YES MAN" saja, jahanam Malaysia.
You know what I mean.

Tanpa Nama berkata...

Betul tu , kena ada perbeaan pendapat tetapi sampai nak tubuh parti baru apa kejadah namanya... Tubuh parti baru bukan jalan penyelesaian tetapi menambahkan porak peranda dalam kem PR.

Tanpa Nama berkata...

Ibarat pokok kelapa yang ditanam. Pokok menjulang awan, akar mercup menyelirati bumi. Badaai dan taufan melanda bagai pucuk mencecah bumu. Namun patah batang di tengah tidak sekali apalagi tercabut dan tungkar menghambat jalanan. Begitulah PKR.

Musim pemilihan merupakan musim bergelora setiap parti yang mengamalkan demokrasi. UMNO lagi maha hebat geloranya berbanding PKR sekarang. Bezanya para pewarta yang berbagai medium mereka pandai menonjol apa yang menunjukkan mereka kuat dan bijak laksana pula menutup dan menyembunyikan aurad dan kelemahan parti.

Ibarat seorang wanita yang hendak melahirkan. Ia hanya terjadi dalam suasana yang terkawal dan tertutup lantaran banyak hal yang tidak membolehkan ia dilakukan dikhalayak dan dipersaksikan secara umum. Keindahannya sahaja yang dapat dikongsikan apabila hasilnya iaitu seorang bayi didukung erat dengan kasih sayang dan mengumbirakan seisi yang hadir.

Lain halnya situasi PKR sekarang. Musin geloranya telah dan sedang dimanipulasi senahunya dan tiada apa yang menghalang untuk diwarkan sama ada secara positif atau negatif.

Para pemimpin dan ahli janganlah melatah dek kerna kuatnya bunyi taufan dan tiupan anginnya serta kruk-kraknya bahan yang berterbangan yang pastinya akan bertaburan juga ke tanah.

Setelah badai dan taufan berlalu, segalanya akan tenang dan tenteram. Masing-masing dapat melihat peri kelakuan diri apabila dibadai sebegitu rupa. Yang betah bertahan akan mengucap syukur, kerana berjaya melepasi badai. Sedang yang melepaskan pegangan dan diterbangkan si badai juga akan merasakan sakit ngilunya apabila sedar diri telah tersilap dan terhempas ke bumi. Namun Semuanya akan bercarian sesama sendiri serta saling berhuluran tangan untuk meneruskan perjuangan hidup seterusnya.

Itulah PKR sekarang. BERSABARLAH.
Selamat berjuang.