Orang awam digesa daftar haji atau perlu tunggu 20 tahun
JOHOR BAHRU – Masyarakat Islam disarankan mendaftar segera untuk mengerjakan haji memandangkan jumlah senarai yang menunggu setakat ini dicatatkan sehingga tahun 2032.
Timbalan Pengarah Lembaga Tabung Haji Negeri Johor, Azillah Itam berkata, kira-kira 30,000 bakal jemaah di negeri itu mendaftar untuk mengerjakan haji sehingga semalam.
“Kesedaran bagi mendaftarkan haji ini perlu ditekankan kepada orang awam kerana mereka perlu sedar, senarai panjang pemohon direkodkan sehingga tahun 2032.
"Jika mendaftar hari ini, secara kiraannya, mereka akan melakukan fardu haji 20 tahun lagi.
“Ramai daripada kita beranggapan sekiranya mempunyai akaun Tabung Haji, mereka secara automatik telah didaftarkan sebagai bakal jemaah. Ini adalah tanggapan yang tidak tepat dan perlu diperbetulkan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.
Azillah berkata, pemohon yang ingin mendaftar sebagai bakal jemaah disyaratkan mempunyai wang simpanan dalam akaun Tabung Haji sekurang-kurangnya RM1,300.
“Persepsi orang ramai perlu diperbetulkan kerana kebanyakan mereka suka bersikap berlengah-lengah dengan alasan wang simpanan tidak mencukupi untuk mengerjakan haji dan hanya ingin mendaftarkan nama jika ada wang yang cukup,” katanya.
Azillah berkata, pendaftaran haji boleh dibuat di kaunter Tabung Haji seluruh negara, di Bank Rakyat ataupun di Bank Islam dan melalui laman sesawang www.tabunghaji.gov.my.
Mengikut perhitungan, jemaah perlu menunggu 10 hingga 20 tahun sebelum dipanggil bagi mengerjakan haji dan tempoh yang panjang tersebut dilihat tidak relevan bagi mereka yang kini berumur antara 50 dan 70 tahun, yang masih belum mendaftarkan diri.
"Bagi sesetengah kes, Tabung Haji memberi kelonggaran rayuan kepada bakal jemaah berusia 70 tahun ke atas, namun ia perlu melepasi saringan kesihatan dan persediaan ditetapkan sebelum melayakkan diri untuk mengerjakan haji," katanya.
Katanya, orang awam perlu sedar dan memaklumkan kepada Tabung Haji sekiranya ingin menolak, menangguhkan dan boleh memilih mana-mana tahun bagi mengerjakan haji, jika surat kelayakan terpilih dikeluarkan Tabung Haji.
"Kegagalan menjawab atau sikap lepas tangan antara penyebab diri mereka diletakkan dalam senarai menunggu yang panjang," katanya.
Azillah berkata, jika ramai dalam kalangan masyarakat berumur 40 hingga 50 tahun sedar dan mendaftarkan diri bagi mengerjakan haji, ia kerana faktor ekonomi yang semakin baik jika dibandingkan 10 tahun lalu.
Beliau juga menyambut baik usaha kerajaan mengehadkan sekurang-kurang lima tahun untuk mengerjakan haji semula bagi memberi peluang kepada bakal jemaah yang baru.
"Kos tambang haji kumpulan muhasasah bagi tahun ini adalah RM9,980 dan pakej bermula dari RM18,000," katanya.
Seramai 3,615 jemaah haji dari Johor direkodkan bagi tahun 2010, termasuk kira-kira 26,000 jemaah yang terpilih menjadi tetamu Allah dari seluruh Malaysia ke Tanah Suci. -SH

KOS HAJI MUNGKIN NAIK LAGI
Kaji kos tunai haji
SEPANG: Kajian teliti berhubung peningkatan kos menunaikan haji di Makkah tahun depan akan dilakukan bagi memastikan sebarang peningkatan kos tidak membebankan mereka yang berhasrat menunaikan haji.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kos penginapan perlu diteliti kerana banyak bangunan hotel sudah dirobohkan termasuk bangunan berhampiran Masjidil Haram yang disewakan kepada Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).
Katanya, kebanyakannya tamat tempoh sewaan dan sewaan di bangunan baru akan mengambil kira kos baru.
“Tabung Haji masih meneliti kemungkinan menaikkan kos menunaikan haji tahun depan berikutan perkembangan terkini di Makkah antaranya pembinaan hotel baru bagi menampung kemudahan orang ramai.
“Pembinaan hotel baru berhampiran Masjidil Haram yang bakal disewa Tabung Haji untuk keselesaan jemaah haji dijangka menyumbang kepada peningkatan kos menunaikan ibadah itu,” katanya pada sidang media sebelum berlepas ke Makkah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata, faktor lain juga diambil kira termasuk kos pengangkutan berikutan kenaikan harga minyak dunia dan kos bahan makanan.
Bagaimanapun, beliau memberi jaminan sebarang perubahan tidak akan membebankan jemaah haji. -hm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan