25 Okt 2010

[Video] Lauren Booth Peluk Islam, Berhasrat Ajar Abg Iparnya Tony Blair Tentang Islam Sebenar

Adik ipar Blair peluk Islam

LONDON: Adik ipar bekas perdana menteri Britain Tony Blair yang juga penyiar dan wartawan Lauren Booth, 43, mengumumkan beliau memeluk Islam enam minggu lalu selepas mendapat hidayah.

Lauren, adik tiri kepada isteri Blair, Cherry, berkata beliau kini memakai hijab ketika keluar rumah, bersolat lima kali sehari dan pergi ke masjid setiap kali mempunyai kesempatan.

“Saya tidak lagi makan daging babi atau minum arak. Saya juga membaca al-Quran setiap hari dan kini sudah sampai ke halaman 60. Sudah 45 hari saya tidak meneguk arak, paling lama dalam tempoh 25 tahun.

“Ajaibnya, sejak memeluk Islam saya langsung tidak teringin menyentuh arak, sedangkan sebelum ini saya akan minum sekurang-kurangnya dua gelas setiap hari,” katanya yang dipetik akhbar Daily Mail.

Lauren berkata beliau memperoleh ‘pengalaman suci’ ketika mengunjungi Masjid Fatimah al-Masumeh, yang menempatkan makam Fatimah al-Masumeh, adik Imam Reza, imam kelapan penganut Syiah daripada keturunan Saidina Ali, di Qom.

“Tiba-tiba saja saya berasa tenang dan gembira. Sejurus tiba di Britain, saya terus mengambil keputusan memeluk Islam,” katanya.

Mengenai kemungkinan untuk memakai burqa atau penutup muka, Lauren tidak menafikan akan berbuat demikian pada masa depan.

“Siapa tahu ke arah mana dan hala tuju mana Islam akan membawa saya seterusnya?” katanya.

Lauren sebelum ini diketahui sebagai seorang yang bersimpati dengan Islam dan menghabiskan banyak masa bertugas di Palestin.

“Saya kagum dengan keteguhan dan keindahan agama ini,” katanya apabila ditanya mengenai Islam. – Agensi


Report: Blair’s sister-in-law converts to Islam
By JONNY PAUL
10/25/2010 05:12

Lauren Booth, employee of Iranian Press TV awarded diplomatic status by Hamas, wishes to educate former UK prime minister on true Islam.

LONDON – The sister-in-law of Quartet envoy and former British prime minister Tony Blair has reportedly converted to Islam after “a holy experience” while on a visit to Iran.

Anti-Israel activist and journalist Lauren Booth said she made the decision after visiting the Fatima al-Masumeh Shrine in Qom, the second most holy city in Iran after Mashhad, leading her to convert immediately on returning to the UK.

“It was a Tuesday evening and I sat down and felt this shot of spiritual morphine, just absolute bliss and joy,” she told The Mail on Sunday newspaper.

The 43-year-old activist, a presenter for the Iranian news channel Press TV who was given a Palestinian diplomatic status by Hamas leader Ismail Haniyeh in 2008, said she now covers her head with a hijab when she leaves the house and prays five times daily. She also refused to rule out wearing a burka.

“Now I don’t eat pork and I read the Koran every day; I’m on page 60,” she claimed.

Booth also said she visits her local mosque when she can and has given up drinking.

“I also haven’t had a drink in 45 days, the longest period in 25 years. The strange thing is that since I decided to convert I haven’t wanted to touch alcohol, and I was someone who craved a glass of wine or two at the end of a day,” Booth told the Mail.

Booth also said that she had always been “sympathetic” to Islam.

“I was always impressed with the strength and comfort it gave,” she said.

The activist said she hoped her conversion would have an impact on Blair helping him to change his presumptions about Islam.

On a visit to Gaza in 2008, Booth compared Gaza to a “concentration camp” and a “humanitarian crisis on the scale of Darfur.”

Speaking on Press TV after her visit, Booth dismissed descriptions of Gaza as a prison.

“I want to say thank you for using the word ‘concentration camp’ because the word ‘prison’ has been applied in the last few years and that’s a lie. In a prison you get three meals a day, a nourishing diet, visits from outsiders and some hobbies and rehabilitation and a date for your release,” she said.

A few days before the interview, a picture of Booth shopping in a well-stocked grocery store in Gaza was published.

In August, Britain’s media regulator ruled a Press TV program on the May 31 Gaza flotilla raid presented by Booth breached broadcasting code rules on impartiality.

According to the independent regulator and competition authority for the UK communications industries, known as Ofcom, the program began with a pro-Palestinian song and anti-Israel images, featured an array of recorded and live interviews with similar views and included descriptions of the incident such as “barbaric” and “massacre.”

Presenting a program titled Remember Palestine on the Iranian channel Booth said: “Israeli commandos committed a massacre of innocent civilians sailing aid ships to the besieged Gaza Strip... This was obviously a barbarous attack on civilians... As Turkey buries its murdered citizens...

the brave men and women on the ships in one move have shifted world opinion against Israeli apartheid.” Ofcom ruled that the program was one-sided and failed to offer alternative views.

In 2003, British journalist Yvonne Ridley converted to Islam following her kidnapping at the hands of the Taliban in Afghanistan in 2001.

Also an anti-Israel activist and Press TV presenter, the 51-yearold Respect Party member declared the party “Zionistfree” in 2006 and described Israel as “that disgusting little watchdog of America that is festering in the Middle East.”

“If there was any Zionism in the Respect Party they would be hunted down and kicked out.

We have no time for Zionists,” Ridley said. -jpost




Ulasan GB

Demikianlah, apabila barat menghentam Islam, menghentam Iran, akhirnya Allah menterbalikkan suasana apabila Allah mencurahkan hidayahNya kepada sesiapa yang dipilihNya, seorang yang terkenal dari warga Barat sendiri memeluk Islam setelah mengunjungi Masjid Fatimah al-Masumeh di Iran.

Hal ini berlaku di dalam sejarah Islam dimana penentang-penentang Islam yang lantang akhirnya memeluk Islam seperti Umar Al-Khattab yang dulunya ingin membunuh Rasulullah, tetapi akhirnya berteleku mengucap dua kalimah syahadah sehinggalah beliau menjadi khalifah umat Islam ternama.




5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semoga Allah melimpahkan jua hidayah Nya kepada pemimpin utama dunia seperti presiden Amerika, Britain, PM Singapura dan lain-lain

Mae berkata...

Hidayah itu milik Allah. Sebab itu adalah salah jika kita mengatakan bahawa seseorang kafir masuk Islam kerana usaha kita. Juga salah kalau kita berusaha berbaik-baik dengan orang kafir dengan harapan bahawa orang kafir itu akan masuk Islam, kononnya usaha kitalah yang menjadikan orang kafir itu masuk Islam. Juga salah apabila kita kata kita memberi contoh yang baik kepada orang kafir kononnya supaya orang kafir itu masuk Islam. Sering kita terdengar ungkapan "macamana orang kafir nak masuk Islam kalau orang Islam tidak menunjukkan contoh yang baik". Ini ungkapan yang salah. Tugas orang Islam adalah berlaku keras (tegas, bukan kejam) kepada orang kafir dan tak perlu risau kalau orang kafir akan membenci Islam kerana jika Allah memberi hidayah, orang kafir akan masuk Islam juga dan melihat keindahan Islam melalui hidayah yang Allah berikan.

Tanpa Nama berkata...

Ingat kisah org Tartar yang menyerang Baghdad.... tatkala dalam kegemilangan tetapi sudah lalai terhadap Allah... akhir orang Tartar itulah yang meluaskan Empayar Islam hingga ke Timur.

Ingatlah kekuasaan Allah lah yang memberikan hidayah dah jika suatu kerajaan itu zalim, maka Dia lah yang berkuasa untuk menggantikan dengan kerajaan lain

Tanpa Nama berkata...

Mae, memang Hidayah daripada Allah samalah juga kita bertawakal kepadaNya tapi Masyarakat islam wajib menunjukkan apa itu Islam dan bagaimana Islam itu sebagai Addin sehingga mereka tertarik kepada nya.Saya menyentuh Tawakal sebagai contoh dimana terdapat hadis yang meriwayatkan akan seorang bedawi yang ditegur kerana tidak mengikat Untanya bila di tinggalkan hanya berserah kepada Allah. Dengan berharap kepada Allah tanpa melakukan apa2 adalah lebih salah. Sama seperti kebanyakkan masyarakat islam yang apabila berlaku sesuatu terus mengatakan itu Takdir. Wallahu alam

HambaALLAH berkata...

Kembali kepada FITRAH. Takut pada yang dikenali mempunyai KEKUASAAN. Tidak dikenal jika tidak berfikir. Tidak berfikir jika merasa CUKUP ilmu yang ada. Berfikir itu WAJIB supaya dikenal PENCIPTA.