Pemilihan PKR tidak ditangguh walaupun ada pilihan raya kecil
PETALING JAYA, Pemilihan PKR peringkat pusat yang akan berlangsung secara berperingkat-peringkat mulai 29 Oktober ini tetap diteruskan walaupun ia berlangsung di sebalik pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Oktober sebagai tarikh penamaan calon sementara 4 November pula hari membuang undi bagi kedua-dua pilihan raya kecil tersebut.
“Kita akan tetap teruskan pemilihan peringkat pusat ini walaupun ketika itu ada kempen pilihan raya kecil.
“Tiada penangguhan bagi pemilihan ini. Kita ada jentera yang akan menguruskan hal kempen dan ada yang menguruskan pemilihan parti,” kata Timbalan Setiausaha Agung PKR Sharifah Shahidah Syed Kamarulzaman pada sidang media di sini petang ini.
Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima, 46, daripada PAS akibat barah usus pada 27 September lalu.
Sementara kerusi Batu Sapi kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah pada Sabtu lalu.
Chong yang juga Bendahari Agung PBS meninggal dunia selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terlibat dalam nahas jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Coastal, Tanjung Aru, Kota Kinabalu.
Di bawah sistem pemilihan langsung sekitar 400,000 ahlinya akan mengambil bahagian dalam proses pemilihan mulai 29 Oktober ini selama tiga minggu atau sembilan hari secara berperingkat-peringkat. -TMI

1 ulasan:
PKR dah berkecamuk sejak akhir-khir ini. Tak tahu prioriti. Sepatutnya dikerahkan segala tenaga untuk menangkan calon-calon PR di dalam PRK. Pemilihan boleh ditangguhkan. Alangkan Nik Aziz tangguhkan sidang DUN Kelantan yang penting itu utk menghadapi PRK Galas...
Catat Ulasan