6 Okt 2010

Kes Liwat Lagi. Fitnah Atau Apa?

Bekas pembantu Anwar dakwa dipaksa buat SD

Satu sidang akhbar - yang dipercayai ada kaitan dengan perbicaraan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berjalan- oleh bekas pembantunya, Rahimi Osman, dibatalkan ekoran gangguan oleh satu kumpulan.

Sidang akhbar itu sepatutnya diadakan di restoran Lotus di Klang pada jam 4 petang hari ini, tetapi kemudiannya dibatalkan ekoran kemunculan kumpulan tersebut.

Rahimi (tengah) memberitahu wartawan bahawa dia telah membuat laporan polis di ibupejabat polis daerah Klang pada jam 2 petang ini berhubung dua akuan sumpah (SD) yang dibuat pada 2008.


Peguam Rahimi - S Ravi Chandran - berkata laporan polis dibuat untuk menyatakan bahawa dua akuan bersumpah itu adalah tidak tepat.

Akuan bersumpah itu ada kaitan dengan perbicaraan liwat Anwar yang sedang berjalan, di mana beliau dituduh meliwat seorang lagi pembantu, Saiful Bukhari Azlan.

Menurut polis Klang, Rahimi telah membuat laporan polis, mendakwa dia telah dipaksa oleh orang Anwar supaya membuat dua akuan bersumpah tersebut.

Ketua polis Klang, Mohamad Mat Yusof mengesahkan menerima laporan tersebut tetapi enggan memberi maklumat lanjut kerana perkara itu telah dipindahkan ke polis daerah Shah Alam.

Rahimi adalah rakan persekolahan Saiful. Dia dipercayai membawa Saiful untuk bekerja dengan Anwar pada 2008. Saiful kemudiannya menggantikan Rahimi yang berhenti pada tahun tersebut untuk meneruskan kariernya dalam bidang perniagaan.


Rahimi Osman Buat Laporan Polis Dakwa Diliwat DS Anwar



Jam 2.00 petang, bertempat di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Klang, seorang pegawai khas Pakatan Rakyat dan Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim telah membuat laporan polis yang beliau turut menjadi mangsa liwat Anwar Ibrahim.

Mangsa liwat tersebut adalah Rahimi Osman. Beliau dijangka akan membuat press conference di Lotus PJ pada jam 4.00 petang ini.



Anwar Ibrahim yang kini berada di Rome, Itali bagi menghadiri International Meetings of Prayers for Peace di Church of Sant’Egidio pasti tersentak dengan laporan dan pengakuan yang dibuat oleh Setiausaha Sulit beliau. -sedakasejahtera


Ulasan GB

Baru beberapa hari lepas GB menulis bahawa Datuk Seri Anwar dilihat sebagai Ketua de facto PKR tidak berkecuali di dalam Pemilihan. GB menulis Apa Agenda Anwar Kecam Zaid?

Petikan:

Sebagai Ketua Umum PKR, ramai persoalkan apa sebenarnya agenda Anwar menyerang Zaid depan umum? Apakah ia untuk membantu Azmin untuk mendapatkan pencalonan lebih banyak di dalam pemilihan ini?

Anwar mungkin sudah merasa selesa kerana selama ini blogger-blogger memberikan sokongan terhadap beliau dan keluarga.

Tetapi apabila Ketua Umum PKR itu dilihat partisan di dalam pemilihan, blogger seperti GB kembali persoalkan perlukah Anwar disokong lagi?

Malah selama ini, sekalian ramai blogger memperjuangkan kebenaran dan keadilan untuknya, apakah Anwar ada berterima kasih? Apakah Anwar prihatin terhadap nasib mereka?

Hei Anwar, anda boleh menyerang bukan saja Zaid, malah sesiapa juga calon yang bertanding, namun tidak sepatutnya kamu melakukannya di depan umum. Kerana dengan cara itu anda dilihat sudah tidak mempunyai ciri keadilan yang sepatutnya dimiliki oleh seorang pemimpin tertinggi parti. Sekalipun teguran anda bernada umum, tetapi ia jelas ditujukan kepada Zaid.


GB berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan. GB berjuang kerana Islam. GB berjuang kerana Allah. Yang Maha Benar (Al-Haq) dan Yang Maha Adil (Al-Adl) itu adalah diantara nama-namaNya. GB tidak berjuang kerana PAS, PKR, PR, Anwar Ibrahim, Zaid Ibrahim, Nik Aziz, Hadi Awang dan lain-lain.

Di dalam komen GB yang lepas GB pernah menulis:

mcm dalam gambar tu, jika zaid guna media umno tak boleh, tapi jika anwar sendiri bukan saja gunakan media umno, tetapi bapak umno x apa? sedangkan pertemuan itu dulu sudah cukup utk mengelirukan rakan2 di dalam pr.

nak suruh gb serang anwar lagi selepas ini? insyaAllah, dengan izin dan bantuanNya, mudah sangat bagi gb lakukan.


Dan GB berdoa siang dan malam agar Allah tunjukkan kebenaran dan keadilanNya.

Apakah pendedahan terbaru ini adalah tunjukan dari Allah atau apa? GB belum dapat membuat kepastian. Kita kena tunggu lagi sehingga Allah memberikan petunjukNya lagi.

Begitu juga apabila GB ditegur seorang sahabat yang menyatakan GB keterlaluan apabila mengkritik Suara Keadilan dan TVSelangor yang secara terang-terangan berkempen untuk Azmin. Bagi GB, tiada keadilan di kedua-dua media itu.

Tetapi apa jadi selepas teguran GB itu? Kedua-dua lamanweb itu tidak dapat dibuka.

Apakah ia juga petujuk dari Allah membenarkan perkataan GB? GB tidak berani membuat pengakuan itu.

Apa yang nyata GB terus terang sudah tidak suka kepada pimpinan PKR yang ternyata TIDAK MELAKSANAKAN KEADILAN di dalam partinya. Mereka memfitnah dan mentohmah Zaid Ibrahim tanpa keterangan yang nyata. GB tak der kena mengena dengan Zaid, tetapi GB tak suka kezaliman diperlakukan ke atasnya. Salah kerana diwawancarai oleh Utusan? Ingat wartawan Utusan itu sebahagian besarnya seagama dan sebangsa dengan kita. Mereka tidak boleh dipersalahkan. Nak serang serang editornya sahaja.

GB telah menulis sebelum ini:


Mari kita baca luahan ini:

"Hata Wahari seterusnya mendedahkan bagaimana editor yang menentukan berita muka depan, menonjolkan (highlight) fakta-fakta yang terpilih, dan apa yang ditonjolkan itu bukan ditentukan oleh wartawan. Beliau memberi contoh, "Misalnya dalam kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim, ada fakta tentang apa yang dikatakan oleh Saiful, bukan wartawan yang tulis (maksud: bukan ditentukan wartawan). Itu semua fakta-fakta yang di-highlight (ditonjolkan) oleh editor. Editor yang berkuasa membuat penetapan bagi tajuk di muka depan."- MR

Sewaktu zaman reformasi meletus pada 1998 dahulu yang banyak membantu GB mendapatkan berita-berita terkini adalah wartawan-wartawan akhbar pencacai inilah. Masa itu tiada harakahdaily, tiada malaysiakini, malaysian insider, FMT malah blog pun tiada.

GB masih ingat seorang wartawan Utusan menghubungi GB, "ni berita baru, siarkan dalam Laman Reformasi, kami tak boleh siarkan di Utusan".


Dan GB mengakhiri tulisan GB yang lepas dengan kenyataan ini:

Bahawa Allah tidak pernah tidur. Dan GB bersyukur kerana sentiasa berada dibawah lindunganNya selama ini walaupun tiada seorang di atas dunia ini memperdulikan GB. Dan GB akan tetap teruskan perjuangan suci menegakkan kebenaran dan keadilan ini sekalipun terpaksa menegur malah "memancung" para penghalangnya.

Kini, GB berdoa lagi serupa dengan doa-doa dahulu, sebelum kita mengiya atau menidakkan episod terbaru ini sebagai fitnah:

1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya.

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqan

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap.Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Berdoa sedemikian lebih utama daripada mengikut persangkaan kita. Muga Allah beri petunjuk yang sebenarnya kepada kita semua dan selamatkan kita dari siksaanNya.

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Prinsip orang beriman.

assalam berkata...

lebih baik berprinsip seperti GB drp terus sahaja mengyakan atau minidakkan sesuatu. minta petunjuk Allah. itu yg sepatutnya kita semua lakukan.

Waris berkata...

Semoga anwar tabah menghadapi serangan terbaru umno tanpa ribuan penyokong. Mintalah bantuan dari azmin. Simpati kami sebagai rakyat yg dahagakan keadilan telah pudar sikit demi sedikit oleh sikap anwar sendiri. Kami rakyat dah tak nak masuk campur dgn masalah kamu semua. Masa mengundi nanti kami berserah pada Allah utk menggerakkan tangan kami kepada siapa undi yg perlu kami berikan.

Tanpa Nama berkata...

Masalah bagi Azmin skrg. Didatangi masalah untuk membetulkan persepsi negatif terhadap orang yang menjadi sanjungannya. Apakah Azmin bakal "tersungkur"? Memang lunak istilah itu.

Tanpa Nama berkata...

BETUL. Berdoa kpd Allah. Jgn cepat2 menyokong, jgn cepat2 menentang. Serahkan pada Allah segala urusan. Yang zalim dan bersalah pasti terhukum. Yang adil dan yang benar pasti menang.

Tanpa Nama berkata...

Anwar ingat kita masa dia menderita gb.... bila dah lepas, dia dah lupa siapa yg bantu dia.... aku pun dah loya dan meluat sebenarnya .... cuma aku masih sokong Anwar untuk dapat pembelaan kazaf.. apa-apa penghakiman bab zina dan liwat mesti ikut Islam, datang saksi-saksi. tu saja.

Anwar hanya bijak berpidato. dari segi politik, beliau gagal. Banyak strategi beliau gagal sebab beliau sering dedahkan kepada umum sebelum strategi itu menjadi kenyataan. Sebabnya hanya suka publisiti.

Tak tahu nak jaga peribadi seorg pemimpin. Pergi berjoget plak masa berkempen. Bodoh...

Azmin pun satu... SPRM sepatutnya siasat kekayaannya yang melampau... Mana dia dapat tu semua walhal belum habis sepenggal menang pilihanraya.

Tanpa Nama berkata...

Andaian, spekulasi, tohmahan, fitnah, tanpa mengetahui perkara sebenar bukan dijar oleh Islam...... kerana kita sebenarnya tidak tahu kedudukan sebenar... apa saja yang kita perkatakan akan menjadi satu fitnash semata-mata.... Bermohon kepada Allah SWt supaya memberikan hidayah dan petunjuk.... yang bersalah akan tetap dihukum...yang tak bersalah, allah akan tunjukkan hikmah disebaliknya maupoun ioanya memakan masa yang lama namun sentia berdoa dan memohon restu dariNya. InsyaAllah.

"Katakanlah: Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman." (Al A'raf)

Tanpa Nama berkata...

GB ana mohon izin c/p dua doa yang GB tulis di artikel di sini.

Tanpa Nama berkata...

Jangan cepat melatah dan lemah semangat...

Penyokong PR yang sebegini akan menyebabkan umngok bertepuk tangan kerana 'umpan' sudah mengena...

Nampak gaya kalau mcm ni punya mentaliti, umngok akan terus kekal memerintah untuk 500 tahun lagi...

Tanpa Nama berkata...

rentak yang dimainkan umno dah terkena pada PR. Andainya tiada jati diri maka hancurlah PR untuk menawan Putrajaya... Bukan mahu menyokong anwar tetapi kehadiran zaid telah banyak mencemaskan PKR.. Terlalu mudah bagi zaid memegang tampuk tertinggi parti berbeza dengan mereka2 yang mendokong hingga wujudnya PKR.. Kita pun hairan macamana zaid boleh menggunakan media umno untuk menghentam pemilihan PKR.. macam ada yang tak kena.. dan jangan terkejut andainya zaid menang dalam pemilihan nanti beliau akan membubarkan PKR.. tunggulah kejutan dari zaid..

Tanpa Nama berkata...

Anon 10.05

Allah s.w.t. tidak bodoh seperti kamu. Allah juga merancang.

Tanpa Nama berkata...

sambungan...

Allah s.w.t. mahu cuci PR dari mereka yang kotor, jijik dan hina supaya boleh diangkat ke Putrajaya.

Jika di dalam keadaan sekarang, PR akan serupa saja dengan BN.

Tanpa Nama berkata...

Anonymous 10.22

Anda ada bukti ker tuduh zaid macam tu? bukankah itu juga fitnah yang melampau?

Kan ker elok dengar apa GB sarankan, iaitu minta petunjuk dengan Allah?

Tanpa Nama berkata...

Biarlahpkr nak terlungkup ke apa ke. Kami rakyat peduli apa. Bila kami ambilpeduli kamu semua berlagak. Suruh walaklah ntah apa ke benda lagi. Baru diuji dgn sedikit kuasa kamu semua mula menyeleweng. Ada yg sampai nak besekedudukan dgn umno. Skrg bila tersepit biar padanmukakamu semua. Tak pe... azmin boleh tlg selamatkan anwar. Dia kan bagus? GO TO HELL...

Tanpa Nama berkata...

Aku memang benci dengan Azmin, Anwar, dan mereka yang seangkatan dengannya tetapi aku sayangkan PR yang berjaya mencemaskan UMNO.. tetapi berjayakah PR dalam PRU 13 nanti jika beginilah keadaannya yang melanda PKR.. cemas aku dibuatnya

Tanpa Nama berkata...

Mungkinkah ini kesan Ijtima Tarbawi? Bahawa Allah hendak membersihkan PR supaya dipercepatkan perjalanan ke Putrajaya?

-alhakim

Tanpa Nama berkata...

salam

Saya terharu membaca tulisan GB. memang dulu, sewaktu DSAI berada dipenjara, Laman Reformasi adalah sumber maklumat utama yang dicari. Saya sendiri sentiasa fotostat artikel2 untuk diedarkan kepada rakan sepejabat.

Saya menyangkakan selepas DSAI keluar dari penjara, beliau mencari pemilik Laman Reformasi yang banyak berjasa menggerakkan massa sehingga Barisan Alternatif berjaya di dalam PRU 1999.

Dari tulisan GB di atas, didapati hal itu tidak berlaku, DSAI melupakan jasa2 para reformis yang sebenar, tetapi menaikkan reformis2 palsu yang beredar di sekelilingnya.

Saya kalau jadi GB pun akan berkecil hati. Tapi saya yakin GB lebih kuat hatinya daripada saya. Tidak peduli samada DSAI ingat atau tidak. Tetapi yang lupa perlu diperingatkan. Dan apa yang berlaku kini ialah peringatan dari Allah jua supaya DSAI jangan lupa rumput di bumi tatkala merenung bintang di langit.

Tanpa Nama berkata...

rakyat nak diperbodohkan lagi oleh rosmah dan najib?