Penyokong' Kula anjur demonstrasi kutuk DAP
Kira-kira 20 lelaki yang mendakwa ahli DAP dan penyokong ahli parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran mengadakan demonstrasi di depan ibu pejabat DAP Perak mengutuk kepemimpinan pengurusi DAP Perak yang dituduh mengetepikan kaum India.
Mereka yang berkumpul sejak 10.45 pagi itu juga mendesak Kulasegaran yang juga timbalan pengerusi DAP Perak supaya keluar daripada parti itu.
Penyokong berketurunan India itu berkumpul di hadapan pejabat parti itu di Medan Istana di Ipoh sambil membawa beberapa sepanduk menyatakan sokongan kepada Kulasegaran selain mengecam kepimpinan DAP Perak.
Jurucakap kumpulan itu, Azman Mubarak, 24, berkata seramai 300 anggota DAP dari Buntung sedia mengikuti Kulasegaran yang juga ahli parlimen Ipoh Barat itu meninggalkan DAP kerana kecewa dengan kepimpinan negeri yang menyisihkan Kualasegaran dan penyokong keturunan India.
Seorang lagi anggota kumpulan DAP itu, Alex Raj, 22, berkata perhimpunan itu bagi menyuarakan sokongan kepada Kualasegaran serta mengutuk Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham kerana didakwa mengamalkan nepotisme dan kronisme dalam memimpin DAP Perak.
"Kami penyokong keturunan India berasa ditipu oleh DAP. Mereka hanya memerlukan undi kami pada pilihan raya," katanya.
Kulasegaran kini berada di Nepal dan dijangka pulang selepas seminggu.
Terdapat laporan bahawa berlaku perbalahan antara beliau dan Ngeh serta Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming sehingga Kulasegaran mengugut untuk meletak jawatan.
BN dalang sebalik protes
Sementara itu, pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata parti itu telah mengesahkan dengan cawangan Buntong di mana penunjuk perasaan itu mendakwa mereka berasal dan mendapati kumpulan berkenaan bukan ahli DAP ataupun pemuda parti itu.
“Kami syaki BN adalah dalang di belakang tunjuk perasaan ini kerana bekas ketua cawangan PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda dilihat bersama kumpulan itu,” katanya dalam satu kenyataan.
Ngeh berkata satu laporan polis akan dibuat oleh perwakilan DAP bahagian Buntong ke atas kumpulan itu atas dakwaan menyamar sebagai ahli DAP esok.
“Kami gesa ahli DAP dan orang ramai supaya bertenang dan tidak terjebak dengan taktik kotor yang digunakan oleh Umno dan BN yang telah berulang-kali kita saksikan di Pulau Pinang.
“Saya minta orang ramai supaya terus bersama Pakatan Rakyat dalam misi menyelamat negara daripada bankrap dan dimusnahkan dengan menukar kerajaan BN pada pilihan raya umum ke-13 yang akan datang,” kata Ngeh lagi. -mk
Ulasan GB
Jangan main-main. Itu "bomoh" dari Pekan yang hilangkan beberapa YB sebelum ini sudah dengar ini cerita demo.
Silap haribulan Kula akan pergi "berubat" sana terus tukar baju PR jadi BN.
Beware!

1 ulasan:
UMNO sanggup beli segalanya kalau mahu jual diri.
Catat Ulasan