30 Sep 2010

Tropi Sandiwara Lucu: "Pulangkan" Bersaing Hebat Dengan "I'da World"

40 pulangkan wang didakwa hasil judi

Akibat marah, kecewa dan rasa tertipu, seramai 40 warga emas dan golongan miskin tegar di negeri ini, mengembalikan wang RM100 yang mereka terima daripada kerajaan negeri baru-baru ini, yang dikatakan diperoleh daripada sumber judi.

Penduduk dari Parlimen Kepala Batas itu memulangkan wang berkenaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim, dalam satu majlis khas di Pusat Khidmat ADUN berkenaan di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Mereka kesal terhadap tindakan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang menggunakan sebahagian daripada dana diterima daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang mengendalikan pertaruhan lumba kuda untuk diagihkan kepada rakyat.

Seorang penduduk dari Kampung Pulau Mertajam, Penaga, Rosnani Rashid, terkilan kerana suaminya, Osman Mahmud, 62, yang meninggal dunia pada 6 April lalu, iaitu seminggu selepas menerima RM100 menerusi program penghargaan warga emas sudah menggunakan wang itu.

Kalau kami tahu duit itu daripada sumber tidak elok seperti perjudian, sudah tentu duit itu tidak akan digunakan, katanya yang menangis teresak-esak ketika ditemui pemberita selepas majlis itu.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, mendedahkan kerajaan Pulau Pinang menerima sumbangan RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang mengendalikan pertaruhan perlumbaan kuda di negeri ini.

Perkara itu diperkuatkan lagi dengan bukti melalui surat rasmi Pejabat Ketua Menteri mengenai penerimaan sumbangan itu yang ditandatangani Setiausaha Sulit Guan Eng, Farida Hani M Yaacob bertarikh 9 Julai 2010.

Kerajaan negeri sebelum ini pernah menafikan pihaknya menggunakan wang daripada sumber judi untuk melaksanakan programnya, tetapi selepas pendedahan oleh Reezal Merican, Guan Eng mengakui bahawa kerajaan negeri ada menggunakan sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda untuk menjalankan program membas-mi miskin tegar.

Seorang lagi penduduk, Harun Ali, 63, berkata dia memulangkan semula wang RM100 yang diterima daripada kerajaan negeri kerana tidak sanggup menggunakan wang itu selepas timbul isu bahawa wang berkenaan adalah daripada sumber meragukan.

"Kalau makan duit ini, ia akan menjadi darah daging saya. Saya tidak mahu menjadi seperti itu dan kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang seolah-olah tidak memahami sensitiviti serta hukum orang Islam," katanya.

Sementara itu, Azhar berkata, pihaknya mengambil inisiatif mengumpulkan wang berkenaan bagi diserahkan kepada kerajaan negeri selepas menerima banyak maklum balas daripada orang ramai yang menyatakan hasrat untuk berbuat demikian kerana tidak mahu menggunakan wang daripada hasil judi.

Selepas ini program mengumpul duit sumbangan kerajaan negeri akan diadakan di seluruh negeri sebelum diserahkan kepada Pemuda UMNO untuk dikembalikan kepada kerajaan negeri, katanya yang juga Setiausaha UMNO Pulau Pinang. -BH

Ulasan GB

Sandiwara terhebat oleh UMNO dengan bantuan pemberita /wartawan Berita Harian di Pulau Mutiara.

Sama hebatnya sandiwara pemberian replika cek RM4b oleh I'da World bersama wartawan akhbar yang sama di Kelantan minggu lalu.

Pertama, laporan polis perlu dibuat supaya wang-wang yang dipulangkan itu benar-benar dikembalikan kepada kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu sebanyak RM4,000.

Kedua, kalau saya jadi YAB Lim Guan Eng saya umumkan Kerajaan Pulau Pinang telah dan akan mengagihkan RM5 juta kepada warga emas. Dan YB Penaga boleh kutip semula dan serahkannya kepada kerajaan negeri. Biar dia terberak mensandiwarakan pungutan RM5 juta dan serahkan jumlah itu kepada kerajaan negeri.

Ketiga, tak orang yang berakal waras mahu kembalikan semula wang yang diterima, apatah lagi telah diberitahu oleh bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri bahawa wang itu tidak haram. Hanya YB Penaga yang buat susah kepala dan susah poket mencari idea dan membuat majlis untuk menyertai sandiwara tahunan bersaing dengan I'da World.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dah dia org pulangkan, ambik je balik duit tu. Aku pun kalau jadi LGE aku cepat2 pi ambik duit tu kumpul bnyk2 dan buat sesuatu yg lebih bermanfaat. Tak perlu risau sb kalau betul pun dia org pulangkan duit tu dah confirm org umno tak boleh nak berubah tu. Dia org lebih percaya pd ckp mufti reezal american mamak tu.

neo berkata...

Apa sudah jd dengan function expand article bila klik "Artikel Penuh"?

Bukankah sepatutnya sekdar expand, bukan buka link baru?

Harap diperbaiki bg memudahkan pelayar blog membaca berita di sini.

joe penang berkata...

Takpa pulangkan. Kami bg pada yg nak..
Tanya warga emas tu balik. Pakcik/makcik tau x duit hasil judi kerajaan(umno) pusat 2008 tu 2.8 bilion? Kesemuanya dimasukkan dalam wang disatukan. Peruntukan masjid, sara hidup JKM dll semua guna duit tu. Nak pulang balik?

Tanpa Nama berkata...

kakitangan kerajaan diharap pulangkan gaji hasil dari kutipan cukai judi oleh kerajaan terhadap genting, toto, magnum,calsberg, babi, dll lagi.
kah kah kah ..
hidup ...kerajaan tanpa judi di malayasia...(lepas ni terpaksa la bn haram kan judi di malaysia.)

nak tanya sikit, duit gaji kita ambik dari mana hah...

Idham berkata...

kenapa semua note RM100 yg masih baru sekeping.. kalau dh guna mesti ada note RM50 atau RM10.. semua org bawak sekeping RM100.. sedangkan mendakwa telah guna duit tersebut..

Tanpa Nama berkata...

duit judi depa tak mau makan baguih latu kita orang islam tak boleh makan benda haram!. tapi kita muskil la kat depa2 tu pasai hukum hudud depa tak suka sedangkan ada nas yg jelas dalam quran dan hadis kalau lagu ni perangai depa kita nak kata lagu mana?,kita takut depa tak mau makan duit tu bukan psai haram tapi pasai politik yg kita tau orang umno bukan ambil kira haram halai semuanya depa bedal.

Tanpa Nama berkata...

aku tidak peduli, duit gaji aku dibayar dari mana, yang aku tahu aku kerja baik punya, gaji aku dapat pun baik punya.

mtgbertam berkata...

Tengok muka azhar tu, rasa2 muka orang cerdik ke bodoh?

Tak heran la kalau makcik pakcik pun diperbodoh !!

Cumi Manzui berkata...

Kalaulah puak ni boleh buang sifat perkauman dari diri depa sama seperti mana depa dok bagi balik duit "judi' LGE, kan lebih baik.
Kalaulah depa ni mahukan Hukum Hudud dengan tekad yang sama, alhamdulillah. TAPI sayangnya, depa ni puak munafikun, mana pernah depa ni cakap betul. Yang AKU kasihan melihat ialah puak ni dah tua, kubur dok suruh mai masih tak sedar-sedar. Kesian Melayu kena tipu dek "Melayu". Entahlah, patutlah Melayu Kita perlukan HAK ISTIMEWA sebab tak pandai berfikir.

Tanpa Nama berkata...

"neo said...
Apa sudah jd dengan function expand article bila klik "Artikel Penuh"? Bukankah sepatutnya sekdar expand, bukan buka link baru? Harap diperbaiki bg memudahkan pelayar blog membaca berita di sini."

ya betul tu.. harap saudara GB dpt buat sesuatu bg memudahkan pembacaan disini disamping menjimatkan masa.tq

Tanpa Nama berkata...

err... naina merican tu melayu asli ke?

Tanpa Nama berkata...

bila lagi JKKP nak pulangkan wang berkaitan judi sport toto dan magnum?

kepala kacau berkata...

ni org dok kata..Melayu Kayu...Bodoh Sombong....puak2 mamak marican la yg boleh ajaq hangpa....mcm la slama ni hgpa smua mkn duit halai kot....