Kes Sosilawati: AG, polis sediakan kertas tuduhan, kes dianggap selesai
Pihak berkuasa dijangka akan menghadapkan suspek kes pembunuhan jutawan produk kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pengirinya di mahkamah dijangka minggu depan.
Laporan The Star Online hari ini berkata polis dan Jabatan Peguam Negara sedang dalam proses menyiapkan kertas pertuduhan.
Polis juga menganggap kes itu sudah selesai.
Kesemua suspek kes ini sedang ditahan reman selama seminggu di lokap polis di Bukit Jalil di sini.
Sehubungan itu, menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, pihaknya menganggap kes itu telah selesai.
“Tolong jangan buat spekulasi bahawa ada sesuatu yang tidak kena jika kami tidak dapat mendakwa dalam waktu terdekat... kerana kami mahu semuanya teratur (sebelum tuduh dikenakan),” kata beliau.
Lapan suspek sedang ditahan buat masa sekarang. Dua daripada mereka merupakan peguam adik-beradik.
Peguam bergelar “Datuk” dikatakan sebagai dalang kes pembunuhan itu.
Ismail juga berkata, sebuah pasukan petugas juga telah dibentuk untuk menyiasat kesemua kes orang hilang yang dikaitkan dengan peguam-peguam berkenaan.
Pembunuhan Sosilawati dan tiga lagi amat mengejutkan negara kerana selepas dibunuh dengan kejam, mayat mereka dibakar dan abu dibuang di sebatang sungai di Tanjong Sepat, Banting.
Seorang peguam berusia 41 tahun yang dikenali ramai di kawasan Banting dan bergelar “Datuk”, telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka.
Perkembangan terbaru ini menambah senarai kes pembunuhan kejam yang negara pernah saksikan sebelum ini – antara kes bunuh dan rogol penganalisis maklumat, Canny Ong pada 2003 yang turut dibakar.
Kes-kes lain termasuklah bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Bakarudin Busu yang pernah berkhidmat sebagai wartawan Kumpulan Utusan.
Empat tahun lalu wanita Mongolia Altantuya Shariibuu pula dibunuh dan mayatnya kemudian diletupkan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, kesemua suspek mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga mati dan mayat mereka dibakar.
Selain pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) tersebut, turut dibunuh ialah pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Jutawan wanita berusia 47 tahun itu yang juga bekas isteri penyanyi rock Nash dan tiga yang lain dilaporkan hilang sejak 30 Ogos, selepas datang ke kawasan ini untuk urusan pembelian tanah.
Motif kejadian tragis itu lebih menjurus kepada persaingan perniagaan di antara kedua-dua peguam dengan Sosilawati.
Peguam berkenaan, yang dipercayai pernah digantung amalan guaman selama setahun pada 2007, dikenali sebagai broker tanah di kalangan penduduk setempat dan dipercayai mengendalikan beberapa urus niaga bernilai jutaan ringgit bagi pihak Sosilawati.
Kes membabitkan Sosilawati dan tiga yang lain itu juga bakal merungkai misteri di sebalik tembok besar yang mengelilingi kawasan ladang kelapa sawit yang turut menempatkan beberapa kandang lembu dan kambing.
Malah menurut Mohd Bakri, suspek turut mengaku pernah menggunakan modus operandi serupa sebelum ini, dan polis sedang menyiasat kehilangan empat individu lain di kawasan tersebut sejak setahun lalu.
Dalam pada itu Ismail berkata, kesemua aduan kes orang hilang harus disiasat dengan segera dan secara terperinci bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.
Beliau mengakui bahawa kes Sosilawati boleh dielakkan jika tindakan cepat dan mendalam telah diambil. -TMI
Ulasan GB
Bagaimana kes boleh dianggap selesai jika belum lagi ada kepastian bahawa akan wujud pendakwaan dan penghakiman yang adil dan telus terhadap pembunuh? Sedangkan Peguam Negara selama ini dikenali amat licik untuk "mempermainkan" kertas-kertas siasatan yang ada diantaranya lansung tidak diambil tindakan?
Bagaimana kes boleh dianggap selesai jika polis-polis masih lagi bergelumang di dalam sungai untuk mengumpul bahan bukti?
Bagaimana kes boleh dianggap selesai jika "orang kenamaan" yang mengganggu siasatan polis seperti yang didedahkan oleh bekas KPN belum lagi ditahan dan disaolsiasat?
Bagaimana kes boleh dianggap selesai jika PM, Datuk Seri Najib sendiri masih membisu terhadap kes yang sepenting ini?
Bagaimana kes boleh dianggap selesai jika belum ada jaminan bahawa mutu professionalisme polis akan dipertingkatkan selepas ini yang tidak sepatutnya hanya bertumpu untuk menangkap ahli parti pembangkang di ceramah dan demontrasi tanpa memandang berat kes-kes jenayah seperti kes pembunuhan kejam Sosilawati ini?
Tan Sri Ismail Omar sendiri kini mengaku bahawa:
kes Sosilawati boleh dielakkan jika tindakan cepat dan mendalam telah diambil
Hal ini telah GB ulas sebelum ini di SINI. Petikan:
Ekoran "pembunuhan Datuk Sosilawati ini, maka rakyat tertanya-tanya, apa terjadi dengan kecekapan polis?
Apakah polis hanya cekap membelasah, memukul dan menahan peserta demo di siang hari? Apakah polis hanya cekap menembak mati suspek-suspek jenayah? Apakah polis hanya cekap memukul mati mereka yang sudah berada di dalam tahanan? Apakah polis hanya cekap mengejar dan menembak mati remaja membawa kereta tanpa lesen?
Baru selang dua hari sebelumnya polis mengarahkan agar rakyat tidak mendengarkan khabar angin menyatakan Sosilawati dibunuh, yang rupa-rupanya khabar angin itu tiba-tiba menjadi benar.
Integriti polis kini dalam persoalan. Sentiasa kita dengar polis dinaikkan pangkat, dinaikkan gaji.... tetapi jenayah menjadi-jadi. Apa ertinya semua ini?
dan juga di SINI. Petikan:
Tan Sri Ismail Omar, KPN baru menyatakan bahawa pembunuhan itu ‘gruesome and cowardice’ sedangkan rakyat melihat ia satu 'negligence and foolish' di pihak polis sehingga mangsa mati dibunuh begitu kejam.
Apa kata jika yang mati itu isteri Datuk Hishamuddin dan isteri Tan Sri Ismail sendiri? Tentu sekali bukan begitu suara-suara kamu berdua!
Berperikemanusianlah dan prihatinlah sebelum rakyat bertindak mendesak anda berdua dipecat dari jawatan.
Tiada siapa melihat kes ini dari kacamata perkauman kecuali golongan UMNO yang pekat Melayunya, sebar SMS yang bukan-bukan. Rakyat secara keseluruhannya melihat isu ini dari perspektif jenayah, dari perspektif setakat mana kecekapan dan keberkesanan KDN dan PDRM bertindak. Ternyata kedua-dua pihak gagal, pembunuhan itu berlaku juga walaupun dah ada maklumat mengenai kejadian terlebih awal.
Justeru itu, rakyat kata kes ini BELUM selesai.

Sosilawati murder: Police preparing charges, consider case solved
Police are in the process of liaising with the Attorney-General's Chambers to prepare charges and the type of charges to be made against those detained for the gruesome murders of cosmetics millionaire Datuk Sosilawati Lawiya and three others.
Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar said police considered the case solved and commended CID director Comm Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, Deputy Comm Datuk Hadi Ho Abdullah and all the detectives in the team entrusted with apprehending the suspects.
"Please do not speculate that something is wrong if we do not charge the suspects soon, as we really want to make sure everything is in order," he said, adding that police wanted to ensure they had an airtight case.
The remains of Sosilawati, 47, and three others — lawyer Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, CIMB Bank officer Noorhisham Mohammad, 38, and driver Kamarudin Shansudin, 44, were found in Ladang Gadong on Sunday.
Eight suspects have been detained, among them, two lawyers who are brothers. The older brother, a Datuk, is believed to be the mastermind behind the murders.
Ismail said a task force had also been formed to investigate all missing persons reports linked to the lawyers.
Meanwhile, Ismail said all missing persons reports must be investigated immediately and thoroughly to avoid another similar incident.
He admitted that Sosilawati's case could have been prevented if fast and thorough action had been taken.
"I have already instructed my men that there should be no more slacking. Those caught slacking or ignoring missing persons reports will be severely reprimanded," he told editors at a briefing at his office in Bukit Aman Wednesday. -thestar
Ulasan GB
Bagaimana kes boleh dianggap selesai jika belum lagi ada kepastian bahawa akan wujud pendakwaan dan penghakiman yang adil dan telus terhadap pembunuh? Sedangkan Peguam Negara selama ini dikenali amat licik untuk "mempermainkan" kertas-kertas siasatan yang ada diantaranya lansung tidak diambil tindakan?
Bagaimana kes boleh dianggap selesai jika polis-polis masih lagi bergelumang di dalam sungai untuk mengumpul bahan bukti?
Bagaimana kes boleh dianggap selesai jika "orang kenamaan" yang mengganggu siasatan polis seperti yang didedahkan oleh bekas KPN belum lagi ditahan dan disaolsiasat?
Bagaimana kes boleh dianggap selesai jika PM, Datuk Seri Najib sendiri masih membisu terhadap kes yang sepenting ini?
Bagaimana kes boleh dianggap selesai jika belum ada jaminan bahawa mutu professionalisme polis akan dipertingkatkan selepas ini yang tidak sepatutnya hanya bertumpu untuk menangkap ahli parti pembangkang di ceramah dan demontrasi tanpa memandang berat kes-kes jenayah seperti kes pembunuhan kejam Sosilawati ini?
Tan Sri Ismail Omar sendiri kini mengaku bahawa:
kes Sosilawati boleh dielakkan jika tindakan cepat dan mendalam telah diambil
Hal ini telah GB ulas sebelum ini di SINI. Petikan:
Ekoran "pembunuhan Datuk Sosilawati ini, maka rakyat tertanya-tanya, apa terjadi dengan kecekapan polis?
Apakah polis hanya cekap membelasah, memukul dan menahan peserta demo di siang hari? Apakah polis hanya cekap menembak mati suspek-suspek jenayah? Apakah polis hanya cekap memukul mati mereka yang sudah berada di dalam tahanan? Apakah polis hanya cekap mengejar dan menembak mati remaja membawa kereta tanpa lesen?
Baru selang dua hari sebelumnya polis mengarahkan agar rakyat tidak mendengarkan khabar angin menyatakan Sosilawati dibunuh, yang rupa-rupanya khabar angin itu tiba-tiba menjadi benar.
Integriti polis kini dalam persoalan. Sentiasa kita dengar polis dinaikkan pangkat, dinaikkan gaji.... tetapi jenayah menjadi-jadi. Apa ertinya semua ini?
dan juga di SINI. Petikan:
Tan Sri Ismail Omar, KPN baru menyatakan bahawa pembunuhan itu ‘gruesome and cowardice’ sedangkan rakyat melihat ia satu 'negligence and foolish' di pihak polis sehingga mangsa mati dibunuh begitu kejam.
Apa kata jika yang mati itu isteri Datuk Hishamuddin dan isteri Tan Sri Ismail sendiri? Tentu sekali bukan begitu suara-suara kamu berdua!
Berperikemanusianlah dan prihatinlah sebelum rakyat bertindak mendesak anda berdua dipecat dari jawatan.
Tiada siapa melihat kes ini dari kacamata perkauman kecuali golongan UMNO yang pekat Melayunya, sebar SMS yang bukan-bukan. Rakyat secara keseluruhannya melihat isu ini dari perspektif jenayah, dari perspektif setakat mana kecekapan dan keberkesanan KDN dan PDRM bertindak. Ternyata kedua-dua pihak gagal, pembunuhan itu berlaku juga walaupun dah ada maklumat mengenai kejadian terlebih awal.
Justeru itu, rakyat kata kes ini BELUM selesai.
7 ulasan:
Kes anwar yg dah lebih setahun tu pun belum selesai, kes yg tak sampaisebulan ni dah selesai? Confirm lepas punyalah pembunuh tu. Kalaudia kata diapenyokong PKR, PAS atau DAP pasti kantoi serta merta. Dah boleh baca skrip cerita ni.
MALAYSIA BOLEH!!!
heboh diperkatakan ada SMS yang dihantar kepada suami mangsa sebelum kejadian ini.Apakah benar ianya bersuami jika BENAR kenapa hingga kini tak muncul-muncul.Kenapa payah sangat nak tulis dalam akhbar apa nama suspek utama adakah kerana ia seorang yang berpengaruh dibelakang kerajaan BN?.Persoalan yang belum terjawab??.
Terang, Tajam & Tepat
Syabas GB
Yong rasa amat tidak selamat! Mungkin ramai perempuan profesional seperti Yong yang juga rasa tidak selamat, lebih2 lagi jika keluar seorang diri, walaupun cuma pergi pasar. Aduhai! ape dah jadi dengan negara kita?
Ade jugak penganalisis NGOK kat TV yang kata kadar jenayah di negara kita tak sampai macam di setengah negara maju. BODOH! Adekah kita nak tunggu kadar jenayah seperti di US baru nak bertindak? Rakyat US berapa ramai? Rakyat Malaysia pulak berapa? Jika kita tunggu kadar jenayah meningkat macam di US baru bertindak negara akan dihuni oleh penjenayah saje!
laporan kes sebelum ni kenapa baru nak siasat, apa sebenarnya yang berlaku? rakyat nak tahu?
perlu tubuh Suruhanjaya Diraja kenapa laporan polis dibuat oleh mangsa sebelum ni tapi senyap?
jenayah negara meningkat rakyat ketakutan, pemimpin BN sahaja yang aman..
Catat Ulasan