PAS Tuntut Kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu
KULIM: PAS menuntut kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu dikembalikan kepada parti itu dalam pilihanraya umum akan datang, kata Yang Dipertuanya, Hassan Razak.
Ketika ini kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu diwakili oleh Zulkifli Nordin yang bertanding atas tiket PKR tetapi telah keluar parti dan menjadi ahli bebas.
"Kesemua 42 cawangan parti (PAS) di kawasan ini mahu kerusi itu ditanding oleh PAS kerana mereka kecewa dengan ahli parlimen tersebut.
"Bukan sahaja berpaling tadah tetapi juga gagal berkhidmat untuk rakyat," katanya di sini.
Hassan berkata, bagaimanapun, ini bukan bermakna ahli PAS menyalahkan PKR Kulim Bandar Baharu.
Tetapi, katanya, ahli-ahli PAS bimbang kalau-kalau pisang berbuah dua kali dan mereka lebih meyakini istiqamah (komitmen) sesama ahli PAS berbanding parti lain.
Surat tuntutan itu sudah diserahkan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan beliau juga sudah bertemu dengan Azizan berhubung perkara itu.
Katanya, pihaknya tetap mengutamakan perpaduan sesama parti Pakatan Rakyat (PR) dan ini sekadar tuntutan.
"Hal ini sudah tentu memerlukan perbincangan lanjut yang lebih teliti,” katanya. -FMT
Ulasan GB
Baca kedua-dua berita di atas. Dengan mata hati untuk memahami ayat manzurah. Berlaku di negeri Kedah.
PAS Kedah perlu tumpukan perhatian kepada mempastikan kerusi-kerusi yang dimenangi itu tidak terlepas disamping memastikan kerusi-kerusi yang kalah dimenangi.
Bukan nak minta kerusi yang dah disepakati diserahkan kepada rakan komponen.
Sekalipun benar PAS kuat di Kulim Bandar Baru, sekalipun benar katak itu telah menderhaka, sekalipun pun kita ada potensi besar di parlimen berkenaan, langkah saudara kita itu tidak membantu mengukuhkan PR malah merenggangkan.
Allah Maha Kaya sekalipun jika kita terpaksa berkorban di Kulim Bandar Baru, Allah boleh mengurniakan PAS Kedah kemenangan di kerusi parlimen lain. Kuasa Tuhan, apakah ada yang lebih dariNya? Jangan tamak dan berjuanglah keranaNya. Hilangkan penyakit-penyakit yang ada di hati.
Tu sebab jangan terjun dulu sebelum dipastikan payung terjun itu benar-benar berfungsi. Kalau tak, mati adalah jawapannya!
ooops ada satu lagi berita... senyap jer tak der berita dari Marang Terengganu, tup, tup kuar berita ini:
Tengkorak dan cebisan tulang manusia ditemui di tapak pelupusan
KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki menjumpai satu tengkorak dan cebisan tulang manusia di tapak pelupusan sisa pepejal Majlis Daerah Marang petang semalam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supt K Manoharan, berkata lelaki tersebut yang sedang mencari lokan di kawasan alor sungai Marang menjumpai tengkorak dan cebisan tulang itu kira-kira 4.30 petang semalam.
"Polis percaya tengkorak yang ditemui tersebut adalah milik seorang dewasa," katanya.
Manoharan berkata, tengkorak dan tulang tersebut telah diambil oleh pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu untuk dihantar ke pasukan patologi di Kuantan untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata, setakat ini tidak ada sesiapa yang melaporkan mengenai orang hilang dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - BERNAMA
Bahawa Allah tidak pernah lalai dan tidur mengajar manusia yang mahu membaca ayat-ayatNya.
Justeru itu jangan ada yang leka dan lalai tanpa mengira betapa tinggi sekalipun keududkan di dunia fana ini. Kelak ditegur oleh Allah s.w.t. Dan yang dikurniakan akal akan berkata:
"Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka” “Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun”(Ali ‘Imran : 191-192)

Tragedi latihan terjun menara
Seorang penerjun wanita warga Australia maut apabila payung terjun yang digunakan ketika melakukan latihan ‘base jump’ di Menara Alor Setar, di sini, gagal berfungsi, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang itu, mangsa Tantikey Lie Marion, 42, dipercayai sedang menjalani latihan penerjunan bersama tiga lagi rakannya untuk program ‘KL Tower International Jump’ yang dijadualkan berlangsung awal bulan depan di Menara Kuala Lumpur.
Mangsa yang juga penerjun keempat, jatuh terhempas dari ketinggian kira-kira 165 meter dan mati di tempat kejadian akibat parah di kepala serta badan.
Difahamkan, penerjun pertama dikatakan tersasar ketika melakukan pendaratan dan tersangkut di atas tiang lampu kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian dan dia diselamatkan oleh pasukan bomba dan penyelamat.
Saksi kejadian, Zaidi Zainol Abidin, 41, berkata ketika kejadian dia sedang menunggang motosikal menuju ke pejabatnya sebelum memberhentikan kenderaan selepas ternampak penerjun pertama tersangkut pada tiang lampu.
Bagaimanapun, katanya, penerjun pertama tidak mengalami kecederaan sebelum diturunkan oleh kakitangan Menara Alor Setar serta anggota penyelamat.
“Ia kemudian diikuti dua lagi penerjun lelaki, seorang warga tempatan dan asing. Apabila tiba giliran mangsa, saya lihat payung terjun tidak terbuka dan terhempas di atas simen kaki lima Menara Alor Setar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
Zaidi Abidin berkata, orang awam yang berada di kawasan kejadian terus berlari ke lokasi kejadian untuk membantu mangsa.
“Bagaimanapun, mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan serius di kepala muka dan badan,” katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, untuk dibedah siasat.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan sedang dijalankan.
Ulasan GB
Baca kedua-dua berita di atas. Dengan mata hati untuk memahami ayat manzurah. Berlaku di negeri Kedah.
PAS Kedah perlu tumpukan perhatian kepada mempastikan kerusi-kerusi yang dimenangi itu tidak terlepas disamping memastikan kerusi-kerusi yang kalah dimenangi.
Bukan nak minta kerusi yang dah disepakati diserahkan kepada rakan komponen.
Sekalipun benar PAS kuat di Kulim Bandar Baru, sekalipun benar katak itu telah menderhaka, sekalipun pun kita ada potensi besar di parlimen berkenaan, langkah saudara kita itu tidak membantu mengukuhkan PR malah merenggangkan.
Allah Maha Kaya sekalipun jika kita terpaksa berkorban di Kulim Bandar Baru, Allah boleh mengurniakan PAS Kedah kemenangan di kerusi parlimen lain. Kuasa Tuhan, apakah ada yang lebih dariNya? Jangan tamak dan berjuanglah keranaNya. Hilangkan penyakit-penyakit yang ada di hati.
Tu sebab jangan terjun dulu sebelum dipastikan payung terjun itu benar-benar berfungsi. Kalau tak, mati adalah jawapannya!
ooops ada satu lagi berita... senyap jer tak der berita dari Marang Terengganu, tup, tup kuar berita ini:
Tengkorak dan cebisan tulang manusia ditemui di tapak pelupusan
KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki menjumpai satu tengkorak dan cebisan tulang manusia di tapak pelupusan sisa pepejal Majlis Daerah Marang petang semalam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supt K Manoharan, berkata lelaki tersebut yang sedang mencari lokan di kawasan alor sungai Marang menjumpai tengkorak dan cebisan tulang itu kira-kira 4.30 petang semalam.
"Polis percaya tengkorak yang ditemui tersebut adalah milik seorang dewasa," katanya.
Manoharan berkata, tengkorak dan tulang tersebut telah diambil oleh pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu untuk dihantar ke pasukan patologi di Kuantan untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata, setakat ini tidak ada sesiapa yang melaporkan mengenai orang hilang dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - BERNAMA
Bahawa Allah tidak pernah lalai dan tidur mengajar manusia yang mahu membaca ayat-ayatNya.
Justeru itu jangan ada yang leka dan lalai tanpa mengira betapa tinggi sekalipun keududkan di dunia fana ini. Kelak ditegur oleh Allah s.w.t. Dan yang dikurniakan akal akan berkata:
"Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka” “Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun”(Ali ‘Imran : 191-192)
4 ulasan:
Hai GB, Dah kena kena kencing dengan Zul pun dok kata orang lain tamak lagi?????. Mai la dok di Kulim/Bandar Baeru ini baru tau... tok sah cakap melalui teropong atau hearsay sahaja. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Kamu dah khianat (lompat) maka dalam election akan datang jangan harap undiku dan membantu jentera pilihanraya. Habis cerita.
Badan penat, guna duit, guna kereta....tapi akhirnya kena khianat.
Kulim...kamu telah hilang satu undi dan satu jentera.
"Badan penat, guna duit, guna kereta....tapi akhirnya kena khianat."
Biar orang mengkhianat kita jangan kita mengkhianati orang lain.
Ikhlaskan diri dan perjuangan kita kepada Allah s.w.t. nanti hati kita menjadi lapang dan tenteram sekalipun dikhianati.
GB,
Bukan main hang tulis macam iman syafei lagak nya. Kali ini hangpa akan tau siapa yang ikhlas kerja dan siapa nak langsung tak kerja. Orang PAS ka... Orang PKR ka... atau Orang Orang DAP ka???? PRU 13 nanti buktikanlah yang memang hangpa layak bertanding di situ. Kami tolak UMNO dan kami sokong PAS sebab depa nampak ikhlas bukan macam yang bekas bekas UMNO tu... 2 x 5 sahaja....... sebab itu yang geng reformasi rapt dengan PAS sebab depa pejuang macam PAS juga.
Catat Ulasan