Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Patut Dipersalahkan, Kata Mahfuz
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan patut dipersalahkan dalam kontroversi penyiaran iklan TV3 sempena Hari Raya tahun ini yang tidak menjaga sensitiviti umat Islam.
Pendirian Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ini berdasarkan kepada jawapan bertulis Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi ketika itu, Datuk Shaziman Abu Mansor pada sidang Dewan Negara 2004.
Dalam jawapan itu, Shaziman menyatakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM bekerjasama dengan Lembaga Penapisan Filem untuk memastikan semua bahan siaran ditapis sebelum disiar TV swasta.
TV3 sejak Khamis lalu menyiarkan iklan yang menggambarkan seorang lelaki tua dan kanak-kanak menaiki beca ajaib ala kereta salju Santa Claus sehingga melintasi bulan, selain menampilkan babak kemunculan pelita melalui bunga teratai yang dikatakan menyamai fahaman Buddha.
Mengikut beberapa blog, iklan ini meminjam konsep 1 Malaysia bagi menggambarkan amalan kesamarataaan agama di Malaysia.
Dalam hal ini, Mahfuz menyalahkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim kerana terlalu memberi tumpuan kepada pemantauan di internet hingga mengabai bahan siaran TV3.
Mahfuz yakin Rais mungkin tidak memantau bahan siaran dalam TV3 kerana terlalu percayakan media arus perdana ini
Beliau yakin jika iklan sedemikian disiar media alternatif, Rais Yatim dan pimpinan Umno pasti akan melenting dan bertindak pantas serta tegas.
"Jelas membuktikan pemimpin Umno menilai sesuatu perkara dari sudut kepentingan politik mereka,” kata Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden Pas.
Iklan terbitan Pengarah Kreatif TV3, Douglas Khoo Hong Seng dengan kos penerbitan RM200,000 yang menggunakan teknik janaan pengimejan komputer, dihentikan selepas lima kali siaran.
Selepas ditegur untuk tempoh tertentu, TV3 akhirnya memohon maaf.

10 ulasan:
mentri m'sia semua kuda kayu,lagi dok buleh songliap duit mana mau resign
setuju dgn atat...mn mungkin nk letak jawatan...jambatan yg dh dibakar pun selamba jesambung dgnkonkrit......menteri melayu mn ada maruah...maruah mrk dh lama tergadai dgn rasuah...wang...harta.....mrk tiada kemaluan.....hanya yg ada kemaluan shj yg akan berasa malu...
tula..taksub sangat dengan 1Malaysia bangang tu..sampai gadai habis agama..
salam rais,
you should quit because you havent changed your mode, remember?
Rasuah berluasa dalam Pemilihan bahagian UMNO terkini tetapi siapa pun tidak bising dan SPRM pun tak boleh kesan..
Begitu juga iklan yang di siarkan tersebut, tidak pun di kesan oleh Menteri penerangan..
Rakyat yang bersalah cepat dikesan..
puak puak ni kalau salah ka apa ka bukan tau malu,nak suroh letak jawatan pakai mampoihla,lepas tu langgar undang undang yg depa sendiri buat,iklan rosak aqidah macam tu pon buleh lepas,yg depa tau dok dlm air con sambil jenguk kok tingkap hampa nak rosak aqidah ka,nak zina ka,nak buang anak ka hampa punya pasai,kalau kena btg idung sendiri senyap tapi kalau kena org lain hingak satu tv dgn s/habaq,bukan saja menteri To' Mufti pon seghupa jugak
slm semua..bila ckp psl si ank kpd yatim ni teringat kata2 khairy jamaludin..dia ckp "saya percaya rais xde email sendiri"..hehe..menteri yg duk sibuk pasal it tp cuma tau bodek najib je..
ini semua adalah berpunca dari ulamak2 yang ada di 1 mesia ni... kenapa yang pertahankan hukum Allah di sanggah... yang melanggar hukum Allah disokong... NANTI ULAMAK2 NI AKAN TERIMA BALASAN, SEMOGA ALLAH TUNJOKKAN DI DUNIA NI LAGI, SUPAYA RAKYAT BOLEH NAMPAK... AKAN KEBACULAN MEREKA.. dan supaya rakyat boleh lihat mana yang betul dan yang salah.... masa tu nanti dapatlah dinilai.. betapa hebatnya manusia2 yang bacul ni.. dlm mempertahan syaitan yang bertopengkan manusia ni...
Mamat ni kuat betul nak bodek Najib untuk buktikan dia ada kelayakan jadi menteri. Dia tu juga spesis takut bini. Perkhabaran yang pernah disampaikan oleh veteran UMNO nama dia sengaja di singkirkan daripada barisan anggota kabinet Najib. Bini dia yang berambut perang tu bisik kat Ustazah Rosmah supaya dia jangan diketepikan. Najib memang tak berkenan lantik dia sebab Mamat ni lebih tua dari Najib, payah nak buat kerja. Atas desakan bini dia yang sangat ditakuti, Najib lantik Mamat yang pernah jadi Timbalan Presiden S46 dulu bersama Ku Li jadi menteri penuh.
Nasib baik la PR tegur, nak harap UMNO, jangan mimpi. Sampai 3 hari ditayangkan. Inilah padanya bila TV3 tidak mempunyai kakitangan yang betul2 Islam. Kalau Namewee secepat kilat dipanggil polis, kenapa tidak TV3. Sepatutnya stesen TV3 digantung sebulan.
Catat Ulasan