25 Sep 2010

Azmin Bakal Timbalan Presiden PKR, Tetapi....

Timbalan: Azmin 58, Zaid 25, Mustaffa 13

Sebanyak 37 lagi cabang PKR di sembilan negeri dijadual melangsungkan mesyuarat agung tahunan masing-masing hari ini.

Negeri-negeri itu ialah Terengganu (4 cabang), Perak (5), Melaka (2), Johor (4), Wilayah Persekutuan (5), Selangor (1), Sabah (5) dan Sarawak (4).

Setakat semalam, pencalonan untuk naib presiden PKR Azmin Ali bertambah kepada 46 selepas tiga lagi cabang - dua di Kelantan dan satu Kedah - mencalonkan beliau bertanding jawatan timbalan presiden.

Sehingga ini pencabar terdekatnya, pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 21 pencalonan manakala pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub (10), Tian Chua (2), Tan Sri Khalid Ibrahim dan Fuziah Salleh masing-masing mendapat satu pencalonan.

Setakat ini, sebanyak 91 cabang telah mengadakan mesyuarat dan melangsungkan pemilihan mereka masing-masing.

Berikut perkembangan semasa pencalonan:

7.55pm Di Pasir Salak, pencalonan presiden: Wan Azizah. Timbalan: Mustaffa Kamil Ayub. Naib: Khalid Ibrahim, N Gobalakrishnan, Mohd Noor Manuty dan Lee Boon Chye.

Di Bayan Baru, pencalonan presiden: Wan Azizah. Timbalan: Azmin. Naib: Mansor Othman, Fuziah Salleh, Shamsul Iskandar Md Akin dan Yusmadi Yusoff.

Di Segambut, pencalonan presiden: Wan Azizah. Timbalan: Azmin. Naib: Mustaffa Kamil Ayub, Nurul Izzah, Lee Boon Chye dan Saifuddin Nasution.

Ini bermakna, daripada 100 cabang, Azmin mendapat 58 pencalonan, Zaid mendapat 25 dan Mustaffa 13 pencalonan.

6.28pm Di Nibong Tebal, pencalonan presiden: Wan Azizah. Timbalan presiden: Azmin. Naib: Mansor Othman, Shamsul Iskandar Md Akin, Fuziah Salleh dan Lee Boon Chye.

Di Muar, pencalonan presiden: Wan Azizah. Timbalan presiden: Zaid. Naib: Chua Jui Meng, Tian Chua, Nurul Izzah Anwar dan Saiful Iskandar Md Akin.

Di Kalabakan, pencalonan presiden: Wan Azizah. Timbalan presiden: Azmin. Naib: Ansari Abdullah, Mansor Othman, Mustaffa Kamil Ayub dan Jimi Donald.

Ini menjadikan Azmin mendapat 56 pencalonan. Manakala Zaid pula mendapat 25 pencalonan dan Mustaffa kekal 12.

6.04pm Di Balik Pulau, pencalonan presiden: Wan Azizah. Timbalan: Azmin. Naib: Fuziah Salleh, Mansor Othman, Yusmadi Yusoff dan R Sivarasa.

Speaker DUN Pulau Pinang Abdul Halim Hussein menang besar jawatan ketua cabang menewaskan naib ketua Mohd Shukri Ishak.

Di Ledang, pencalonan presiden: Wan Azizah. Timbalan: Zaid. Naib: Chua Jui Meng, Nurul Izzah Anwar, Shamsul Iskandar Md Akin dan Tian Chua.

Di Sepang, pencalonan presiden: Wan Azizah. Timbalan: Azmin. Naib: Xavier Jayakumar, Abdullah Sani, Yahya Shaari dan Shamsul Iskandar Md Akin.

Ini menjadikan Azmin memperoleh 54 pencalonan keseluruhan sebagai timbalan presiden. Manakala Zaid pula mendapat 24 dan Mustaffa kini kekal 12 pencalonan.

5.08pm Di Gopeng, pencalonan Presiden: Wan Azizah, Timbalan: Mustaffa Kamal Ayub. Naib: Lee Boon Chye, Fuziah Salleh, Nurul Izzah Anwar dan Shamsul Iskandar Md Akin.

Lee yang juga ahli parlimen cabang itu mempertahankannya jawatan ketua cabang menewaskan setiausaha PKR negeri Anuar Zakaria.

Di Kota Melaka, pencalonan Presiden: Wan Azizah, Timbalan: Azmin Ali. Naib: Shamsul Iskandar Md Akin, Mustaffa Kamil Ayub, R Sivarasa dan Fuziah Salleh.

Di Jasin, pencalonan Presiden: Wan Azizah. Timbalan: Azmin Ali. Naib: Mustaffa Kamil Ayub, Shamsul Iskandar Md Akin, Fuziah Salleh dan N Gobalakrishnan.
Di Bakri, pencalonan Presiden: Wan Azizah.Timbalan: Azmin Ali. Naib: Chua Jui Meng, Fuziah Salleh, Mustaffa Kamil Ayub dan Setiausaha PKR Johor Saiman Marzuki.

Ini menjadikan Azmin kini memperoleh 52 pencalonan, Zaid 23 dan Mustaffa sebanyak 12 cabang.

4.25pm Di Titiwangsa, pencalonan Presiden: Wan Azizah, Timbalan: Azmin. Naib: Fuziah Salleh, R Sivarasa, Tian Chua dan Shamsul Iskandar Md Akin.

Di Bukit Bendera, pencalonan presiden: Wan Azizah. Timbalan: Azmin. Naib: Tian Chua, Mansor Othman, Fuziah Salleh dan Xavier Jayakumar.

Di Kepong, pencalonan presiden: Wan Azizah. Timbalan: Zaid Ibrahim. Naib: Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, N Gobalakrishnan dan K Suresh.

Ini menjadikan Azmin secara keseluruhan mendapat 47 pencalonan, Zaid sebanyak 23 dan Mustaffa sebanyak 11 pencalonan.

3.39pm Di Setiawangsa. Pencalonan Presiden: Wan Azizah. Timbalan: Mustafa. Naib: Fuziah Salleh, Khalid Ibrahim, Tian Chua dan Datuk James Ghani.

Mustaffa kini mendapat 11 pencalonan keseluruhan.

3.25pm Di Semporna. Pencalonan Presiden: Wan Azizah. Timbalan: Azmin. Naib: Ansari Abdullah, Datuk Mansor Othman, Mustafa Kamil Ayub dan Jimi Donald.

Azmin kini mendapat 47 pencalonan keseluruhan.

3.20pm Di Wangsa Maju, Zaid dicalonkan sebagai timbalan presiden oleh cabangnya sendiri, menjadikan keseluruhan 22 pencalonan. Datuk Seri Wan Azizah dicalonkan sebagai presiden.

Manakala jawatan naib pula diberikan kepada Khalid, Tian Chua, Setiausaha Agung Saifudin Nasution dan Fuziah Salleh.

Zaid menang tanpa bertanding untuk jawatan ketua cabang berkenaan.

Ulasan GB

Dengan pencalonan yang begitu banyak untuk Azmin, Azmin menghadapi laluan lebih mudah untuk memenangi jawatan Timbalan presiden PKR. Namun seperti yang GB ulaskan sebelum ini, dengan penumpuan masa Azmin lebih kepada merebut jawatan di dalam parti, beliau berkemungkinan terpaksa akur kepada pepatah "orang tamak akan rugi" di mana beliau terpaksa menerima kekalahan sebagai wakil rakyat nanti.

Hukum sejagat, hukum alam atau "sunnatullah" akan berlaku. Kita menang di satu medan dan perlu terima kekalahan di medan yang lain. Contohnya Mohd. Nizar di Perak, menang di dalam pilihanraya Bukit Gantang tetapi kalah di dalam rayuannya untuk mengambil semula jawatan Menteri Besar yang dirampas oleh Zambry.

Itu pun rakyat di Ukay Bistari telah bersuara. Petikan:

Dr Rafick juga melahirkan rasa kecewa dengan kerajaan negeri Selangor yang lebih banyak fokus ke atas pilihan raya PKR berbanding isu-isu lain yang lebih penting.

“Saya sangat kecewa. Dalam kapasiti peribadi, saya mengundi Azmin dalam pilihan raya tetapi nampaknya beliau telah mengecewakan saya,” katanya.


Di dalam pilihanraya, satu undi adalah amat berharga inikan pula 4000 undi.

Itu belum lagi diambilkira aduan-aduan penduduk Bukit Antarabangsa dan Gombak yang mengadu bermacam-macam hal tentang sukarnya untuk menemui wakil rakyat mereka bernama Azmin, kata mereka. Azmin, pada mereka tidak berbeza dari YB-YB UMNO sebelumnya.

Saya faham Azmin bercita-cita tinggi, kerusi MB Selangor jadi sasarannya. Tetapi perlukan beliau gopoh? Kegopohan akan menggelincirkan seseorang jauh ke dalam jurang. Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor pernah berkata

"Saya rasa beliau perlu belajar banyak. Pengalamannya masih terhad pada tahap tertentu...

Seorang pemimpin yang berwawasan dan ada ciri negarawan, sanggup menyerahkan jawatan politiknya, Ketua PKR Negeri kepada Azmin apabila beliau mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada pengurusan dan pentadbiran negeri. Tan Sri Khalid tidak tamak. Sepatutnya beliau yang lebih layak untuk kerusi Timbalan Presiden tetapi beliau berkata:

"Tak tahulah. (Ketawa) Saya tidak melobi untuk dapatkannya. Saya tidak pergi jumpa orang dan minta, tolong pertimbangkang saya (sebagai timbalan presiden)"

Kini MB Selangor berdepan dengan SYABAS. Dan rakyat Selangor memandang tinggi usaha bersungguh-sungguh Tan Sri Khalid membela rakyat Selangor tatkala yang lain-lain sibuk memburu jawatan di dalam parti.

Percaya atau tidak kata-kata saya tentang tajuk yang saya beri di atas, itu hak Azmin. GB oranng luar, pemerhati sahaja. Tidak mewakili mana-mana calon. Tidak terima apa-apa habuan.

Jangan nanti jika kalah pada pilihanraya, anda berkata tak da siapa yang menegur. Sekarang biar GB yang tegur dulu.

Dah jadi ADUN, dah jadi MP, dah jadi Ketua PKR Negeri, kini berebut nak jadi orang no 2 dalam parti untuk membolehkan beliau merampas kerusi MB.

Pesanan akhir: 'tak terkajang batu sepulau, tak terkepal pasir kering di pantai!'

5 ulasan:

zack berkata...

sy setuju dgn pendapat gb tetapi



ia bukan tugas azmin sahaja sudah tentu tugas Khalid Ibrahim sebagai MB untuk menyelesaikan masalah kerana sudah tentu mana mana wakil rakyat perlukan peruntukan dan apa saja yg berkaitan,


klu dlm parlimen ampang tu masak sikitlah

Tanpa Nama berkata...

satu perigatan yg cukup baik drp gb.
kita jgn ikut budaya umno:
menang dpt semua
kalah hilang semua

kenapa perlu tamakkan kuasa?

wanlang berkata...

agreed 100%.
azmin should focus on his own contituencies, not vieing for anymore posts. you have enough posts, dont you?

Tanpa Nama berkata...

Saya hanya dapat mendoakan semoga PKR/PR tidak menghadapi musibah melalui pemilihan kepimpinan dalam PKR.

Ini adalah kerana kebanyakan rakyat menaruh harapan yang sangat tinggi kepada PR untuk mengambil alih pemerintahan kerajaan pusat dari kerajaan pimpinan UMNO/BN sekarang.

Malaysia wajib di selamatkan dan Rakyat amat dahagakan kebebesan dan kemerdekaan yang sebenar-benarnya.

mo berkata...

Salam,,, Komen yg tuan paparkan mungkin ada kebenaran,, namun azmin pempunyai hak dalam menjadi calon tp pkr. Komen azmin lebih senior dari zaid ??? Anwar lebih rapat dan intim, dgn anwar. Memang lah betul pun. Tapi persoalan nya, apa kah dgn keteria berikut memberi kelebihan kepada azmin?? Seharus nya apa yg patut berlaku ahli memberi tumpuan kepada agenda dan misi calon yg bertanding, menilai keupayaan, kewibawaan, dan misi jangka masa panjang untuk parti dan ahli.?? Isu yg sebegini harus di beri perhatian, bukan isu yg kecil2 dan isu yg tidak berkualiti. Azmin telah mendahalui zaid dalam pencalonan ranting, tahniah azmin,,, namun pencalonan yg ramai belum ada kepastian , menang itu milik azmin, selalu berlaku pencalonan ramai,tapi akhir kecundang,, Lebih dalam pemilihan pkr, semua ahli membari secara lansong kpd calon. tidak mungkin ketua yg mencalon azmin , akan dapat kontrol semua ahli,, jadi kemungkinan untuk calon lain masih cerah. Biarlah ahli bijak san memnentu kedudukan semua calon... Yg penting terima lah keputusan dan kukuh kan kembali barisan untuk menentu agenda yg lebih penting G13, TQ