23 Ogo 2010

Saifuddin Ditekan Untuk Tidak Bertemu Pemuda PAS?

Pertemuan Pemuda PAS dan Saifuddin dibatalkan

Pertemuan Dewan Pemuda PAS pusat (DPPP) dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang dijadualkan hari ini telah dibatalkan.

Menurut pegawai media DPPP pusat, Fadhil Osman, pembatalan itu adalah atas permintaan timbalan menteri pengajian itu sendiri "atas sebab-sebab tertentu".

"Satu tarikh baru akan diberitahu dalam waktu terdekat," kata Fadhil dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Sebelum ini, DPPP mahu menemui Saifuddin yang juga ahli majlis tertinggi Umno berhubung isu kewajaran mahasiswa terlibat dalam politik.

Melalui sepucuk surat yang dihantar kepada Saifuddin 16 Ogos lalu, DPPP mencadangkan pertemuan itu diadakan pada jam 2.30 petang ini, di pejabat timbalan menteri berkenaan

Sementara itu, Fadhil mengumumkan bahawa Khairul Faizi Ahmad Kamil telah dilantik sebagai setiausaha DPPP yang baru.

Beliau menggantikan Kamaruzzaman Mohamed yang juga ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. -MK

Ulasan GB

Banyak pihak merasakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah telah ditekan oleh pihak tertentu daripada meneruskan rancangannya untuk bertemu dengan Dewan Pemuda PAS berhubung isu kewajaran mahasiawa melibatkan diri di dalam politik.

Ini kerana sebelum ini jemaah menteri telah memutuskan melarang penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terlibat dalam parti politik.

Saifuddin sebelum ini telah melahirkan kesediaannya untuk menemui sesiapa sahaja termasuk Pemuda PAS bagi membincangkan idea membenarkan penglibatan mahasiswa dalam politik.

“Saya bersedia untuk berbincang dengan sesiapa sahaja, saya akan menerima jemputan sesiapa sahaja sama ada Pemuda PAS atau daripada mana-mana pihak,” kata Saifuddin.

Laporan awal Bernama menyebut Kabinet bersetuju melarang penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terlibat dalam parti politik.

Laporan itu yang memetik Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin ditarik balik beberapa jam kemudian.



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah pemuda PAS dah terlibat saman ekor, jangan jadi pengekor macam pemuda UMNO saja, pemuda PAS perlu jadi penggerak dan peneraju utama isu penting, bukan yes men pemimpin macam pemuda UMNO

Tanpa Nama berkata...

adalah wajar pemuda PAS sentiasa dihadapan dalam semua isu