2 Ogo 2010

Negara Akan Hancur Selagi UMNO BN Berkuasa

Hancur Malaysia Selagi Umno-BN Dibiarkan Menguruskan Negara

Kira-kira 30 isu penyelewengan di dalam Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) yang dibentangkan hari ini yang cuba disembunyikan oleh pengurusan Felcra daripada diketahui warga Felcra, sekaligus menafikan hak kamu sebagai peserta Felcra, demikian kata bekas Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Nizar yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata semasa kerajaan Pas mengambil-alih Kelantan daripada Umno-BN dahulu, Felcra telah dipastikan membayar kerajaan negeri RM11 juta untuk penggunaan tanah negeri Kelantan di mana sebelum itu Felcra tidak pernah membayar untuk menggunakan tanah negeri.

"Wang itu merupakan hak rakyat Kelantan yang telah dinafikan oleh Felcra dan Umno-BN. Penempatan Felcra terbesar adalah di Perak dengan kira-kira 26 ribu peserta, dan dianggarkan royalti yang patut dibayar kira-kira REM40 juta!

Di mana wang tersebut kini? Inilah yang kita cuba dapatkan sebelum kerajaan Perak dirampas dengan permainan kotor Umno-BN, takut kesemua perbuatan jijik mereka didedahkan!," kata Nizar lagi.

Beliau turut mendedahkan tindakan Pengerusi Felcra, Datuk Haji Tajudin Bin Abdul Rahman mengadakan majlis perkahwinan anak perempuannya di hotel Mandarin Oriental, yang terletak bersebelahan Menara Berkembar Kuala Lumpur.

"Tajuddin menjemput semua ahli parlimen ke majlis tersebut dan dianggarkan RM500 ribu hangus pada malam itu. Saya ingin bertanya, mana dia dapat wang sebanyak itu...terangkan kepada warga Felcra.Selagi Umno-BN dibiarkan menguruskan negara, akan hancur Malaysia nanti," tegas beliau.

Sehubungan itu, Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan telah melancarkan risalah 'Felda Bangkrap' bertujuan untuk mendedahkan penyelewengan dan salah urus yang berlaku di dalam pengurusan Felda kepada warga Felda diseluruh negara. Risalah yang dicetak sebanyak 200 ribu keping akan diedarkan mulai hari ini melalui cawangan-cawangan ANAK di seluruh negara.

Dalam perkembangan berkaitan beliau turut mempersoalkan tindakan Felcra menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran bersebelahan dengan tapak Himpunan Warga Felcra Peringkat Kebangsaan Kali pertama anjuran Parti Islam SeMalaysia Perak.

Tambah beliau, tindakan pengurusan Felcra menggunakan alasan majlis tersebut bagi memesongkan perhatian warga Felcra jelas menunjukkan Felcra mahu menyembunyikan fakta bahawa wujudnya salah urus yang serius. -SK

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hanya insan2 yang membuka mata dan hati mereka shj yang sedar betapa teruknya pemerintahan najib dan sebelumnya dalam pengurusan kewangan rakyat. mereka mempergunakan segala harta rakyat mengikut sesuka hati mereka shj. bila sesebuah negeri diambil alih oleh pakatan rakyat, maka umno adalah kumpulan yg paling kuat memfitnah dan mereka sedaya upaya cuba merampas negeri berkenaan ibarat lanun dilautan.... ini adalah kerana bila negeri berkenaan diambil alih oleh pakatan rakyat mereka2 ini tidak akan dapat mengisi poket2 mereka seperti yang biasa mereka lakukan. INILAH KEBUSOKAN UMNO BEE END .... MARILAH SAMA2 KITA MEMBERI KESEDARAN KEPADA RAKYAT YANG MASIH BUTA MATA, TELINGA DAN PALING TEROK SEKALI BILA BUTA HATI...

sb dehlawi berkata...

Harap2 tersungkurlah UBN pada pilihan raya akan datang ni. pakat2lah kita berdoa muga PR memrintah malaysia.


Selamat menyambut puasa kepada cikgu GREENBOC