Mahathir: Melayu perlu bersatu atau hilang kuasa politik
Sambil merujuk kepada nasib penduduk rantau Timur Tengah, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi memberi amaran kepada masyarakat Melayu negara ini bahawa mereka berhadapan dengan risiko hilang kuasa politik jika terus kekal tidak bersatu.
Bekas perdana menteri berkata orang Melayu memerintah selama ini kerana mereka adalah majoriti penduduk negara ini.
Malangnya tegas beliau, pergaduhan dan pertelingkahan dalaman menyebabkan mereka kehilangan kuasa politik kepada bukan Islam.
“Jika kita berpecah-belah, kita hilang kuasa majoriti kita,” kata beliau dengan merujuk kepada perpecahan kuasa Melayu kepada tiga parti — Umno, PAS dan PKR.
“Saya bukan rasis yang mahu menyemai sentimen kebencian Muslim terhadap bukan Islam tetapi perlu ada perasaan hormat,” kata beliau kepada pemberita sebelum majlis berbuka puasa di Felda D’saji bersama Perkim di sini.
“Dan, sebarang rasa hendak hormat hanya datang jika kita kuat dan berkuasa,” katanya.
“Sebelum ini kita hanya bercakap mengenai masalah umat Islam di Timur Tengah, tetapi kini umat Islam di Malaysia juga berhadapan dengan masalah besar,” katanya.
Seolah-olah merujuk kepada kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat, Dr Mahathir berkata sudah ada contoh seorang Menteri Besar beragama Islam menerima arahan daripada Dewan Undangan Negeri dikuasai masyarakat minoriti.
“Dia dipaksa tunduk kepada kehendak mereka, seolah-olah dia bukan lagi mengambil berat tentang agama dan kaumnya,” katanya.
Beliau berkata umat Islam di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran terbesar terutama dalam keadaan umat yang berpecah belah, yang mungkin mengakibatkan Islam kehilangan kuasanya di negara ini.
“Hari ini walaupun Islam menuntut kita bersaudara tapi kita berpecah, sehingga tahap mungkin hilang kuasa,” katanya.
Dr Mahathir yang juga Yang Dipertua Perkim mengingatkan umat Islam agar memikirkan semula tanggungjawab kepada agama, sekalipun tanggungjawab kepada bangsa sudah tidak lagi menjadi keutamaan.
Katanya walaupun jumlah umat Islam di negara ini ramai, tidak mustahil Islam akan kehilangan tempatnya sebagai agama rasmi sekiranya sikap berpecah-belah masih diteruskan.
“Jumlah ramai ini tidak bermakna kalau sudah berpecah belah dan bermusuh antara mereka. Apabila bermusuh, pihak lain berpeluang gunakan permusuhan sesama Islam ini untuk mengutarakan kedudukan mereka, bahkan untuk berkuasa dalam negara.
“Jangan fikir tidak mungkin satu hari nanti khutbah sebut ketua negara bukan Islam kerana mereka telah berkuasa dan kita sudah jadi puak yang kecil, berpecah belah dan tidak berkuasa,” katanya.
Beliau berkata sudah ramai umat Islam di negara ini yang tidak mengamalkan tingkah laku dan cara hidup seperti yang dituntut dalam al-Quran dan hadis.
Justeru katanya kuasa umat Islam hanya dapat dikekalkan sekiranya umat Islam itu sendiri yang berusaha menyelamatkan agama mereka.
“Berkuasa hari ni tidak bermakna kekal berkuasa di masa depan. Jangan fikir pegangan kita akan terus kekal.
“Ia akan terhakis juga bila kita sudah miskin dan daif. Islam tak suruh kita berpecah-belah, tapi suruh kita bersaudara.
“Tanya kepada diri adakah kita benar-benar berpegang kepada ajaran Islam tentang persaudaraan ini,” katanya. -TMI
Ulasan GB
Menarik kenyataan Tun Dr Mahathir di atas seolah-olah kini beliau ingin kembali semula ke pentas politik tanahair setelah disisih sekian lama oleh partinya sendiri.
Beliau melihat perpaduan dari kacamata "kebangsaan" - bahawa kuasa politik Melayu bakal pupus apabila masyarakat Melayu tidak bersatu. Namun beliau yang licik menggunakan sentimen 'agama" bukan bangsa untuk melindungi perjuangan kebangsaannya demi meraih simpati dari kalangan masyarakat Melayu yang tidak menyokong UMNO.
Seterusnya beliau menyerang seorang menteri Besar sebuah negeri Pakatan Rakyat.

Mahathir terlupa bahawa selama ini Menteri Besar daripada UMNO telah banyak mencabuli maasyarakat Islam dan bangsa Melayu sendiri. Rasuah yang menjadi amalan pemimpin-pemimpin UMNO menyebabkan begitu ramai umat Islam yang rata-rata terdiri dari bangsa Melayu menderita sehinggakan mereka terpaksa bangun menentang MB-MB berpuaka ini sekalipun terdiri dari bangsa sendiri.
Mahathir menggelapkan matanya terhadap MB-MB dari kalangan UMNO yang telah menjual negeri dan bangsanya kepada orang asing. Di Johor, apa yang telah dilakukan oleh MBnya sehingga sebahagian negeri itu kini telah tergadai kepada negara jiran? Di Pahang dan Selangor sebelum ini, apa yang telah dilakukan oleh MB-MB UMNO terhadap tanah-tanah dataran tinggi yang di atas terbina pusat kasino terbesar di rantau ini?
Dan kini Mahathir memainkan sentimen bangsa dan agama untuk memulihkan keyakinan orang ramai terhadap parti yang pernah ditinggalkannya semata-mata kerana protesnya terhadap seorang PM yang dilantiknya tidak mendengar kata-katanya.

Mahathir cuba bercakap mengenai "perpaduan Islam" sedangkan beliau sendiri adalah musuh terhadap Islam dengan menuduh hukum-hukum Allah dengan perkataan-perkataan keji dan hina. Cuba lihat:
Last but not least, I would like to ask you, TDM, could you recall those that had attacked and sprayed you with a mace at the Kota Bharu airport couple of years ago? Were they from PAS, PKR or DAP? No, not at all. They were from your own bloody party! Your party, UMNO, is surely at the brink of collapse. Nither the Malays, nor Islam.
Hei Mahathir, kami telah lama kenal kamu bahawa kamu hipokrit darjat tertinggi.

# “Hukum rejam kepada penzina adalah primitif.” (kata Dr Mahathir Mohamad: 3 Mac 1994).
# “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.” (Dr Mahathir Mohamad: 14 Julai 1992).
# “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.” (Dr Mahathir Mohamad: 2 Mei 1992.
# “Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud.” (Dr Mahathir Mohamad: 1994).
# “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.” (Dr Mahathir Mohamad: 4 Ogos 1994).
# “Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasiq.” (Dr Mahathir Mohamad: 3 Mac 1994, Nilam Puri).
# “Tujuan menutup aurat ialah kerana pada zaman Nabi, Arab Jahiliah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat.” (Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO, pita rakaman).
# “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidak secocok dengan ajaran Islam.” (Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan. 14 Ogos 1994, pita rakaman).
Last but not least, I would like to ask you, TDM, could you recall those that had attacked and sprayed you with a mace at the Kota Bharu airport couple of years ago? Were they from PAS, PKR or DAP? No, not at all. They were from your own bloody party! Your party, UMNO, is surely at the brink of collapse. Nither the Malays, nor Islam.
Hei Mahathir, kami telah lama kenal kamu bahawa kamu hipokrit darjat tertinggi.
9 ulasan:
Orang melayu tidak berpecah, cuma mereka berpindah parti dan menyertai pakatan rakyat. Jika sekali pun melayu berpecah, siapa yang menjadi dalangnya. Lahirnya Semangat 46 dan PKR, hanyalah disebabkan Mahathir yang ingin mengekalkan kuasa tanpa mengikut lunas-lunas demokrasi. Mereka memenjarakan Anwar tanpa kesian belas sehingga orang-orang melayu hilang kepercayaan kepada Umno. Disinilah yang menyebabkan melayu berpindah parti dan memberi sokongan kepada Anwar yang dizalimi Mahathir. Apakah kerana menyokong Anwar pada pandangan Mahathir melayu berpecah? Suroh melayu bersatu tapi siapa yang memansuhkan biasiswa kepada orang2 melayu, siapa yang memansuhkan bantuan kepada sekolah2 agama yang pelajar2nya semua melayu/Islam? Itulah hipokritnya Mahathir.
Dalam hati kecil beliau supaya melayu bersatu hanya untuk kepentingan politik Umno yang semakin nak mampus..
mereka suroh orang melayu supaya bersatu dalam masa yang sama merekalah penyebab orang melayu berpecah inilah betapa honarnya peminpin umno.
saya setuju dengan saranan Mahathir supaya org melayu bersatu... Saya mencadangkan supaya semua org melayu bersatu di bawah PAS bukannya di bawah UMNO kerana UMNO sudah jauh tersasar dari perjuangannya. Marilah org2 melayu bersatu bersama Pakatan Rakyat... bukannya bersatu dlm UMNO yg sudah rosak dan parah... Kalau kapal dah nak karam, tak payahlah nak selamatkan kapal tu lagi... cari kapal lain la pulak.... Marilah kita berhijrah beramai2, tinggalkan UMNO yg sesat dan menyesatkan itu...
Seruan untuk Melayu bersatu yang datang dari bekas Presiden UMNO dan mantan PM ni,sekadar hendak mengokohkan kedudukan politik UMNO dan agar UMNO tak hilang kuasa.Cakap apa pun,berilah seribu daleh,buatlah seribu sebab - tak siap percaya pada UMNO lagi.Lebih 50 tahun UMNO menipu dan memperkudakan Melayu - sudah cukup,sudah tak boleh telan lagi.Sebagai mana cadangan salah seorang komentor diatas - kalau benar-benar UMNO sayangkan Melayu,bubarkan parti UMNO dan masuk PAS. Apa macam?Ada berani?
Marilah kita semua melayu bersatu, sebab dgn bersatu itu maka umngok akan terus dapat berkuasa dan akan terus memperbodohkan rakyat dan mengkayakan suku sakatnya...
Dah 50 tahun kena diperbodohkan dgn isu perkauman hasil lakonan umngok, MCA dan MIC...nak pilih jadi bongok lagi ke...
Melayu duduk bawah PAS lagi selamat dunia dan akhirat...
Nak suruh melayu bersatu tetapi siang malam dok hentam pas yang majoritinya melayu Islam. Nampak sangat agenda politik berkarat yang dah tak boleh pakai....Good bye umnoooooooooooo...
kalau nak bersatu bukan dengan umno ngok tau... kita hanya boleh bersatu dengan yang ada dalam pakatan rakyat aje ya... ingat tu... umno ni macam mana baik sekalipun dia akan makan balik kita... maka dengan itu marilah kita sama2 menjauhkan diri dari umno... jangan ada sedikit pun nak bersatu dengan mereka ni....
adakah anda bekerja dengan GOV...fikir2kan lah mengutuk gov..tapi gaji terima juga drpd mereka....waallah hualam
Anony 5.07.....hg ni sekolah ke x sekolah...kerja gov ke tidak...kita rakyat m'sia kena tegur gov kalau mrk salah...apa masalahnya...gov tu dpt duit dr mana? duit UMNO ke? poorah..duit cukailah....sapepun perintah...kita bleh tegur...PM pun mkn gaji duit kerajaan Malaysia...jgn nampakkan kebodohan awak...
Catat Ulasan