4 Jul 2010

Muhyiddin Seru UMNO Supaya Lebih Ekstrem Pertahan Hak Melayu

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi mengingatkan anggota parti supaya melakukan transformasipolitik, seiring dengan transformasi kerajaan.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata apa yang dilihatnya sekarang, Umno tidak bergerak lancar, dan keadaan itu agak kritikal dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata keadaanya berbeza jika dibandingkan dengan transformasi di pihak kerajaan, di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat perubahan yang radikal dan luar biasa dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif, antaranya Gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Katanya perubahan yang dilakukan kerajaan itu memulihkan kembali keyakinan rakyat terhadap kerajaan yang didokong oleh pemimpin Umno dan BN dalam memajukan negara, selepas parti itu dilanda "tsunami politik" pada pilihan raya umum lepas.

"Umno sepatutnya sudah berubah, tetapi lambat. Umno ibarat kapal lama. Kita tidak dilihat bergerak lancar, jadi ini lebih kritikal jika hendak menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 yang kurang tiga tahun lagi.

"Kalau kita (Umno) tidak berubah, ada orang yang akan ubah kita. Mereka akan ambil alih (peranan kita)," katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Putrajaya, malam tadi.

Turut hadir ialah Ketua Umno Bahagian Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Muhyiddin berkata Umno tidak mempunyai banyak masa lagi, maka mereka perlu membuat perubahan dengan memahami dan menghayati kemahuan serta cita rasa rakyat supaya terus menyokong parti.

Beliau berkata tuntutan rakyat kini sudah berubah dan mereka mahu melihat kesediaan pemimpin Umno dan BN membuat perubahan dalam mentadbir negara pada masa depan.

Sebab itu, katanya Umno memperkenalkan program Juara Rakyat supaya pemimpin dan anggota parti dapat menyelami perasaan dan membantu serta menyelesaikan masalah rakyat.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata Umno perlu lantang dan tidak perlu takut dalam mempertahankan hak orang Melayu kerana asas perjuangan parti itu adalah bagi membela bangsa Melayu dan agama Islam di Malaysia.

"Sekarang saya nampak badan bukan kerajaan (NGO) yang agak lebih lantang memperjuangkan hak orang Melayu sedangkan itu agenda Umno. Kenapa kita dilihat lesu? Orang Melayu tidak sehebat dulu. Jadi mereka (orang Melayu) pergi ke badan-badan lain. Ini satu kesilapan,"
katanya.

Beliau berkata Umno perlu terus ke hadapan memperjuangkan hak orang Melayu namun pada masa yang sama, mereka juga tidak boleh menafikan hak bangsa-bangsa lain dalam negara.

--Bernama

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hipokrit, meraih sokongan dgn menggunakan nama Melayu. Perjuangan mereka hanya untuk mengkayakan golongan tertentu shj.

Tanpa Nama berkata...

Zaman bertahan sudah berlalu.Kini masuk lah zaman menyerang pula.Kalau asyik bertahan pihak lawan akan naik tocang.

Tanpa Nama berkata...

jelaslah menunjukkan bahawa umno bee end dalam ketakutan untok menghadapi pilihanraya ke 13 nanti... apa tidaknya... poket pun semakin kosong itulah sebabnya bersusah payah mereka melakukan berbagai2 projek untok menabong dalam menghadapi pilihanraya nanti. adalah tidak munasabah dalam saat dikatakan ekonomi tak berapa baik masih boleh merancang untuk mendirikan istana negara yang baru, bangunan parlimen yang baru... walhal itu semua tidak penting... itulah tandanya bee end memerlukan kewangan untok menghadapi pilihanraya nanti. MAKNYANYA SEKARANG UMNO BEE END DALAM GUNDAH GULANA UNTOK MENGHADAPI PILIHANRAYA.........HANCUR UMNO BEE END

Tanpa Nama berkata...

UMNO parti perkauman sempit tak macam PAS, PKR dan DAP

Tanpa Nama berkata...

Dalam blog ni terdapat 2 komen dari Pemimpin No1 dan No2 UMNO.Najib baru sadar orang UMNO memang berlagak macam pramadona,sombong,angkoh dan menunjuk-nunjukkan kekayaan mereka.Mereka anggap negara ni bapak mereka yang punya.Yang ada jawatan,walau pun sekadar ahli JKKK,sudah merasa besar dan ada power.Transformasi apa yang diharapkan oleh Mahyuddin? UMNOputra tak kisah orang lain,yang penting mereka kenyang dan perut buncit.Kalau dah kenyang dan senang-lenang mana ada perjuangan lagi.Baru mengaku telah berlaku "tsunami",ingatkan tak faham dan tak insaf.Percayalah UMNO tak akan berubah.Tunggulah tsunami yang lebih besar diPRU ke13.

Rakyat Untuk Rakyat berkata...

Memang Umno tidak akan berubah sampai bila2.Perubahan tak akan berlaku dalam Umno. Cuma yang berlaku perubahan hanyalah pemimpin2nya. Dasar dan perjuangannya masih lagi zaman jakun. Jatuh menjatuh antara mereka dari dulu sehingga kini dan selamanya. Membela bangsa melayu, jauh sama sekali. Bercakap sana sini untuk bela melayu. Segalanya donggeng dan palsu. Siapa yang masuk Umno hanyalah untuk mendapatkan habuan projek dan tender untuk memperkayakan diri.Percayalah..
Jika kita lihat dari dulu hingga hari ini, Umno penuh dengan pemimpin2 yang rasuah tapi tidak pernah diambil apa2 tindakan.Jika rasuah disana sini, macamana negara nak maju kedepan.Jika Najid minat dan ingin perubahan nescaya dah lama beliau lakukan.

Tanpa Nama berkata...

nak pertahan apa lagi..
malaysia ni diperintah oleh siapa
PM dan TPM tu dari parti mana?
apa la bodoh sangat mereka ni...