10 Jul 2010

Kerajaan Pusat Perlu Ditukar Jika Mereka Tak Sanggup Terima Kritikan

Kerajaan harus terbuka terima kritikan

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) bersikap lebih terbuka dan sedia menerima kritikan parti sendiri mahupun pembangkang.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, ajaran Islam sendiri menuntut bahawa sebarang teguran dan kritikan tidak ditutup malah hendaklah dijawab dengan baik oleh kerajaan mahupun pihak yang dikritik.

“Ini cara demokrasi, apa sahaja (kritikan) dari Pas atau UMNO cakap, kerajaan jawab balik, jangan tutup begitu, kalau tidak ada modal nak jawab kenapa nak jadi kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas kuliah Jumaatnya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi surat tunjuk sebab yang kepada lidah rasmi Pas, Harakah serta pembatalan permit kepada Suara Keadilan yang dikeluarkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sebelum ini, Suara Keadilan menerbitkan artikel kontroversi yang mendakwa Felda Bankrap sehingga menyebabkan agensi itu mengambil tindakan tegas dengan menyaman akhbar terbabit. -SH


Nik Aziz: Jangan Biarkan Peraturan Berat Sebelah

“Kalau peraturan itu berat sebelah, ianya tidak dipanggil peraturan. Orang panggil ‘pandang senget sebelah’. Itu tidak boleh dibiarkan,” kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan asas kepada demokrasi dan keadaan sosial adalah tanpa perbezaan keistimewaan kelas.

Menurutnya, sekiranya timbul sesuatu perkara ianya memerlukan kepada jawapan, sekaligus merupakan kebebasan bersuara bagi negara yang mengamalkan demokrasi.

Dalam Islam sendiri, katanya, apa pun perkataan yang ditujukan kepada Nabi Muhammad s.a.w., Baginda menjawab atau membalas dengan jawapan sewajarnya.

“Itu asas kepada demokrasi, dan dalam konteks Suara Keadilan dan Harakah yang diminta tunjuk sebab oleh pihak Kementerian Dalam Negeri, apa saja yang dicakap oleh PAS atau Umno, mereka hendaklah memberi jawapan balas,” katanya kepada media ketika mengunjungi Restoran Mutiara Corner di Medan Ilmu di sini pagi tadi.

Beliau sebelum itu menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu.

Menurutnya, mereka (KDN) tidak boleh menutup isu itu begitu saja, tetapi sebaliknya hendaklah menjelaskannya, jika tidak ia akan dianggap tiada modal.

“Kalau peraturan itu berat sebelah, ianya tidak dipanggil peraturan. Orang panggil ‘pandang senget sebelah’. Itu tidak boleh dibiarkan.

“Kerajaan seperti itu mesti jangan diundi, dan dengan cara begitu (boleh) menyelesaikan masalah yang berbangkit.

“Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, jangan mengundi dia, kita buat kerajaan lain dan peraturan lain.

“Kalau dia anggap Harakah salah, dia boleh saman, dia boleh buat apa saja. Namun kita ada sebab dan hujahnya,” katanya. -harakah


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya sokkong kenyataan tok guru,itulah kenyataan orang yang berilmu bukan seperti peminpin umnoco/bn yang bebal dan angkoh, takbir.... ALLAHHUAKBAR.

Martoiriat berkata...

Saya sokong 100 peratus kenyataan Tok Guru Nik Aziz. Apa yang disuarakan oleh rakyat kerana mereka tidak puas hati dengan kerajaan Umno-BN. Jika rakyat tegur atau kritik hendaklah kerajaan Umno-BN jawab dengan cara demokratik dan bukan dengan cara mengantung akhbar2 milik pembangkang. Itu sikap paling bodoh dan tidak adil pada rakyat negara ini. Jika rakyat bersuara atau kritik kerajaan melalui akhbar, kerajaan seharusnya jawab melalui akhbar2 milik mereka... jika rakyat bersuara mengunakan pentas politik, apa salahnya kerajaan Umno jawab melalui corong radio atau pun TV milik mereka bukan cara menghukum dengan membuta tuli seperti negara jakun.
Ini menyebabkan rakyat menganggap kerajaan tidak telus dan apa yang dikatakan oleh rakyat adalah benar dan betul. Cara menghukum "Suara Keadilan" dan akan mengambil tindakan terhadap harakah adalah cara yang tidak adil dan boleh dianggap kerajaan Umno-BN sudah ketinggalan zaman dan zalim terhadap kebebasan bersuara dalam negara yang mengamalkan demokrasi.