Kabinet akan pantau reaksi rakyat, pasaran berikutan pengurangan subsidi
Kabinet akan memantau reaksi rakyat dan keadaan pasaran berkaitan penyelarasan subsidi membabitkan bahan api dan gula yang diumumkan semalam, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Kong Cho Ha di sini.
"Pada peringkat ini, secara keseluruhannya orang ramai boleh menerima penyelarasan subsidi itu," katanya kepada media sebelum berlepas dengan penerbangan sulung Penerbangan Malaysia (MAS) ke Bandung, iaitu destinasi ke-enam MAS ke Indonesia, hari ini.
Kong yakin kenaikan harga bahan api dan salah satu barang kawalan itu tidak akan membebankan rakyat.
Namun, beliau berharap peniaga tidak harus mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang-barang yang berkaitan.
"Pengurangan subsidi bukan saja mengurangkan beban kerajaan tetapi turut mengelakkan penyeludupan."
"Walau pun harga gula dinaikkan tetapi di Thailand gula berharga RM2.60, harga kita RM1.90 dan ia masih ada perbezaan. Singapura pula RM3.70... masih ada jarak yang besar antara dua negara ini."
Beliau berharap rakyat melihat penyelarasan ini dalam sudut yang positif.
"Pengurangan subsidi adalah sebahagian daripada pengurusan perbendaharaan negara," katanya.
Ketika mengulas status permohonan AirAsia untuk mendapatkan laluan ke Sydney, Kong berkata "kementeriannya akan memberikan pertimbangan penuh terhadap syarikat penerbangan itu."
AirAsia dilaporkan masih berusaha untuk mendapatkan laluan itu selepas gagal pada percubaan pertama Jun lalu. - Bernama
Ulasan GB
Masyarakat marhaen terus tertindas dan dizalimi oleh kerajaan UMNO BN dengan kenaikan harga barang keperluan yang diumumkan semalam.
Ungkapan "kenaikan harga tidak membebankan rakyat" dan "peniaga tidak harus mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang-barang" adalah kenyataan-kenyataan bangsat dan basi pada setiap kali kenaikan harga diumumkan kerana adalah mustahil kenaikan harga berkenaan tidak membebankan rakyat dan adalah mustahil juga para peniaga lain tidak menaikkan harga barangan berkaitan kerana kos pengeluaran telah meningkat.
Ramadhan semakin hampir, bererti juadah berbuka puasa akan bertambah mahal. Kueh yang dahulunya 3 keping seringit akan menjadi 2 keping seringgit.
Begitulah yang lain-lain apabila kos gas dan kos pengangkutan turut naik.
Kesan tidak dirasai oleh mereka yang berpendapatan tinggi, tetapi akan mencerut leher mereka yang berpendapatan rendah.

15 ulasan:
Celaka punya UBN...menyampah betul dengan PM Takubin (takut bini)..memang betul telahan Hishammudin Rais suatu ketika dulu..zaman Najib adalah zaman gelap bagi Malaysia...terbukti sudah...tak lama la ko Tengku Takubin...
kenaikan harga memang tidak membebankan menteri BN tapi rakyat sengsara.
Tahniah kepada pengundi Bagan Pinang dan Hulu Selangor, Undi anda dihargai BN
Kalau setakat petrol naik 5 sen, memang tak ada apa-apa. Tapi, masalahnya ia berangkai-rangkai.
Apa saja bersangkutan petrol akan naik. Ini sudah pasti banyak.
Akhirnya, kita bukan tanggung bayar 5 sen tapi RM5 dan silap-silap cara RM10.
Ini yang rakyat tak mau.
- Cucu Dol Said.
memang bodoh orang yang undi dan sokong BN, rakyat makin hidup susah
yang aku pelik tu... mana menteri perdagangan? ada ke menteri pengangkutan pulak yang cakap.... memang bingong betul.... exco si najib ni.... memang la pada dia tak membebankan rakyat sebab depa sendiri yang bercakap... rakyat tak dibenarkan bersuara... katanya.. kurangkan makan gula nanti kalau terlebih makan gula akan gemok... dapat penyakit... makanya si rosmah tu agaknya gemok sebab makan banyak gula la... ya... TAPI AKU RASA BANYAK SANGAT GUNA DUIT HARAM... TU YANG JADI BIG MAMA TU....
Duit 'penjimatan' kerajaan itu boleh digunakan untuk menampung kos selenggara 2 kapal selam nanti.
Jangan bandingkan dengan Singapura, gaji pekerja di sana 3 kali ganda lebih tinggi dari Malaysia. Jika gula Malaysia RM1.90 darabkan dengan 3 menjadi RM5.70, sedangkan harga di Singapura hanya RM3.70, bermakna harga di sana 54% lebih murah.
Thailand pula bukan semua barang di sana lebih mahal dari Malaysia. Beras, sayur2an, buah2an Thailand lebih murah dari Malaysia. Begitu juga dengan hasil perikanan, penternakan, pakaian dan kereta import berganda lebih murah dari Malaysia. Tak hairanlah rakyat Malaysia selalu seludup beras, lembu, ayam itik, pakaian, tekstil dari Thailand ke Malaysia. Cuma kereta import je yang tak boleh seludup. Kalau boleh seludup kereta import bankrup la Proton.
Rakyat diseksa,tarik banyak subsidi.Rakyat disuruh jimat cermat tapi Najib tambah lagi 4 billion untuk belanja Jabatan Perdana Menteri.Menteri-menteri mana tau rakyat sengsara,mereka tak pernah pergi pasar,tak pernah naik bas,rumah mereka pun jarang dapur berasap sebab asyik makan free diluar.Naik kereta kerajaan,minyak petrol rakyat bayar.Hampeh punya BN.
salam, jika ramai yang sudah mendalami implikasi kenaikan sekecil 5 sen ini terhadap kitaran ekonomi kita dalam sehari - roti canai, teh tarik, tambang bas, juadah ramadhan, baju raya, kasut raya, tepung, mentega, karipap dan segala maknenek yang tak disebut - ayuh, tugas kita seterusnya ialah mengajar dan mengingatkan mereka yang kurang faham atau ambil kira isu-isu sebegini. inshaAllah
Lunch semalam:
Nasi separuh
Tempe goreng
Ayam sambal
Sayur.
Nescafe tarik
Total : RM 10.70
Kat restoran biasa di Damansara Utama. Hmm...lepas ni bawak bekal nasi goreng kampung!
tu laaa....bila diajak pangkah pas takmau takut nanti susah takdak nak makan, hughuhagha masaghakat majmut cina nak kena kerat kote, takdak pembangunan, pakat kudong tangan sapa pulak nak buat kerja,macam mana nak merentah pakat dok pakai seghaban meleghet, inilah cakap2 yg selalu kita dengar oleh penyokong umnoapco/bnyg berkarat hijau dikampong2.
PRU 13 nak mai ni jom kita pakat-pakat tolak BN. Nak bimbang apa? PR berkuasa di Kedah ada sedikit perubahan. Kediaman rasmi MB dah jadi pusat bermuhasabah. Ramadan dah dekat. Masjid ada tazkirah lepas solat sunat tarawih. Masa BN berkuasa dulu majlismacam ni tak ada langsung. Orang Kedah tak jadi penmganut ajaran sesat kecuali pengampu Najib dan penjilat dubur Imam Shafei Apdal yang orang tempat dia dah tak mau tu!!
Alasan kerajaan macam dulu dulu jugak....bila naikkan harga brg,tak elok utk kesihatanlah , terbaik di asia .Dah muak dgn alasan era dulu2. Kami Sekarang zaman genarasi muda zaman IT..mudah dan pantas..
pikir pikrkan lah org kampung yg miskin...sian meke..sume. bila barang naik, petrol naik byk yg akan ikut naik...pikir2kanlah..
kita tunggu pesta naik harga barang, BN perintah rakyat makin susah, bukan makin senang
BN sedang penaik segalanya untuk kumpul wang nak dilabur masa pilihanraya
Catat Ulasan