3 Jun 2010

Polis Malaysia Halang Rakyat Bantah Israel?

Jangan sertai perhimpunan esok, kata Ketua Polis Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 3 Jun — Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyertai demonstrasi yang dijangka diadakan di beberapa tempat di sini selepas solat Jumaat esok bagi membantah serangan Israel atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata polis telah menerima maklumat mengenai perhimpunan akan diadakan oleh pertubuhan tertentu, ahli politik dan badan bukan kerajaan.

Pihak polis tidak menerima sebarang pemohonan untuk mengadakan perhimpunan dan menyifatkannya sebagai perhimpunan haram, katanya dalam satu kenyataan.

“Perhimpunan ini juga dikhuatiri akan membahayakan keselamatan awam dan mendatangkan unsur keganasan,” katanya.

Pergerakan Pemuda Umno dijangka akan mengadakan perhimpunan bagi mengutuk serangan berdarah tentera Israel itu di Masjid Negara selepas solat Jumaat manakala pergerakan Pemuda PAS mengadakan perhimpunan di Masjid Jamek Kampung Baru dan berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat. — Bernama

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dah agak dah... polis malaysia akan ikut telunjuk APCO...

Unknown berkata...

dah mengkedarah duit hasil APCO UMNO..mmg hati jadi gelap dan mati..

Tanpa Nama berkata...

Yang pasti, perhimpunan kat Masjid Kg Baru mesti kena kacau manakala kat Masjid Negara still okey punya pasal anjuran UMNO-Apco. Kg Baru pasti anjing2 Apco akan menyalak.

Tanpa Nama berkata...

Flotilla Gaza ditangkap dan dipenjarakan kerana tiada permit Zionis Israel untuk menghantar bantuan kemanusian kepada penduduk Gaza.

Apakah rakyat Malaysia juga akan memerlukan permit polis untuk berhimpun membantu mangsa kemalangan jalan raya (himpunan lebih drpd 5 orang perlukan permit polis) ?

Harap polis bekerjasama dalam menguruskan perhimpunan ini kerana Malaysia akan menjadi tumpuan dunia sebagaimana himpunan ditempat lain.

Jangan tindakan polis akan menyebabkan dunia 'isolated' Malaysia sebagaimana dunia 'isolated' Zionis-Israel.

Kemanusiaan merentasi benua.

Tanpa Nama berkata...

ada kaitan dengan APCO?