Najib: Komponen BN perlu sekat Pakatan tawan Putrajaya
KUALA LUMPUR, 19 Jun – Datuk Seri Najib Razak mahu semua pemimpin parti komponen menghentikan pertelagahan secara terbuka dan sebaliknya menumpukan tenaga untuk berdepan dengan pembangkang bagi mendapatkan keyakinan rakyat.
Perdana Menteri memberi amaran bahawa perkara seumpama itu hanya akan melemahkan parti gabungan itu sambil menambah bahawa adalah penting bagi Barisan Nasional (BN) untuk bersatu dan kelihatan bersatu pada kaca mata rakyat.
Najib yang juga Pengerusi BN berkata parti pembangkang banyak berbohong dan bercakap separuh benar sambil menambah bahawa beliau bekerja siang dan malam bagi mengukuhkan BN dengan rancangan-rancangan yang akan diumumkan secara berperingkat.
“Kita mesti fokus berhubung apa yang akan menjadikan BN kukuh... para pemimpin BN tidak sepatutnya bertelagah antara satu sama lain secara terbuka, di depan khalayak atau kepada rakyat... mari kita bertelagah dengan pembangkang.
“Kenapa bertelagah sesama para pemimpin BN... beritahu saya kenapa kita perlu bertelagah sesama sendiri?
“Musuh kita ada di luar... musuh kita mahukan kerusi kita dalam kerajaan... (mereka) mahu pergi ke Putrajaya. Kita mesti pastikan BN kekal berkuasa. Kenapa perlu kita dedahkan masalah kita sendiri.
“Beritahu saya kenapa kita perlu mencari masalah.
“Tidak perlu kerana pada akhirnya apa yang penting ialah BN berkhidmat kepada rakyat dan rakyat yakin kepada BN,” katanya dalam ucapan perasmian mesyuarat agung ke-57 Parti Progresif Penduduk (PPP) di sini hari ini.
Dipetik Bernama, Najib berkata BN perlu membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang dan oleh itu setiap parti komponennya perlu memainkan peranan masing-masing dengan menjadikan BN lebih kukuh agar kerajaan BN dapat meneruskan rancangan mentransformasikan negara menjadikannya sebuah negara yang lebih makmur.
Beliau berkata pembangkang mempunyai banyak masalah tetapi mereka sangat pandai menutupnya.
Dalam nasihatnya kepada kepimpinan PPP, Najib berkata sebagai pengerusi BN, beliau sentiasa bersedia mendengar permasalahan mereka.
“Jika anda ada masalah dalam BN beritahu saya. Sebagai pengerusi BN, beritahu saya jika anda tidak suka seseorang itu, jika anda tidak suka, hanya bisik kepada saya tapi secara terbuka anda lawan pembangkang... anda lawan PKR, DAP, PAS (tapi) jangan bergaduh sesama kita,” jelas Najib.
“Macam mana saya nak tolong PPP jika kita (BN) tidak berkuasa, tapi PPP mesti tolong saya... anda boleh tolong saya dengan memberi tumpuan tenaga dalam BN tetapi fokus di luar BN (lawan pembangkang),” katanya.
Najib berkata sedaya mungkin, beliau akan membantu demi kepentingan PPP, sambil memberi contoh pelantikan naib presiden kanan parti itu Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz sebagai Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan baru-baru ini.
Katanya PPP tidak boleh menjadi parti kepada semua rakyat Malaysia kerana parti itu terlalu kecil tetapi ia boleh menjadikannya sangat berguna kepada rakyat dengan mencari bidangnya yang tersendiri.
“Anda tidak boleh menjadi sebuah parti seperti parti yang besar tapi anda boleh menjadi tarikan kepada sesuatu kumpulan di dalam negara dan itu yang patut dicari... bidang keistimewaannya yang tersendiri,” kata Najib.
“Tidak kira apa jenis kucing selagi ia dapat menangkap tikus. Apa yang penting adalah BN kukuh dan diterima rakyat,” katanya.

PPP 'kecil' diseru hentikan pertelagahan terbuka
Datuk Seri Najib Razak mahu semua pemimpin parti komponen menghentikan pertelagahan secara terbuka dan sebaliknya menumpukan tenaga untuk berdepan dengan pembangkang bagi mendapatkan keyakinan rakyat.
Perdana Menteri memberi amaran bahawa perkara seumpama itu hanya akan melemahkan parti gabungan itu sambil menambah bahawa adalah penting bagi Barisan Nasional (BN) untuk bersatu dan kelihatan bersatu pada kaca mata rakyat.
Beliau juga menggesa PPP supaya menghentikan pertikaian dalaman parti itu.
"PPP adalah parti kecil, jika dibandingkan dengan parti-parti lain di BN. Jadikan diri anda berguna. Biarkan orang dapat melihat PPP boleh berjuang untuk Barisan Nasional.
"Anda hendak nasihat saya? Saya akan berikan nasihat dan tidak akan minta bayaran. Jadikan parti terkenal dengan rakyat. Lagipun baju yang pakai memang bersilau,” kata Najib sempena AGM ke-57 parti itu.
Katanya PPP tidak boleh menjadi parti kepada semua rakyat Malaysia kerana parti itu terlalu kecil tetapi ia boleh menjadikannya sangat berguna kepada rakyat dengan mencari bidangnya yang tersendiri.
"Tidak kira apa jenis kucing selagi ia dapat menangkap tikus. Apa yang penting adalah BN kukuh dan diterima rakyat, katanya.
'Kayveas ditempelak'
Dalam nada yang hampir marah, Najib merenung ke wajah Kayveas ketika berucap dan berkata selama ini beliau banyak bertolak ansur.
"Apa yang mampu, saya akan penuhi. Anda mahu jawatan timbalan menteri, saya bagi,” katanya merujuk perlantikan naib presiden PPP Maglin D'Cruz sebagai timbalan menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan.
Tindakan berkenaan semasa rombakan kabinet baru-baru ini dilihat sebagai langkah mententeramkan penyokong Kayveas kerana kerusi timbalan menteri PPP masih disandang oleh T Murugiah yang 'dipecat' daripada parti itu.
Dalam ucapannya Najib yang juga Pengerusi BN berkata parti pembangkang banyak berbohong dan bercakap separuh benar sambil menambah bahawa beliau bekerja siang dan malam bagi mengukuhkan BN dengan rancangan-rancangan yang akan diumumkan secara berperingkat.
"Kita mesti fokus berhubung apa yang akan menjadikan BN kukuh.. para pemimpin BN tidak sepatutnya bertelagah antara satu sama lain secara terbuka, di depan khalayak atau kepada rakyat...mari kita bertelagah dengan pembangkang. Kenapa bertelagah sesama para pemimpin BN...beritahu saya kenapa kita perlu bertelagah sesama sendiri?
'PPP mesti tolong saya'
"Musuh kita ada di luar...musuh kita mahukan kerusi kita dalam kerajaan..(mereka) mahu pergi ke Putrajaya. Kita mesti pastikan BN kekal berkuasa. Kenapa perlu kita dedahkan masalah kita sendiri. Beritahu saya kenapa kita perlu mencari masalah.
"Tidak perlu kerana pada akhirnya apa yang penting ialah BN berkhidmat kepada rakyat dan rakyat yakin kepada BN," katanya dalam ucapan perasmian mesyuarat agung ke-57 Parti Progresif Penduduk (PPP) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.
Najib berkata BN perlu membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang dan oleh itu setiap parti komponennya perlu memainkan peranan masing-masing dengan menjadikan BN lebih kukuh agar kerajaan BN dapat meneruskan rancangan mentransformasikan negara menjadikannya sebuah negara yang lebih makmur.
Beliau berkata pembangkang mempunyai banyak masalah tetapi mereka sangat pandai menutupnya.
Dalam nasihatnya kepada kepimpinan PPP, Najib berkata sebagai pengerusi BN, beliau sentiasa bersedia mendengar permasalahan mereka.
"Jika anda ada masalah dalam BN beritahu saya. Sebagai pengerusi BN, beritahu saya jika anda tidak suka seseorang itu, jika anda tidak suka, hanya bisik kepada saya tapi secara terbuka anda lawan pembangkang... Anda lawan PKR, DAP, PAS (tapi) jangan bergaduh sesama kita," jelas Najib.
"Macam mana saya nak tolong PPP jika kita (BN) tidak berkuasa, tapi PPP mesti tolong saya...anda boleh tolong saya dengan memberi tumpuan tenaga dalam BN tetapi fokus di luar BN (lawan pembangkang)," katanya.
Kira-kira 3,000 perwakilan parti menghadiri mesyuarat sehari itu. -mk
2 ulasan:
najib semakin takut dengan bayang2 sendiri. kerana pekong umno bee end semakin terdedah... nampak gayanya najib seolah2 mengugut PPP supaya bekerjasama dengan umno, hanya orang yang tak sekolah aje yg mahu mempercayai kata2 busok najib tu.... dia menyangkakan rakyat malaysia ni bodoh sangat. boleh digunakan dengan wang ringgit dan tipu daya. Hanya orang2 bodoh aje masih buta dan pekak.... Pada saya kalau kita membiarkan najib dan umno bee end memerintah malaysia jgn lah kita terkejut kalau satu hari nanti malaysia ni bakal tergadai.... dan kita menjadi hamba abdi di negara tumpah darah kita....
Datuk seri Najib tu "kerja siang malam" sebab dah tak boleh tidur malam lah tu.. Siang bincang kat pejabat untuk buat "cadangan", malam bincang kat rumah untuk buat "keputusan".. So, kita taulah, sapa yang perintah Malaysia nie..
Catat Ulasan