Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam belum membuat keputusan sama ada akan menghadiri Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) di Shah Alam esok.
"Saya benar-benar berada dalam dilema. Mana satu saya hendak pergi?," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today, hari ini.
"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengingatkan saya jika saya membocorkan rahsia, saya akan ditangkap. Seksyen 29 Akta SPRM menyebut saya boleh dipenjara tidak lebih dua tahun atau didenda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
"Kalau saya tidak pergi Selcat saya boleh dikenakan hukuman setahun penjara atau dikenakan hukuman denda RM5,000," terang beliau.
Manikavasagam sepatutnya memberi penerangan kepada Selcat, esok, berhubung isu pendedahan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam syarikat milik kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd.
Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Mike berkata, jika beliau tidak pergi ke Selcat orang ramai akan menganggapnya sebagai penakut.
Ujarnya, "saya tidak takut, saya tidak gentar. Tetapi kedua-dua akta dalam SPRM dan Selcat menyebabkan saya berada dalam dilema dan serba salah. Tengoklah…saya masih berbincang dengan peguam saya."
Bulan lalu, Mike membuat pendedahan mengenai salah guna kuasa dan penyelewengan dalam syarikat pasir milik kerajaan negeri Selangor itu. -FMT
Ulasan GB
Akhirnya YB Manickavasagam terperangkap sendiri.
Beliau yang membuat heboh terlebih dahulu isu berkenaan sekalipun kita memang sangat bersetuju isu pasir itu dibongkar. Namun kaedah Mike yang menyerang MB Selangor secara terbuka adalah satu langkah bebal seorang YB PR.
Jika ianya tidak dihebohkan tetapi sebaliknya dilapor terus kepada Kerajaan Negeri, maka Mike hanya bertanggungjawab mendedahkan maklumat yang ada padanya kepada SELCAT, tanpa perlu campurtangan SPRM yang umum mengetahui SPRM adalah kuda tunggangan UMNO BN yang digunakan sepenuhnya untuk merampas Selangor dari PR.
Mike beritahu kami semua sekarang, aduan PR yang manakan SPRM pernah ambil tindakan secara serius? Mike lupakah isu Khir Toyo yang dipendam sekian lama? Mike lupakan isu Teoh Beng Hock yang kini tak habis lagi proses inkues dijalankan dan Mike hendak disoal sampai pagikah di bangunan SPRM nanti supaya nasib Teoh Beng Hock menimpa Mike pula? Tak cukupkah dengan peringatan dari samseng-samseng pasir yang telah menyimbah cat merah keatas kereta dan rumah Mike? Sudahkah polis menangkap mereka? Silap gaya Mike yang ditangkap nanti di atas tuduhan yang direka-reka kerana dikatakan ada parang ditemui di dalam kereta kamu.
Apabila kami menyatakan ianya tak perlu dihebohkan bukan bererti kami menyokong penyangak pasir berkenaan, tetapi dengan cara Mike menghebohkannya, pihak lawan boleh memanipulasikan kes berkenaan untuk menunjukkan kononnya PR lemah dan terlibat di dalm isu berkenaan sedangkan hasrat Mike adalah baik, untuk mendedahkan isu pasir yang sebenarnya telah belarutan semenjak zaman BN menguasai Selangor lagi.
Kini, anda yang terperangkap. Cari penyakit sendiri kerana anda memang perlu belajar lagi untuk berpolitik secara matang dan bergerak serta bekerja sebagai satu pasukan.

9 ulasan:
kalau terjumpa sprm dan selcat
mana satu yang nak dipukul dulu........
renung renungkan lah...
Inilah bahana kalau mulut terlalu celupar. Kononnya nak tunjuk hebat tapi sebenarnya hampas. Lain kali gunalah otak dan akal. Jangan anggap kalau dah jadi MP tu hebat sangat. Janganlag nak berlagak sebagai juara.
Apabila membuat sesuatu pekara mestilah berbincang baru dapat keputusan yang baik. Terlajak perahu boleh diundurkan terlajak kata2 pandai2 le mike uruskan huhuhu
ini namanya mike poyo...piiirah. cakap macam tong kosong..dei mana lu punya prinsip sekarang???
Den pening kepala ? Apakah PKR Selangor tidak bermesyuarat antara ahli parlimen dan adunnya ?
Tidak wajar hanya harapkan sidang DUN untuk bangkitkan semua masalah.
Dlm kes ini...dibimbangkan ialah apabila Mike dilantik oleh SPRM menjadi saksi. Beliau boleh shj disoal jawab sepanjang masa. Jadi faham ajelah.
Khir toyol dulu tak hadir selcat tak pulak kena penjara?
so and so you have to face it. think before you leap.
Saya rasa akta SPRM mengatasi undang-undang Selcat. Oleh itu Mike fikirlah sendiri.
Dei....... lu apa takut, kalau lu beri cerita yang sebenar, selcat atau sprm cannot get hold of you. Unless you sana lain cerita, sini lain cerita. Lu kalau ada prinsip bukan wang masuk poket punya orang, go head with you principle. Nothing to worries. If your B$&L still swings go ahead dei.......
Catat Ulasan