15 Mei 2010

Tolak Pemerintahan Zalim SUPP-BN

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengesa rakyat Sibu segera bangkit membuat perubahan besar dan menolak kekejaman pemerintahan Barisan Nasional.

Berucap di Rejang Park semalam, Nurul Izzah menjelaskan kemenangan pilihan raya kecil Sibu bagi Pakatan Rakyat akan menandakan bermulanya proses perubahan bagi Sarawak dalam usaha mengembalikan kesejahteraan kepada rakyat.

"Kita datang ke Sibu bukan nak tunjuk ajar tapi nak belajar dari rakyat Sibu, mereka yang lebih mengetahui apa masalah yang dihadapi. Apa yang ingin saya katakan Sibu kena berubah demi kebaikan rakyat.

"Saya benci dengan pemimpin BN yang telah menjatuhkan maruah rakyat Sibu, mereka telah menggunakan duit untuk membeli maruah rakyat disini. Kita kena lawan menentang keangkuhan mereka dan jangan biarkan terus menguasai Sarawak.

"Setiap kali pilihan raya kecil di adakan BN sentiasa menggunakan duit bagi mengambil hati rakyat, adakah rakyat Sibu sanggup ditukar dengan duit dengan mengadaikan maruah diri kita sendiri," tanya ahli parlimen muda itu.

Beliau yang merucap dihadapan lebih lima ratus penyokong menyeru kepada rakyat Sibu kemenangan DAPadalah kemenangan besar bagi Pakatan Rakyat selain isyarat sebenar rakyat menentang kezaliman yang mereka lakukan selama lebih 50 tahun.

"Kemenangan DAP pada pilihan raya kecil kali ini menunjukkan tanda sebenar kebangkitan rakyat dalam menentang kezaliman yang mereka lakukan. Kita tentang amalan rasuah mereka, kita tentang menyalahgunaan kuasa mereka.

"BN sebenarnya tidak pernah mengambil berat tentang masalah rakyat, mereka hanya datang bertemu dengan rakyat bila ada PRK sahaja sedangkan sebelum itu mereka tidak pernah lakukan perkara sedemikian, memberi pelbegai peruntukan kepada Sibu. Ini kerja mereka yang tidak ikhlas dalam perjuangan mereka.

"Saya mahu setiap seorang rakyat Sibu memberi undi kepada calon DAP kerana dengan memenangi DAPlah rakyat akan terus terbela dan berada dalam kesejahteraan. Kita hantar isyarat kepada BN bahawa rakyat Sibu dan seluruh rakyat Sarawak sudah benci dengan pemerintahan BN," kata Nurul Izzah lagi.- SK

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ada yang dengar ke pkr kat sibu

Tanpa Nama berkata...

hidup Pakatan Rakyat... hancurkan UMNO,

Harris berkata...

Huyeaaahhh!!!Pakatan rakyat akhirnye menang di sibu!Tahniah utk rakyat sibu!Go!Go!Go!Pakatan rakyat!!!!