11 Mei 2010

Manicka Ada Hati Nak Jadi MB Selangor?

Khalid temu MP Kapar esok berhubung dakwaan rasuah

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan anggota Parlimen Kapar S. Manikavasagam esok berhubung dakwaannya tentang kegiatan rasuah melibatkan syarikat berkaitan kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Setiausaha politik Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad, dalam satu kenyataan berkata mesyuarat itu membolehkan Manikavasagam secara formal menyampaikan kepada Khalid dakwaannya mengenai penyelewengan di kalangan pegawai kanan KSSB dan seterusnya merangka tindakan bagi menentukan syarikat itu bebas dari amalan rasuah.

KSSB, syarikat yang terlibat dalam industri pasir dan mineral adalah milik penuh Menteri Besar Incorporated (MBI).

“Kerajaan negeri memandang serius dakwaan Manikavasagam itu dan akan mempertimbangkan segala cadangannya bagi menangani hal itu,” kata Nik Nazmi, dan menambah hasil pertemuan akan diumumkan selepas mesyuarat exco negeri esok.

Manikavasagam sebelum ini mencadangkan agar kerajaan negeri membentuk sebuah badan bebas bagi menyiasat dakwaannya.

Semalam, dua pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) datang ke pejabat Manikavasagam bagi mengambil kenyataan beliau mengenai kegiatan rasuah itu.

Manikavasagam bagaimanapun tidak menyerahkan sebarang dokumen kepada pegawai itu, atas alasan beliau tidak yakin SPRM mampu menjalankan siasatan dengan berkesan. — Bernama


Manikavasagam: Kewibawaan SPRM dipertikai

Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam berkata, beliau tidak mahu membuat laporan mengenai rasuah dalam Kumpulan Semesta Sdn Bhd kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana tidak percaya dengan kewibawaan Suruhanjaya itu.

"Sudah banyak laporan saya buat terhadap SPRM tetapi sebaliknya saya sebagai pengadu yang disoalsiasat," katanya kepada Free Malaysia Today hari ini.

"Sebab itu saya tidak percaya kepada SPRM kerana tidak menyiasat orang yang saya buat laporan tetapi sebaliknya mereka menyiasat saya. Contohnya dalam kes tanah di Kampung Perpat, Kapar, saya membuat aduan tetapi saya yang disiasat," katanya.

Ahli majlis pimpinan tinggi PKR itu berkata demikian ketika ditanya mengapa beliau tidak mahu membuat laporan SPRM berhubung dakwaannya pegawai syarikat tersebut mengamalkan rasuah.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mahu Manikavasagam membuat laporan SPRM mengenai dakwaannya dalam Kumpulan Semesta tersebut.

Manikavasagam sebelum ini dilaporkan mendakwa bahawa pegawai atasan KSSB mengamalkan terlalu banyak rasuah dan perkara itu perlu dibersihkan segera oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau juga dilaporkan memberi masa 72 jam bermula semalam kepada Khalid untuk mengambil tindakan segera terhadap pegawai yang dimaksudkannya itu sebelum beliau mendedahkan nama pegawai yang terlibat.

KSSB ditubuhkan oleh kerajaan di bawah Pakatan Rakyat bagi mempelopori industri pasir dan bahan batuan serta mineral lain secara bersepadu di Selangor.

Semalam, sekumpulan pegawai SPRM dari ibu pejabat Putrajaya datang menemui ahli parlimen PKR Kapar di pejabatnya untuk mendapatkan dokumen mengenai syarikat tersebut.

Bagaimanapun, Manikavasagam tidak memberikan dokumen yang diminta oleh pegawai terbabit. -FMT


Ulasan GB

Lain macam pula perangai Ahli Parlimen Kapar ni sekalipun beliau sebenarnya tidak mempunyai sebarang track record yang tidak bagus terhadap Pakatan Rakyat.

Kemungkinan apa yang dilakukan ialah hasratnya untuk melihat sebuah kerajaan PR yang telus dan berwibawa di Selangor. Maka itu beliau menggunakan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyokong tindakannya.

Apa-apa pun, Manicka ialah seorang "wistle-blower" di dalam PR. Tetapi Manicka sepatutnya telah bertemu dengan MB Selangor terlebih dahulu daripada membuat kenyataan terbuka seperti yang dilakukannya sekarang.

Atau beliau memang tak suka Tan Sri Khalid sebagai MB, atau Manicka sendiri ada hati nak jadi MB Selangor?

Manicka, do you know what does teamwork mean?

6 ulasan:

bang usin berkata...

bagi aku bagus apa yang mannicka buat tu..kumpulan semesta ni pun memang banyak problem..sebab dalamnya ada ex-uimno carik makan..mungkin MB terlepas pandang..tapi yg penting ialah,siasatan perlu di buat..dan kalau terbukti ujud rasuah..tindakan sekeras-kerasnya perlu di ambil oleh kerajaan terhadap individu2 pengkhianat amanah rakyat ini...

Tanpa Nama berkata...

apa yg manicka lakukan itu merugikan PR.

beliau sepatutnya telah mengadu terus kepada MB tanpa perlu publisiti.

Unknown berkata...

Tuan webmaster,

Suka saya mencadangkan blog saya dimasukkan ke dalam list tuan untuk tatapan semua pengunjung.

Alamat blog saya:

http://jalanpulang1978.blogspot.com

Terima kasih, jazakallah.

Tanpa Nama berkata...

jangan lengah-lengahkan cepat2 selesaikan ini tidak cakap sana cakap sini umum sana umum sini bila nak selesai..kerjasamala dengan MB supaya rakyat boleh tahu..

mad berkata...

setuju, perkara ini harus dibincangkan bersama mb secara tertutup dulu. kalau belum ada penyelesaian barulah dibuat secara terbuka utk pengetahuan umum

Tanpa Nama berkata...

aku dgr byk yg wat keje pasir ni ahliPEKIDA...betul ke?