Lesen Judi : UMNO/BN Langgar hukum Syarak!
Meluluskan lesen judi ini adalah simbol kehancuran nilai kehidupan yang paling asas, iaitu dengan meruntuhkan lambang ketaatan kepada Allah dan dengan sengaja mempamerkan keangkuhan terhadap hukum Allah
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menyifatkan kelulusan lesen judi oleh pemimpin Umno-BN sebagai suatu keputusan yang amat malang bagi masyarakat Melayu dan Islam di negara ini.
"Apabila usaha yang dilakukan untuk mengajak ummah kepada nilai murni khususnya penerapan nilai Islam telah berkecai apabila kerajaan dengan rasa tidak bertanggunggjawab meluluskan lesen judi tersebut.
"Perkara sebegini ingin dipandang remeh oleh sebahagian orang, tetapi ianya amat besar kepada umat yang berjiwa besar, menghormati dan menjunjung hukum Allah," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.
Dr Haron menyifatkan tindakan tersebut merupakan simbol kehancuran nilai kehidupan yang paling asas, iaitu dengan meruntuhkan lambang ketaatan kepada Allah dan dengan sengaja mempamerkan keangkuhan terhadap hukum Allah.
Perlu difahami bahawa keruntuhan akhlak yang sepatutnya menjadi fokus pemerintah di saat gejala sosial dan perlakuan yang menunjukkan rendah moral manusia telah ditambah dengan perkara sebegini tambah beliau.
Tindakan tersebut akan menjadikan kehidupan manusia lebih parah.
"Judi adalah satu amalan yang ditolak oleh semua agama malah oleh seluruh masyarakat manusia yang menghormati nilai keharmonian hidup berumahtangga.
"Walau apa pun alasan, kita tetap tidak boleh lari daripada hukum Allah. Kita perlu memahami membiarkan perkara yang haram tinggal haram dengan memejamkan mata itu berbeza dengan menghalalkan yang haram".
"Menghalalkan perkara yang haram dengan sengaja boleh menjejaskan akidah dan keimanan kita. Seolah-olah manusia itu lebih pandai dari Allah," jelas Dr Haron Din.
Sementara itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahaya ketika dihubungi menyifatkan tindakan kelulusan lesen judi tersebut tidak menggambarkan pentadbiran sebuah negara Islam.
"Tindakan tersebut bercanggah dengan hukum syarak. Dalam Al-Quran dan hadis jelas mencatitkan perkara yang jelas haram antara lain adalah judi, arak dan zina," katanya.
Hashim menyeru kepada NGO Islam dan pertubuhan tanpa mengira latar belakang politik dan pendirian untuk bangkit dan membantah kelulusan lesen judi tersebut.
Kata beliau ini jelas mencemarkan nama Malaysia yang dikenali sebagai negara Islam contoh.
"Jika kita tidak membantah, seolah-olah kita bersetuju dan bersekongkol dengan tindakan tersebut. Kalau unsur judi yang tersembunyi pun kita bantah, apatah lagi yang diadakan secara terang-terangan dan lesen diberikan secara rasmi" katanya lagi.
Beliau mencadangkan kepada Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengeluarkan kenyataan dan pendirian mereka dalam isu ini.
Beliau turut memohon kepada Majlis Raja-Raja untuk bersidang dan membincangkan perkara ini kerana ia memberikan kesan langsung kepada kehidupan umat Islam.
"Sebagai penaung kepada orang Melayu dan ketua Islam, Majlis Raja-Raja diharap dapat memberikan pembelaan kepada orang Islam," kata Hashim.
Beliau optimims bahawa pembatalan lesen judi tersebut akan dipersetujui oleh ramai pihak.
"Bahkan ramai orang bukan Islam yang turut menentang cadangan usaha tersebut", katanya lagi. -sk
Ulasan GB
Kepada ulamak-ulamak UMNO, ketara sangat mereka pengecut dan bacul untuk menegakkan kebenaran. Mereka penjilat dan mereka adalah perosak agama. Mereka pengampu dan pembodek kepada Bapa Judi.
Nabi Saw bersabda:
“Orang yang berdiam diri dari kebenaran (tidak mahu mengingatkan atau berusaha membuat perubahan), adalah seperti syaitan yang bisu.” [HR. Al Hakim]

4 ulasan:
Pemimpin2 Umno hanya pentingkan jawatan, pangkat dan wang. Mana ada pemimpin2 Umno yg berani bersuara. Begitu juga Ulamak dan mufti2 yg dilantik Umno. Mereka lebih takut pada pemimpin2nya daripada membela hukum tuhan. Pasal Zaid minum arak, riuh sekampung macam ayam nak bertelur tapi pasal Najib lulus lesen judi, bisu dan diam begitu saja. Ini lah dikatakan Umno bertopengkan Islam untuk kepentingan politiknya.
Firaun besar dah ada saham dalam judi bola sepak!
apa nak jadi dengan umno ni..
hancuurrrrr......Dulu aku sokong ubn
lama dah..allah tunjukkan hidayah pada aku dan aku tinggalkan parti teruk ni yg penting duniawi tak ambil berat hukum islam. kat tv sekarang banyak rancangan joget je..bila mereka nak sedar ni..
Perjuangan UMNO berlandaskan kepentingan duniawi semata-mata.. Umat Islam seharusnya berasa malu dengan apa yang dilakukan oleh UMNO ini... Andainya kita biarkan UMNO terus memerintah negara kita nescaya negara kita akan hancur suatu hari nanti.. Lihatlah hari ini betapa nilai-nilai Islam semakin hari semakin terhakis dek kerana kepentingan politik sempit yang dicipta UMNO... Sedarlah umat Islam semua negara kita menuju kehancuran... bangkitlah saudara-saudaraku menentang kemungkaran..
Catat Ulasan