Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau yang juga anggota parlimen bandar Sibu meninggal dunia di Hospital Selayang, hari ini akibat barah.
Lau, 68, dari SUPP memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.
Kematiannya akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil - yang kesebelas selepas pilihan raya umum 2008.
Ia juga merupakan pilihan raya kecil kedua di Sarawak selepas DUN Batang Ai.
Pilihan raya kecil tersebut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh berlaku kekosongan.
Pada pilihan raya umum 2008, Lau mendapat 19,138 undi manakala Wong mendapat 15,903 undi dan Lim (812).
Lau mewakili parlimen Sibu sejak 1990.
Dalam pilihan raya umum 2008, parlimen Sibu mempunyai 53,679 pengundi, dengan majoriti kaum Cina (60 peratus), Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus).
Keluarga Lau memiliki kumpulan KTS - sebuah konglomerat yang terbabit dalam industri pembalakan dan media.
Kumpulan KTS memiliki beberapa akhbar termasuk Borneo Post dan Oriental Daily News. -mk
Ulasan GB
Macamana dielak pun Pilihanraya kecil tetap berlaku. Sekalipun SPR dan BN amat membencinya, namun dah suratan. Mereka perlu menjalankan pilihanraya kecil apabila berlaku sesuatu kematian.
Memang BN sebenarnya telah hampir mati juga.

2 ulasan:
putrajaya waiting PR!!
lepas ni siapa pulak yg akan mening gal dunia ya... bertambah lah lagi peruntukan utk sibu pulak ya? habislah duit rakyat utk beli rakyat yang bodoh2 ni...
Catat Ulasan