28 Apr 2010

Siapa Yang Sebenarnya Berketuk Sebelum Bertelur?

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar meminta semua pihak termasuk ahli politik supaya tidak campur tangan dalam siasatan polis berhubung insiden seorang remaja 15 tahun yang ditembak mati polis, awal pagi Isnin lepas di Seksyen 11 di sini.

Beliau berkata campur tangan sedemikian akan hanya mengganggu siasatan.

“Ada yang mengada-adakan cerita dan mendesak polis memastikan anggotanya tidak ‘‘cover up’’ kes berkenaan.

Ini semua akan merungsingkan anggota keluarga mangsa dan mengelirukan masyarakat serta menimbulkan persepsi yang tidak betul.

“Janganlah jadi macam ayam yang suka berketuk sebelum bertelur. Biar polis menjalankan siasatan secara telus tanpa melindungi sesiapa bagi memastikan keadilan kepada semua pihak. “Jika siasatan mendapati pihak kami (polis) yang cuai dan melebihi kuasa yang diberikan, maka tindakan setimpal akan diambil,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini.

Dalam kejadian berkenaan kira-kira pukul 2 pagi, Amirulrasyid Amzah meninggal dunia selepas terkena tembakan anggota polis peronda apabila remaja itu dikatakan cuba melarikan diri dalam satu sekatan polis.

Khalid berkata polis merakamkan percakapan sembilan saksi berhubung kes itu dan akan merekodkan kenyataan saksi utama hari ini.

Beliau berkata pihaknya akan membincangkan kes itu bersama Timbalan Pendakwa Raya sebelum hujung minggu ini bagi mendapatkan arahan seterusnya.

Mengulas mengenai ugutan bunuh yang diterima pakar forensik United Kingdom, Dr Peter Venezis yang memberi keterangan dalam inkues kematian Teoh Beng Hock, pembantu kepada anggota Exco Selangor, Khalid berkata polis membuka siasatan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan di bawah Jenayah Peras Ugut bagi mengenalpasti suspek.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Batu Tiga dan anggota exco Selangor, Rodziah Ismail, berkata mesyuarat exco hari ini bersetuju menyumbangkan RM10,000 kepada keluarga Amirulrasyid atas dasar kebajikan. — Bernama

Ulasan GB

Demikian kenyataan Ketua Polis Negeri Selangor terhadap isu remaja 15 tahun yng ditembak mati oleh anggota polis.

Persoalannya, siapa yang sebelum ini menyatakan ada parang ditemui di dalam kereta mangsa? Siapa yang menyatakan remaja itu mungkin melakukan jenayah? Siapa yang membuat andaian sedemikian sebelum siasatan dijalankan? Siapa yang sebenarnya bertelur sebelum berketuk?

Khalid Abu Bakar sepatutnya bukan sahaja meletakkan jawatannya, tetapi sepatutnya dipecat dari jawatannya. Beliau tidak professional di dalam menjalankan tugasnya. Senget sebelah. Sentiasa membuat andaian-andaian yang tidak menasabah untuk rakyat mempercayainya.

Beliau juga yang sering akan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang melulu terhadap apa jua perhimpunan yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat tetapi akan memejamkan mata dan bertindak sambil lewa terhadap perhimpunan anjura UMNO BN.

Beliau tidak bertugas untuk negara, tetapi bertugas untuk kepentingan UMNO BN.


6 ulasan:

azman kamarul berkata...

minta maaflah polis.......SETELAH BANYAK KES YANG MELIBATKAN POLIS DENGAN ORANG AWAM...Teoh Beng Hock,Kugan,gadis yang ditembak 5 das secara rambang dan kini Aminurrasyid........MAAFLAH KAMI TAK PERCAYA DENGAN POLIS LAGI.SMALAH DENGAN POLITIK UMNO..PENIPU.

Tanpa Nama berkata...

betui betui betui... mmg fakap tul KP selangor nih...

Tanpa Nama berkata...

Sokong. KP Selangor patut letak jawatan. gantikan org lain yg lebih layak dan tidak menipu.

hairan berkata...

pdrm nih polis di raja malaysia ke polis diraja mafia?

plzzzzzzzzz laaaa budak tuh baru 15 thn !!!! polis yg menembak tuh umo 5 tahun ke?

tak pernah aku rasa marah, menyampah, benci dan segala2 yg buruk pd polis sebelum nih... sehinggalah polis bahlul tuh bunuh budak 15 tahun!!!

bayangkanlah budak tuh anak2 ko org semua..... nak menanges di buatnya!!!!!

mtgbertam berkata...

Bodo ketua polis ni. Kalau kes2 dulu terbukti polis dapat beri keadilan, orang politik Pakatan pun tak mau sibuk2 kacau kes polis. Baik jaga kawasan masing2. Tapi kes dulu2 polis cover, sape nak percaya. Pi kampung felda la suruh orang felda percaya polis.

Tanpa Nama berkata...

Tak campur tangan macam Polis siasat kes Mata Lebam Datuk Seri Annuar?Poliske yang dedahkan Rahim Nor? Syudahlah jangan nak mengarut.