Timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar hari ini memohon maaf berhubung ucapannya di konvensyen BN Selangor semalam sekiranya ia menyinggung perasaan mana-mana pihak.
"Saya telah membaca petikan ucapan daripada mendiang Tun Tan Siew Sin dan Mendiang Tun Sambanthan," kata Noh yang juga menteri pertanian dan asas tani.
Dalam ucapannya, Noh memetik ucapan Tan dan Sambathan pada 1960-an yang memuji orang Melayu kerana memberi kerakyatan kepada bukan Melayu.
"Saya tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana kaum, bagi saya ianya adalah bahan sejarah yang amat penting demi memastikan Negara ini terus berada dalam keadaan aman dan rakyat berbilang kaum dapat hidup harmoni sesuai dengan konsep 1Malaysia.
"Di samping itu, tujuan saya membaca petikan ucapan-ucapan tersebut adalah untuk mengukuhkan lagi semangat kerjasama dan setiakawan di kalangan ahli dan para pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional.
"Jika petikan ucapan tersebut tidak sesuai lagi dibaca di zaman sekarang dan boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak, maka saya mohon maaf," katanya ketika membaca kenyataan bertulis.
Noh membuat permohonan maaf itu dalam satu sidang akhbar khusus untuk akhbar Cina di kafeteria Parlimen petang ini.
Sidang akhbar itu diusahakan oleh setiausaha Kelab Penyokong BN, Huan Cheng Guan.
Noh berkata beliau mengadakan sidang akhbar itu untuk media berbahasa Cina sahaja kerana mereka sahaja yang menyiarkan petikan tersebut.
-malaysiakini-
Ulasan GB
Habislah BN. Keceluparan Noh Omar akhirnya memakan diri. Minta maaf? huhu senang-senag camtu jer ke.
Mungkin kena tabur fulus kot, tapi untuk sektika, lepas tu pengundi bukan Melayu tetap ingat Noh Omar punya ucapan. Sama jer taraf menteri ni dengan Presiden PERKOSA. Sikapnya rasis, sikapnya menentang aspirasi 1Malaysia.

2 ulasan:
siapa yg percaya ya... memang bodoh, biul dan bingong la...
Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ni, ada-ada saja silap perhitungan dari puak nih.
Zahrain si katak itupun terjerat oleh pendedahannya. Dia dituduh melompat kerana habuan lumayan oleh orang BN sendiri! Alangkah malangnya.
Kes Noh Omar ni bukan setakat ucapan dia yang gerombolan MIC dan MCA nak marah. Layanan yang diterima mereka pun sangat mengaibkan. Mereka tidak pun diberi tempat khas di pentas dan hanya lagu UMNO dinyanyikan dimajlis yang sepatutnya menggabungkan 3 komponen terbesar BN itu. Apalah punya bangang penganjur majlis tu? Soal remeh begini pun tak nampak? maknanya UMNO memang tiada rasa hormat kepada puak2 cina dan india nih. Kaum Cina dan India merupakan kelas kedua bagi UMNO!
Lihatlah mereka sedang berantakan..angkara siapakah itu?
Catat Ulasan