12 Apr 2010

Hebat Sangatkah Pertemuan Obama Najib Seperti Digembar-gemburkan?

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin yakin pertemuan Perdana Menteri (PM) Najib Razak dan Presiden Amerika, Barack Obama kerana salah satu perjanjian yang telah ditandatangani bersama Apco sebelum ini.

"Dalam perjanjian Apco yang telah ditandatangani antara lain adalah untuk memulihkan hubungan antara Amarika dan Malaysia.

"Jika benar pertemuan itu untuk kepentingan negara, kita minta Najib mendedahkan butiran perbincangannya bersama Obama semasa pertemuan itu nanti," kata Shamsul kepada erapakatan.com.

Bagi beliau tiada sebab mengapa pertemuan Najib dan Obama itu perlu diagung-agungkan.

"Pertemuan itu setelah setahun lebih Najib menjadi PM. Kita hairan mengapa Najib mengambil masa yang agak lama untuk mengadakan pertemuan tersebut," kata Shamsul lagi.

Menurut Shamsul, pertemuan Najib dan Obama telah menjadi bukti kaitannya dengan Apco sepertimana yang didedahkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Najib boleh jawab secara menyeluruh mengenai Apco namun dia langsung tidak boleh menjawab segala bukti-bukti yang telah didedahkan oleh Anwar," kata beliau.

Pertemuan itu juga dilihat sebagai satu strategi menaikkan nama Najib yang semakin retak di mata dunia.

"Sudah pasti Obama akan membangkitkan pelbagai isu seperti enjin jet yang hilang, kes Anwar dan masalah rasuah serta penyelewengan yang berlaku di Malaysia.

Pertemuan Najib-Obama akan berlangsung sejurus sebelum Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear bermula. -erapakatan

4 ulasan:

Rahman As-Syam berkata...

Kat dunia ini kalau jumpa Obama macam jumpa Tuhan..Lima minit pun jadi la..Sebab tu megah sangat..

Awanama berkata...

salam tuan tanah, tumpang lalu..

bagus blog ni, keep it up.boleh iklan sikit.

Hotel Politan , Kota Bharu, Kelantan - harga dari serendah RM60/hari
Online booking - www.hotelpolitan.com

Awanama berkata...

nak tunjok kat kita yg dia ni hero la konon... ALA... HERO ZOMBI KAMPONG PISANG

Awanama berkata...

kita tunggu dan lihat perkembangan..kalau baik untuk rakyat malaysia kita doalan PM selamat, tetapi kalau mengkhianati rakyat kita doakan dia jatuh dan berkubur..