Tindakan Barisan Nasional (BN) yang didakwa menarik pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar parti adalah bukti BN sudah semakin terdesak kini.
Pengerusi PKR Negeri, Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa, tindakan ‘membeli’ pemimpin dan wakil rakyat PKR adalah modus operandi sering diguna pakai BN, terutama menjelang pilihan Raya kecil.
Menurutnya, tindakan tidak bermoral itu tidak lain bertujuan merosakkan kredibiliti PKR, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat (PR).
“Walaupun perkara ini sudah lama berlaku, namun ia tidaklah separah sekarang ini. Malahan, ada laman web yang melaporkan bahawa sejumlah dana ada disediakan untuk ‘membeli’ pemimpin dan wakil rakyat PR supaya keluar parti.
“Malahan, sehingga sekarang, dakwaan ini tidak dinafikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, UMNO ataupun BN,” dakwanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Azmin Ali, yang mendakwa kes-kes lompat parti membabitkan pemimpin dan ahli PKR didalangi individu dilabelkan ‘panglima besar’ UMNO.
Beliau mendakwa, tindakan itu dipercayai punca pemimpin dan wakil rakyat PR yang keluar parti sanggup menyerang dan memburukkan bekas pemimpin mereka semata-mata kerana ingin mengekalkan kekuasaan.
“Tidak mustahil apa yang disebutkan sebagai panglima-panglima besar itu wujud,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Menurut Shamsul Iskandar, walaupun gejala lompat parti kini semakin berleluasa, namun beliau yakin masyarakat sudah bijak menilai.
Menurutnya, PR juga akan menggunakan pelbagai media alternatif untuk memberi penjelasan sebenarnya kepada masyarakat umum supaya mereka tahu apa sebenarnya yang berlaku.
“Saya yakin bahawa rakyat kini sudah semakin bijak dengan intelektual yang tinggi dan mampu berfikir mana yang betul atau sebaliknya,” katanya. -SH

2 ulasan:
Hari ini Gen Zulkifli (Timb PTD - Bakal Panglima Tentera Darat) kat KKB untuk pastikan semua askar datang mengundi (pangkah BN kot) - Kalau undi pos ke PKR, tak tahulah jadi PTD ke tidak
poster najib dan altantuya tiada sama ka?
Catat Ulasan