21 Apr 2010

ZulKulim Dan Zahrain Ikut Najib Ke Washington Untuk Cerita Pasal Spender Anwar?

Datuk Seri Najib Razak, yang kembali dari lawatan luar negara awal pagi ini, muncul di sini dengan memberi ucapan seolah-olah mahu mengingatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim — beliau sudah mengetahui “kesemua” rahsia Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.

Perdana Menteri berkata dua wakil Bebas yang mengikuti beliau ke Washington DC baru-baru ini — bekas wakil rakyat PKR — sudah mendedahkan segala perkara berkaitan dengan fitnah dan strategi pembunuhan karektor digerakkan oleh Anwar selama ini.

Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim dan rakannya dari Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin telah mengadakan pertemuan dengan Najib, yang disifatkan Perdana Menteri “sebagai hampir setiap malam” ketika berada di Washington.

“Saya tahu semua, sampai seluar dalam pun. Dia dah cakap segala-segalanya (kepada saya),” kata beliau dalam ucapan kempen sulungnya di pusat gerakan utama Barisan Nasional (BN) di Bukit Sentosa di sini malam ini.

Bagaimanapun Najib yang juga Pengerusi BN berkata beliau tidak akan mendedahkannya kepada umum.

“Tapi saya tidak akan huraikan, biarlah saya simpan... biarlah ia antara dia dan Tuhan (yang tahu),” kata beliau.

Najib dijadual singgah di enam lokasi termasuk mengadakan solat maghrib di Masjid Bukit Sentosa.

Kira-kira dua minggu sebelum menyertai rombongan Najib, Zahrain dan Zulkifli telah mendedahkan sedikit sebanyak gerak-geri Anwar termasuk rancangan 16 Sept mahu mengambil alih kerajaan pusat ketika sesi perbahasan di Parlimen.

Zulkifli pula mendedahkan isu berkaitan pembunuhan wanita Mongolia.

Ekoran pendedahan itu Najib berkata beliau bersedia untuk bertemu dengan Zulkifli yang mendedahkan telah ditawarkan ganjaran lumayan untuk mengaitkan beliau dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu empat tahun lalu.

Perdana Menteri berkata beliau ingin bertemu dengan bekas wakil rakyat PKR itu kerana mahu mencari kebenaran, yang menurutnya kebenaran akan muncul juga pada akhirnya.

“Saya mahu mencari kebenaran kerana saya percaya kebenaran akan muncul juga akhirnya,” kata Najib akhir bulan lalu.

Zulkifli juga pernah memberitahu beliau akan berjumpa dan meminta maaf kepada individu tertentu termasuk Najib yang menjadi mangsa fitnah melibatkannya.

Zulkifli juga mendedahkan bahawa beliau telah mengaitkan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dengan kes pembunuhan sekitar tahun 2004. -TMI

Ulasan GB

Oh itu rupanya Najib nak tahu sangat, bab 16 Sept dan bab Altantuya dan itu rupa-rupanya yang nak disampaikan oleh 2Z ini kepada Najib.

Begitu besar bahana 16 September rupa-rupanya kepada Najib, sehingga terpaksa membeli dan mengheret dua orang bekas pemimpin PKR ke Washington untuk dapatkan maklumat. Persoalannya, apakah maklumat yang Najib perolehi itu benar?

Spender Anwar pun Najib kata dia dah tahu... heheh.. Spender Najib orang lain tak tahu ker?

Puteri Zainah, isteri pertama Najib tentu lebih arif tentang spender Najib... Tapi tak pernah orang heret Puteri Zainah sampai ke Washington nak tahu kisah seluar dalam Najib yang tentunya hapak dan berbau.

Aiseh Najib... Aiseh Zulkulim .. Aiseh Zahrain

Very low quality with very-very low mentality politicians we have in Malaysia...



2 ulasan:

BUJANG SUSAH berkata...

HAHAHAHA... alimnya najib ni.. zuhud gila babi siol..

“Saya tahu semua, sampai seluar dalam pun. Dia dah cakap segala-segalanya (kepada saya),”

“Tapi saya tidak akan huraikan, biarlah saya simpan... biarlah ia antara dia dan Tuhan (yang tahu),”

“Saya mahu mencari kebenaran kerana saya percaya kebenaran akan muncul juga akhirnya,”

Hahahaha.. baiknya ustaz najib nih...

Tanpa Nama berkata...

Pendedahan begini semasa pilihanraya sudah menjadi trend UBN. Ini taktik lama yang biasa dibuat oleh sesumpah Ezam. Ingat, ini taktik basi dimana orang/pengundi dah tak percaya. Kesian sungguh macam-macam cara UBN buat untuk menang pilihanraya. Lagi banyak kelentong, lagi jauh pengundi dengan UBN.