13 Mac 2010

Zahrain Terima Petisyen Rakyat Desak Letak Jawatan

Keadilan Cabang Bayan Baru hari ini mendesak agar Ahli Parlimen Datuk Seri Zahrain Hashim meletakkan jawatan kerana didakwa mencabuli amanat serta mengkhianati janji kepada rakyat.

Sehubungan itu ahli jawatankuasa serta ahli cabang itu menyerahkan memorandum yang mengandungi sebanyak 2,108 tandatangan kepada Zahrain di Dewan Tabung Haji bagi mengesa beliau mengosong kerusi Parlimen tersebut supaya satu pilihan raya kecil dapat diadakan.

Lawatan Zahrain ke kawasan Parlimen beliau hari ini dipercayai kali pertama dalam tempoh tiga bulan.

Desakan ini dibuat berikutan tindakan Zahrain bertindak keluar daripada KEADILAN dan menjadi anggota Parlimen Bebas 12 Februari lalu.

Menurut ahli jawatankuasa KEADILAN Cabang Bayan Baru, Ahmad Azrizal Tahir, Pakatan Rakyat tidak memerlukan Zahrain untuk memimpin rakyat Bayan Baru justeru tindakan beliau itu yang dianggap telah mengkhianati kepercayaan rakyat yang mengundi beliau pada pilihan raya umum 2008.

"Kami mahu Zahrain meletak jawatan sebelum sidang Dewan Rakyat berlansung 15 Mac ini.

"Rakyat mempertikaikan jawatan Ahli Parlimen yang disandang beliau ekoran kritikan keterlaluan beliau kerajaan negeri Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng," kata Ahmad Azrizal.

Pegawai JKK Permatang Damar Laut Sharonni Hasan pula berkata Pakatan Rakyat akan terus mendesak Zahrain meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen kerana rakyat sudah bosan dengan kerenah beliau.

Ahli jawatankuasa Angkatan Muda KEADILAN Bayan Baru Afiq Ilfiq turut bersetuju dengan desakan tersebut sambil menyatakan ia adalah bertujuan membersih serta melancarkan pentadbiran politik dalam Pakatan Rakyat.

"Rakyat mahukan politik baru untuk membentuk pemimpin yang adil ke arah mencapai negara yang demokratik, progresif dan bersatupadu," kata Afiq.

Seorang pengundi Bayan Baru Sha’ari Md Salled berkata sebagai pengundi beliau amat kesal dan kecewa dengan tindakan Zahrain keluar parti memandangkan beliau telah diberikan tanggungjawab menjaga amanat rakyat pada PRU lalu.

"Tindakan Zahrain itu ternyata mengkhianati harapan rakyat di Bayan Baru yang memilihnya untuk perubahan dua tahun lalu. Ini juga membuktikan beliau tidak mempedulikan hak dan kebajikan rakyat.

Dalam reaksi beliau kepada media Zahrain berkata beliau tidak akan meletak jawatan kerana keputusan samada beliau berbuat demikian adalah haknya.

"Pendirian saya jelas dalam perkara ini, saya mahu meneruskan perkhidmatan saya kepada rakyat Bayan Baru sebagai wakil rakyat Bebas," kata Zahrain. -SK

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dia ni bangsa apa la ni, dia tak tau ke yang jadikan dia wakil rakyat, adalah rakyat. bole ke dia kata hak dia nak letak jawatan ke tidak. jangan halalkan saja undi kita pada dia supaya dia menerima siksa kubur. habis cerita...

Tanpa Nama berkata...

tak apa.. kita lihat sajelah apa yg bakal Allah timpakan kepada mereka ini... Inilah golongan yang telah Allah tutupkan hati2 mereka daripada melihat kebenaran. marilah kita muhasabah diri dengan apa musibah yg tlh ditimpakan Allah pd kita. Lagipun kalau kita renong2kan sekiranya mereka ini masih kekal dalam pakatan rakyat akan banyak lagi keburokan daripada kebaikan yg akan berlaku kepada parti kita. Setiap apa yg berlaku masa kini semua telah Allah tuliskan dlm Al quran dizaman umat2 terdahulu dari kita. cuma kita kena selalu mendekatkan diri kepada Allah, mohon doa, munajat, sujud syukur, istighfar setiap hari. SETIAP PERKARA YG TERJADI ADALAH DTGNYA DARI ALLAH JUA....