13 Mac 2010

Sambutan Mersing Bukti Populariti Anwar Kalahkan Najib - Zabiedie Abas

Kehadiran lebih 10,000 orang di program Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan beliau lebih berpengaruh daripada Najib Razak.

"Sambutan luar biasa tersebut menolak dakyah keji media pro Umno bahawa Anwar sudah tiada pengaruh di kalangan rakyat terutama luar bandar," tegas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Zabidie abas.

Menurut beliau, ini adalah kali pertama Anwar menjejakkan kaki ke Mersing sejak menjadi mantan Timbalan Perdana Menteri.

Zabidie juga memaklumkan ramai yang hadir majoritinya bukan pengundi dan penyokong Pakatan Rakyat (PR). Pemimpin tempatan dan ahli Umno juga ramai kelihatan di situ.

Beliau berkata, Ia menunjukkan usaha media pro Umno gagal dalam usaha mengaibkan dan menfitnah mentor PR itu. Malah mereka tidak menyorok, seperti ditempat lain, mereka duduk dikelompok utama dihadapan.

"Berita di Kota Tinggi agar mendukacitakan. Selain berita kemalangan YB Tian Chua, perjumpaan Anwar dengan 800 orang terganggu sementara disebuah restoran. Dalam 5 minit Anwar berceramah, TNB memutuskan bekalan elektrik.

"Belum sempat juruteknik TNB keluar dari kerja khianat, mereka diserbu oleh petugas PR. Akhirnya dalam 3-4 minit mereka akur dan menyambung bekalan elektrik," kata Zabiedie. -erapakatan

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Walaupun kawan bukan peminat Anwar tetapi atas dasar menghormati perjuangan TGNA dan setiakawan TGNA kepada PR , maka kawan hormati dan memilih PR kini dan selama-lamanya. !

Tanpa Nama berkata...

tanda nak perintah johor dan malaysia PRU13.