13 Mac 2010

Mohsin Enggan Kosongkan Kerusi Bagan Serai

Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri menegaskan beliau tidak akan mengosongkan kerusi Parlimennya walaupun ada pihak dalam Pakatan Rakyat mendesaknya berbuat demikian termasuk mahu mengadakan solat hajat.

Bekas pemimpin PKR itu berkata, beliau tidak terfikir untuk mengosongkan kerusinya, sebaliknya akan meneruskan khidmat sebagai wakil rakyat Bebas sehingga pilihan raya umum ke-13.

Selain Mohsin Fadzli tiga lagi Ahli Parlimen PKR telah keluar parti dan mahu bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Laporan Harakah Daily semalam menyebut tempoh tujuh hari yang diberikan PR Bagan Serai kepada wakil rakyat berkenaan untuk menarik balik keputusannya meninggalkan pakatan itu tamat malam kelmarin.

Mulai malam ini mereka mengadakan solat hajat selama tujuh hari memohon kepada Allah agar Mohsin Fadzli insaf atau menyerahkan kembali mandat rakyat itu dengan meletakkan jawatan.

Majlis solat hajat akan diadakan dengan solat Maghrib di Balai Kuliah Tasawur Islam Simpang Empat Semanggol, kata bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ahmad Awang.

Ahmad memberitahu semasa pilihan raya umum lalu beliau yang memperkenalkan Mohsin Fadzli kepada orang ramai khasnya masyarakat Cina dan PAS Kawasan Bagai Serai.

Beliau berkata, solat hajat itu akan berakhir Jumaat depan di Masjid Tinggi Bagan Serai.

Pada 3 Mac lalu, Mohsin Fadzli mengisytiharkan dirinya keluar daripada PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas kerana “politiking” melampau dalam PKR yang gagal dikawal oleh penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pilihan raya umum pun tidak lama lagi, saya akan tunggu dan menghabiskan penggal perkhidmatan saya,” kata beliau dipetik Bernama.

“Lagi pun apa perlunya saya meletak jawatan kerana saya masih lagi Anggota Parlimen mereka... tidak ada salahnya kerana saya masih berkhidmat untuk mereka (pengundi Bagan Serai),” katanya di sini hari ini.

Mohsin Fadzli berkata beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik lain walaupun menyedari Barisan Nasional (BN) akan sentiasa mengalu-alukan jika beliau berhasrat menyertai parti komponen BN.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohsin Fadzli, yang pertama kali bertanding, mengalahkan bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin daripada Umno dengan majoriti 3,413 undi. -MI



5 ulasan:

mankeldai berkata...

kita lihat samada mohsin ni kebal oleh kezaliman!

Martoiriat berkata...

Riwayatnya tak kemana. Beliau akan tersungkur di PRU 13.. percayalah..

Tanpa Nama berkata...

kalau aku pengundi kawasan mamat nih... aku gi ramai-ramai rumah dia suruh letak jawatan... bawak buleh kurang-kurang 50% pengundi yang undi dia dulu...

Tanpa Nama berkata...

solat hajat berterusan tumbangkan UMNO/BN

Tanpa Nama berkata...

orang mcm ni.. hidupnya tak akan senang.