14 Mac 2010

Ruangan Asri Digugurkan, Mufti Perak Kolumnis Baru Dalam Mingguan

Penulisan bekas mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang merupakan kolumis Mingguan Malaysia lebih empat tahun yang lalu, tidak lagi muncul dalam akhbar edisi Ahad itu,

Kali terakhir penulisan beliau disiarkan Mingguan Malaysia adalah pada 28 Feb lalu.

Mohd Asri yang dilihat sebagai antara mufti muda yang berpendirian progresif dan liberal memulakan ruang penulisan di bawah nama “Minda Mufti” ketika berkhidmat sebagai Mufti Perlis dan kemudian kolumnya dikenali sebagai “Minda Dr Maza” selepas meletakkan jawatan sebagai mufti akhir 2008.

Lazimnya penulisan beliau disiarkan di muka surat sembilan Mingguan Malaysia, satu lagi produk Kumpulan Utusan.

Hari ini ruangan di Mingguan Malaysian digantikan dengan penulisan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Akhbar berkenaan tidak memberikan makluman mengenai ketiadaan ruangan Mohd Asri.

The Malaysian Insider difahamkan Mohd Asri sudah dimaklumkan mengenai keputusan Mingguan Malaysia tidak lagi akan membawa penulisan beliau baru-baru ini.

The Malaysian Insider juga difahamkan tiada alasan diberikan tetapi ia dipercayai ada kaitan dengan kandungan penulisannya sejak kebelakangan ini. -MI

Mohd Asri tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan beliau dan tiada apa-apa komen beliau dalam blognya.

Beliau kini berhadapan dengan kes tuduhan menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah yang dibawa oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). -MI

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau ta mau jadi barua UMNO memang kena gugur

Maimun berkata...

Dari baca ruang Mufti UMNO ni , baik lah mun baca Al-Quran . Dapat juga pahala membaca Wahyu-wahyu ALLAH yang diturunkan melalui Junjungan Besar Rasulullah SAW . Kalau baca pendapat Mufti UMNO belum tahu lagi dapat pahala sebab pandangan-pandangan dia hanya berdasarkan kata-kata yang dipenuhi niat yang belum tentu ikhlas . Allahu Alam