Angkatan Muda KEADILAN Gombak mahu rakyat terus memboikot akhbar Utusan Malaysia sehingga bankrap kerana didakwa sering menyebar fitnah terhadap pimpanan parti dan Pakatan Rakyat.
Menurut Ketua AMK Gombak Jefrin Muhammad melalui "Kempen Ganyang Akhbar Utusan Malaysia" yang dilancarkan di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak, Taman Melawati Khamis lalu rakyat akan sedar bahawa akhbar tersebut selain menjadi alat Umno hanyalah saluran untuk menyebar dakyah dan menanam bibit kebencian terhadap Pakatan Rakyat.
"Akhbar ini terus menerus tanpa rasa bersalah menyebarkan fitnah dan melaga-laga kaum di negara ini. Oleh kerana itu kita mesti mengambil langkah drastik supaya akhbar ini dibangkrapkan dalam masa terdekat," kata Jefrin semasa menyaksikan pembakaran simbolik akhbar tersebut.
Kata beliau lagi Pakatan Rakyat akan memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dengan tertubuhnya kerajaan persekutuan baru pada pilihan raya umum ke-13 kelak.
Berhubung sambutan golongan muda terhadap perjuangan parti, Jefrin berkata setakat ini respons anak muda adalah amat menggalakkan.
AMK Gombak katanya telah mendaftar lebih daripada 3,000 ahli baru sejak beberapa bulan lalu. -SK

9 ulasan:
tumbangkan UMNO, dengan sendirinya utusan tumbang
UTUSANG MELOYANG sebenarnya lahnipung danh menjunang keluarang dia ke tahap 70,000 sahaj dari 100,000. teruskang boikot sampai semua pekerjanya takda kerja.
Penyokong PR dengan penyokong BN di malaysia mana yg lebih ramai?
Kalau di negeri-negeri yang pakatan rakyat berkuasa pun, Utusan Malaysia boleh dijual dengan elok saja apatah lagi di negeri yang BN berkuasa..bukan senang nak boikot (cakap tak semudah membuat!) kecuali PR beri suratkhabar percuma pada rakyat...dan bukan suratkhabar yg berunsur politik...
Ada orang dia mmg penyokong PR, tp dalam soal suratkhabar, dia tak peduli sgt..dia baca semua...dan aku sendiri yakin, pemimpin PR pun baca utusan..samada yg online atau hardcopy..kalau tak, mcmana dia org tahu isi dalam utusan. Macam blog GB ini, kekadang ada juga kontent yang diambil dari utusan online!
Jadi kalau berhasrat nak boikot, jangan peduli apa pun....
anon 2.55
akhbar online percuma
yg diboikot akhbar versi bercetak
nak boikot, boikot laa semua...tak kira online ker bercetak ke...jangan nak boikot yg kena bayar saja..lagipun tujuan boikot utk membangkrapkan utusan...sama juga dengan online...kalau statistik pengunjung ke web utusan berkurangan, maka lambat laun, dia org akan tutup web tu..sb takde sambutan lagi...tp masalahnya...tiada siapa yg takan pergi..sb percuma ...
Setuju sangat "Boikot Utusan" tak kira online atau off line. Dari bagi depa duit, baik buat tabung bantu pada mereka yang lebih memerlukan.
PR kata kebebasan bersuara tetapi bila orang bersuara lebih sikit dia marah, kalau macam ni bolehkah rakyat bersuara jika ditakdirkan PR menang PRU13 nanti?? Akan adakah lain-lain suratkhabar di Malaysia ketika itu? Atau akan ada hanya Roket, Harakah dan Suara Keadilan sahaja.
Jangan jadi bangsat la, kita kutuk orang boleh orang kutuk kita balik kita marah. Kita kena ingat siapa yang memulakan dulu. Selama ini pun berapa banyak berita didalam Roket, Harakah dan Suara Keadilan yang mengelirukan rakyat. Jika dihitung kesilapan berita di Utusan hanya kurang dari 5% sahaja tetapi didalam Roket, Harakah dan Suara Keadilan lebih dari 50%. Ini bukan menipu rakyat ker debgan berita-berita menipu ni??
Seperti kata Nabil, lu pikir la sendiri.
saya keturuan melayu dulu kini dan selamanya dan berugama islam kalau baca utusan kolum sukan je kolum lain tak baca pun menyampah!!!
deyh asemal..memang kebebasan bersuara tapi bukan kebebasan memfitnah..ko pun..bebas2 jek mencarut..tak paham konsep kaa..pegi sekolah ke tak neh..
Catat Ulasan