21 Feb 2010

Aduan-aduan Terhadap PAS, Apakah PAS Masih Primitif?

Exco Pemuda PAS Abdullah Karim menggesa jawatankuasa pusat membincangkan aduannya - berhubung dakwaan penglibatan ahli parti dalam 'konspirasi' menjatuhkan Pakatan Rakyat - yang ditolak baru-baru ini.

"Saya mohon agar perkara ini dibincangkan dan diteliti oleh ahli jawatankuasa (AJK) pusat PAS dalam mesyuarat mereka yang akan datang.

"Para pimpinan PAS yang duduk dalam jawatankuasa pusat PAS sudah tentulah lebih bijaksana dalam menilai perkembangan yang berlaku ini," katanya.

Abdullah diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang berkata, pejabat agung parti menolak aduan Abdullah kerana tidak cukup merit untuk dipanjangkan kepada jawatankuasa disiplinnya.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Abdullah berkata, beliau menanggap keputusan yang diumumkan Mustafa melalui media baru-baru ini hanyalah pandangan peribadi.

Abdullah yang kini menetap seketika di United Kingdom berkata, tidak perlu untuknya menghantar surat bagi menyatakan hasratnya berhubung perkara itu kerana percaya Mustafa sudah tentu akan melakukannya.

"Keputusan yang dibuat atas nama parti adalah urusan kolektif yang mesti membabitkan organisasi supaya wujud elemen semak dan imbang," katanya melalui e-mel.

Ditanya kenapa perkara tersebut tidak disuarakan melalui ketua Pemuda dan AJK PAS Nasrudin Hassan untuk dibangkitkan dalam mesyuarat yang akan datang, Abdullah menjawab:

"Ini aduan saya buat atas kapasiti peribadi sebagai ahli PAS. Ia tidak membabitkn mana-mana organisasi dalam hirarki parti," katanya sambil menegaskan aduan itu melibatkan perkara sulit.

Sehingga semalam, Abdullah masih enggan mendedahkan bukti-bukti dakwaannya serta pihak yang terlibat dalam 'konspirasi' yang didakwanya itu.

"Saya kena tunggu dulu hasil mesyuarat AJK PAS pusat," katanya. -malaysiakini

Ulasan GB

Kita telah menyuarakan sebelum ini hahawa tidak wajar untuk PAS memperlekehkan aduan para ahli.

Jika sebelum ini Presiden PAS menuduh ahli-ahli menimbulkan "fitnah" di dalam blog sekalipun fitnah itu benar, kini setelah mengikut saluran yang betul pun, aduan-aduan itu ditolak dengan alasan tidak mempunyai merit.

Apa neraca merit? Mungkin hanya Setiausa Agung yang boleh menjawabnya. Jangan ia menjadi alasan untuk memperlekehkan aduan ahli.

Di dalam era digital ini, setiap aduan "pelanggan" sepatutnya perlu dilayan dengan baik. Itu sebab mengapa di pejabat-pejabat, di gedung perniagaan dan di kaunter-kaunter jabatan, disediakan tong "ADUAN".

Untuk syarikat yang mempunyai lamanweb dan portal maka mereka mempunyai E-ADUAN.

Cuma PAS sahaja yang fobia terhadap aduan sehingga tidak "appreciative" malah memperlekehkan aduan para ahlinya.

PAS sepatutnya sudah mempunyai "borang aduan" melalui internet yang boleh dimuatkan melalui lamanweb rasmi PAS atau harakahdaily. Ini adalah untuk mempercepatkan proses pengurusan aduan. Untuk memantapkan parti serta memperkasakan parti supaya ia sentiasa di depan di dalam teknologi maklumat.


Ini jangankan e-aduan, nak cari maklumat keahlian dan nak daftar jadi ahli melalui internet pun belum lagi dapat dilaksanakan parti, tapi merekalah paling bising supaya menggunakan teknologi maklumat untuk perkasakan parti.

Kalau di zaman Rasululullah, beliau paling depan di dalam teknologi tentera berkuda untuk berdepan dengan musuh. Di dalam sebuah hadith sahih Rasulullah dikatakan pernah menggadai "baju besi" baginda kepada seorang yahudi menunjukkan bahawa Rasulullah tidak ketinggalan mempunyai "kelengkapan perang" yang hebat. Mengapa di zaman teknologi maklumat ini masih ramai pemimpin PAS yang buta kayu dengan teknologi maklumat ini? Tetapi mereka paling bising suruh ahli-ahli guna teknologi maklumat?

Bilakah PAS akan dibebaskan dari cengkaman pimpinan era primitif ini?

7 ulasan:

Jebon berkata...

Dah banyak kali cakap dah bro... SALURAN DAH TERSUMBAT...

Tanpa Nama berkata...

pemimpin pas terutama terengganu, dah makin gila kuasa dan tidak boleh ditegur

Tanpa Nama berkata...

PAS sudah macam polis juga sekarang. Hanya aduan2 yang setuju dihati saja yang diambil tindakan. Yang lain, ke bakul sampahlah tempatnya. Kalaulah begini tatacanya, lingkuplah PAS. Kalau tengok jubah dan serban, bukakn main...

Tanpa Nama berkata...

apabila kumpulan bodoh sombong memimpin Pas, pas sukar maju kehadapan

Tanpa Nama berkata...

sua dah berkarat

Tanpa Nama berkata...

Semua gu lembik hok Terengganu tu, satu jer hok molek = IRIHATI!. Kalu dok caya cakap hambo, tengok betul-betul.

lah berkata...

Salam,

Masa Pas perintah ganu dulu 2000-2004, banyak puok-puok dlm pas, puok pemuda pung banyok, puok ulama' pung banyok, puok exco pung ade.
Rakyat lapor pitih ehsan , pemimpin pas sibok maing balak, projek.
Rakyak pung acu ubah gok pangkoh bn.