23 Feb 2010

83% Mahu Tarif Elektrik Sedia Ada Dikekalkan

Bancian SMS Edisi 7 menyaksikan 83% responden menyatakan tarif eletrik sekarang wajar dikekalkan.

Hari ini Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui menyatakan tidak mungkin berlaku penurunan terhadap tarif baru eletrik yang akan ditentukan oleh Kabinet esok.

"Sekiranya Kabinet meluluskannya, akan terdapat kenaikan, tidak mungkin penurunan," katanya.

Menurut Bernama, Kabinet akan memutuskan mengenai tarif baru elektrik itu esok.

Peter Chin berkata kementeriannya telah mengemukakan kertas cadangan mengenai semakan tarif tenaga kepada Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri.

Mengenai peratusan kenaikan, Chin berkata: "Saya tidak boleh beritahu kerana mungkin esok Kabinet membuat keputusan lain."

Sementara itu, Pakar Ekonomi Tony Phua berkata kerajaan Umno-Barisan Nasional akan berlaku tidak adil sekali lagi jika meluluskan kenaikan tarif elektrik itu, TVSelangor dipetik.

Beliau berkata, sebarang kenaikan harga bukan sahaja bertentangan dengan slogan-slogan yang dicanang Najib tetapi juga membuktikan kepimpinannya lebih mengutamakan kroni-kroni dalam pengagihan subsidi.

“Kalau mereka meningkatkan tarif elektrik adalah amat tidak adil kerana buat masa ini sekiranya subsidi dikurangkan terhadap konsumer, sepatutnya subsidi yang diberikan kepada pihak penjana kuasa bebas perlu dikurangkan dahulu.

“Kenapa pihak itu dapat menikmati subsidi yang begitu lumayan dan menjamin keuntungan yang besar kepada pihak IPP tetapi bagi rakyat pula kerajaan meningkatkan harganya? Adakah ini slogan kerajaan dan Najib bahawa rakyat akan didahulukan? Buat masa ini apa yang kita nampak, kroni-kroni perniagaan-perniagan besar didahulukan manakala rakyat dibelakangi,"katanya.

Tony Phua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, pengurangan subsidi kepada rakyat dengan pelbagai kenaikan harga barang mencerminkan kegagalan Umno-BN menguruskan negara.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak menggunakan wang dan pendapatan negara secara berkhemah dan telah menyebabkan sekarang kerajaan rumit kewangan iaitu tidak cukup wang dan semua subsidi dikurangkan dan semua harga dinaikkan. Menunjukkan kerajaan selama ini tidak mempunyai kecekapan dalam menguruskan isu-isu ekonomi,"katanya.


Tiada ulasan: