10 Jan 2010

Sekolah Dan Gereja Di Taiping Pula Diserang

Gereja kelima menjadi sasaran serangan malam tadi, kali ini melibatkan All-Saints’ Church, gereja yang bersejarah di Taiping, Perak.

Turut menjadi sasaran kali ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Taiping, yang beroperasi sejak 1899 tetapi kemudian berpindah ke lokasi baru di Convent Lane pada 1938.

Ia merupakan serangan pertama di luar Lembah Klang yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab sejak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan Katolik, Herald menggunakan perkataan “Allah”.

Polis mengesahkan kedua-dua kejadian itu.

Kedua-dua premis itu dibaling dengan koktel molotov tetapi bom petrol itu tidak meletup.

Gereja Anglikan itu yang terletak di Jalan Taming Sari dibina pada tahun 1886.

Dalam pada itu, pengurusan gereja berkata bom petrol itu yang ditemui di sekolah berkenaan kemungkinan disasarkan terhadap St Louis Church yang terletak bersebelahan.

Ketua Polis Perak Datuk Pahlawan Zulkifli Abdullah berkata kedua-dua kes berkenaan merupakan tindakan pihak yang mengambil kesempatan daripada kejadian-kejadian yang berlaku di Lembah Klang.

“Kami syaki insiden-insiden ini tiada kaitan dengan serangan ke atas gereja berhubung isu Allah. Ini kemungkinan perbuatan nakal pihak-pihak yang mahu mengambil kesempatan,” katanya.

Bagaimanapun kata beliau pihaknya tidak akan memandang mudah, sebaliknya akan menyiasat kedua-dua kes sebagai perbuatan khianat.

“Mereka yang melakukannya akan dikenakan tindakan,” katanya.

Laporan polis dibuat selepas pihak gereja menemui serpihan dua botol di pekarangan gereja itu.

Zulkifli berkata kesan tanda hitam juga ditemui pada premis itu, sekali gus menjurus pihaknya untuk percaya bahawa kemungkinan ia adalah kes percubaan membakar.

Dalam satu lagi kes, pengawal SMK Convent Taiping menemui kesan yang sama iaitu serpihan botol di kawasan sekolah.

Polis mengesyaki botol-botol itu dibaling kira-kira 3.30 pagi tadi.

“Dalam kedua-dua kejadian ini bagaimanapun tiada kemusnahan dilaporkan.

“Pegawai forensik kami sedang menyiasat untuk melihat sama ada kedua-dua kes ini adalah percubaan untuk membakar bangunan,” katanya.

Semalam polis menerima satu lagi laporan mengenai cubaan membakar sebuah gereja, Good Shepherd Lutheran Church di Jalan Othman, Petaling Jaya, menjadikannya empat kes setakat petang semalam.

Bagaimanapun, polis percaya insiden tersebut berlaku serentak dengan tiga insiden kelmarin masing-masing d Petaling Jaya, Desa Melawati dan Damansara dan hanya dilaporkan pada pukul 2 petang semalam.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga megesahkan laporan terbaru itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata pihak polis sudah menemui sedikit petunjuk mengenai suspek yang dipercayai membakar Gereja Metro Tabernacle, namun belum dapat mengenalpasti bangsa atau kewarganegaraannya.

“Saksi yang juga pengawal keselamatan sedang membantu kita bagi mengenalpasti individu tersebut. Kita percaya kesemua insiden ini dilakukan oleh kumpulan berlainan berdasarkan modus operandi yang berbeza,” katanya.
Mempunyai foto percutian yang hebat? Bolehkah ia memenangi pertandingan foto ini?

Tiga premis lain yang diserang kelmarin ialah Gereja Assumption dan Gereja Life Chapel di Petaling Jaya dan Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, lontaran koktel molotov ke atas Gereja Metro Tabernacle menyebakan letupan disusuli kebakaran. -MI

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Peringatan kepada rakyat Malaysia yang tidak menyokong perjuangan parti UMNO.

Telah kita ketahui pemimpin dari Pakatan Rakyat telah membuat kenyataan secara jelas tidak menyokong malah mengutuk serangan yang boleh menjerumuskan perang keagaaman itu.

Jauhkan diri anda dari kumpulan "haramjadah" bertindak seolah-olah mewakil sesebuah pertubuhan islam.

Perbuatan yang dilakukan oleh orang tidak dikenali itu adalah perangkap kepada rakyat yang menyokong parti Pakatan Rakyat. Jika anda tersilap pilih kumpulan, pasti anda akan disimpan didalam bilik sempit di Sungai Buluh, jika tidak anda akan dikumpulkan dikemunting.

Jangan percaya pada pemimpin UMNO yang merangsang perasaan supaya bersatu berjuang untuk agama dan bangsa. Mereka semuanya penipu termasuk Perdana Menteri "cakap tak serupa bikin..."

Rakyat Malaysia jangan leka, harga barang keperluan telah dinaikkan. Jangan lupa bahawa peralatan tentera Malaysia sudah dicuri dan dijual keluar negeri.

Bersiap sedia menghadapi harga minyak petrol akan dinaikan lagi. Begitu juga dengan bayaran tol akan dinaikkan lagi atas alasan menaikan pada harga yang munasabah...???

Anak PR Selangor berkata...

Mereka tak puas hati selagi Malaysia tak huru hara...

Mereka tak puas hati selagi tak dapat alasan macam mana nak masukkan ke ISA pemimpin pembangkang..

Puak-puak ni memang hampehh...

Setiap kali ada isu yang timbul puak puak ni akan menuding jari kepada pimpinan PR... dan setiap kali itu aku semakin membenci kumpulan Umgok ni..

Buatlah isu lagi.. lagi ramailah rakyat yang akan mrmbenci mereka.
Alhamdulillah semakin ramai rakyat membenci mereka lagi cerah peluang PR untuk memerintah.

Tanpa Nama berkata...

kerja bodoh yang mencari kambing hitam dalam budaya UMNO