10 Jan 2010

PAS Sedia Berdialog, Tindakan Diambil Jika Ahli PAS Sertai Demo Kalimah Allah

Dalam usaha mengembalikan keharmonian, gerakan Islam terbesar tanahair bersedia berdialog dengan pihak gereja dalam mengatasi polemik penggunaan kalimah Allah.

Presiden Parti Islam Se-Malaysia Abdul Hadi Awang berkata Pas bersedia merintis jalan mewakili umat Islam Malaysia bagi membendung pertelingkahan dari membarah.

“Pas sedia berdialog dan menghadiri sebarang majlis untuk memberi kefahaman ini kepada rakyat dan kita mengharapkan supaya ruang diberi kepada Pas melalui media supaya kita menjelaskan hakikat ajaran Islam yang sebenar kerana selama ini ajaran Islam sendiri telah ditutup dan dikongkong oleh undang-undang yang ada dalam negara kita," katanya.

“Kalimah Allah ini satu kalimah benar, kalimah yang betul, tetapi dihuraikan dengan cara yang mempunyai matlamat yang salah, ada kalangan yang mengambil kesempatan berkalimah yang suci ini, inilah yang silapnya tidak kira siapa, semua pihak," tambah beliau.

Bercakap kepada media di Taklimat Penerangan Pas di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam hari ini, mengulangi kecaman terhadap keganasan keatas gereja Kristian.

Dalam nada tegas, Hadi berkata Pas tidak akan bertolak-ansur dengan mana-mana ahli yang didapati menyertai perhimpunan membantah kalimah Allah semalam.

“Saya merasa kesal daripada apa yang berlaku itu kerana bukan sahaja boleh menjejaskan hubungan antara kaum dan agama yang harmoni selama ini. Apa yang mendukacitakan sekiranya berlaku daripada orang Islam itu satu benda yang menyentuh ajaran Islam itu sendiri," katanya.

“Cuma kita memberi arahan orang kita jangan libat dalam demonstrasi bukan saya jamin kalau ada orang Pas yang terlibat dalam bakar gereja ini, kita akan ambil tindakan disiplin, dan ada undang-undang dalam Pas untuk ambil tindakan, bila ada ahli yang buat sesuatu yang bercanggah dengan konsep parti kita," tegas beliau. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN (TVS)



3 ulasan:

Bajukumbang berkata...

perghh...mantap Tok Guru Hj Hadi. inilah yg aku duk tunggu selama ini. pemimpin yg berani dan tegas. harap2 dia pegang pd janji laah utk ambil tindakan tu. termasuklah org2 kanan dia.

penyokong PAS semua, kasi 'chance' kat Hj Hadi lagi sekali. seperti mana yg dia minta dlm Seminar Khas baru2 ini. kalau dia xperform jugak,kita gulingkan dia ahaha.. ~opss sori~

Tanpa Nama berkata...

jangan masuk perangkap UMNO nak ISA kan pemimpin pakatan rakyat..

Tanpa Nama berkata...

TGHH kembali lantang pada landasan yang betul setelah diperbetulkan bloggers....