3 Jan 2010

Isu Kalimah Allah : Kecelaruan Di dalam PAS

Harakahdaily melaporkan PAS akan memanggil mesyuarat khas Lajnah Politik, iaitu lajnah paling berpengaruh dalam parti itu bagi membincangkan beberapa perkembangan terbaru termasuk isu penggunaan nama Allah oleh agama Kristian.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, mesyuarat itu akan diadakan malam esok di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

"Kita turut menjemput AJK PAS Pusat dalam mesyuarat khas ini," kata Mustafa kepada Harakahdaily.

Mesyuarat ini dijangka membincangkan secara mendalam keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan majalah milik aktivis Kristian, Herald, untuk menggunakan nama Allah sebagai ganti 'God' dalam bahasa Inggeris.

Sejak keputusan itu dibuat, kelihatan pemimpin PAS tidak seragam pandangan mereka dalam isu ini.

Mesyuarat ini dijangka akan memberikan kata putus apakah pendirian bersama parti Islam itu dalam isu ini.

Anggota utama lajnah politik adalah pemimpin kanan PAS di samping beberapa pemimpin yang tidak berada dalam AJK PAS Pusat termasuk Khalid Samad, YDP PAS Shah Alam yang juga anggota Parlimen kawasan tersebut.


PAS arah Khalid Hentikan Kenyataan Tak Selari Dengan Parti

PAS mengarahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad supaya berhenti daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang bertentangan dengan pendirian parti berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan majalah Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Yang Dipertua PAS Shah Alam itu juga seharusnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan pandangannya bagi mengelakkan timbulnya kekeliruan di kalangan ahli dan juga masyarakat.

"Dalam isu ini saya fikir YB (Yang Berhormat) Khalid perlu lebih berhati-hati.

"Isu ini sangat sensitif, kalau kita tersalah memberi pandangan, impaknya sangat besar," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai perbalahan terbuka antara Khalid dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berhubung keputusan kontroversi Mahkamah Tinggi itu.

Media hari ini melaporkan bahawa Zulkifli mendesak supaya Khalid keluar dari PAS dan menyertai parti lain termasuk DAP kerana menyokong keputusan tersebut.

Zulkifli juga mendakwa kenyataan Khalid itu telah merosakkan imej PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Desakan Zulkifli itu dibuat sebagai respons kepada kenyataan awal Khalid yang dimuatkan dalam blognya iaitu Allah bukan Tuhan kepada orang Islam semata-mata tetapi Tuhan kepada seluruh alam semesta, termasuk orang bukan Islam dan Rasulullah tidak pernah menghalang penggunaan perkataan Allah oleh orang bukan Islam.

Katanya, al-Quran sendiri mempunyai banyak ayat yang menunjukkan bahawa orang bukan Islam, sama ada golongan Musyrikin, Yahudi mahu pun Nasrani menggunakan perkataan Allah apabila mereka memaksudkan Tuhan semesta alam.

Bagaimanapun Tuan Ibrahim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS beranggapan bahawa kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam itu merupakan pandangan peribadinya dan tidak mewakili parti.

"Itu hanyalah pandangan peribadi beliau, bukan pandangan PAS secara keseluruhannya," katanya.

Ditanya sama ada pihaknya akan mengambil sebarang tindakan terhadap Khalid, Tuan Ibrahim berkata: "Saya fikir tak perlulah sampai nak ambil tindakan disiplin terhadap beliau.

"Kita dalam PAS sentiasa mengamalkan dasar terbuka apabila mengeluarkan pandangan, tapi dalam hal ini beliau bercakap mengikut pandangannya berdasarkan hukum ciptaan iaitu tuhan kepada semua manusia ialah Allah."

Mengulas sama ada tindakan Khalid itu akan menjatuhkan imej PAS kerana masyarakat melihat wujudnya perselisihan pandangan di kalangan pemimpin parti itu terutamanya dalam isu-isu sensitif, Tuan Ibrahim berkata, pihaknya sememangnya tidak menyekat kebebasan bersuara.

"Kita tak sekat ahli-ahli PAS yang ramai ini untuk memberi pandangan, tapi pandangan yang menjadi dasar PAS adalah datang dari enam peringkat tertinggi dalam parti iaitu Mursyidul Am dan timbalannya, Presiden dan timbalannya, Setiausaha Agung serta Ketua Penerangan.

"Kenyataan mereka ini kita anggap sebagai kenyataan rasmi parti," katanya.

Tambah Tuan Ibrahim lagi, pendirian PAS adalah jelas bahawa parti itu sememangnya membantah kebenaran yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi itu berhubung penggunakan kalimah Allah.

"PAS membantah sekeras-kerasnya mengenai perkara ini dan kami menyokong semua usaha termasuk rayuan yang akan dilakukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap keputusan itu," katanya. -MSTAR



PAS kecewa Mahkamah benarkan perkataan Allah dalam Mingguan Herald The Catholic

Parti Islam Semalaysia (PAS) kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya.

PAS bimbang dengan membenarkan penggunaan nama Allah dalam penerbitan ini akan menimbulkan kekeliruan di kalangan orang Islam terutama di kalangan muallaf dan mereka yang hendak mendekatkan diri dengan Islam.

Penggunaan nama Allah telah dianggap sebagai serasi dengan masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini yang merujuk kepada penggunaan itu hanya untuk agama Islam sahaja. Perkara ini telah diakur sejak turun temurun oleh penganut agama Kristian di negara ini.

Penggunaan nama Allah dalam al-Quran, maksudnya “Dan jika kamu bertanya kepada mereka siapa yang menjadikan langit dan bumi, nescaya mereka mengatakan Allah”. Allah yang mereka akur ialah sebagai tuhan “pencipta”, bukan sebagai Allah yang tunggal yang patut disembah. Ini dinamakan kepercayaan Rububiyyah, bukan kepercayaan Uluhiyyah.

PAS mengharapkan supaya pihak Kerajaan membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi supaya ia mendatangkan kebaikan kepada kita bersama. Menghalang penggunaan nama Allah ini sebagai satu langkah “Saddu Zarai’c” untuk menutup pintu keburukan di kalangan masyarakat Islam khususnya dan masyarakat Malaysia amnya.

Perlu ditegaskan ini bukan berarti Pas menentang kebebasan agama lain untuk mengamalkan ajaran mereka sediri di negara ini. Selama ini Pas yang memerintah di Kelantan hampir 20 tahun memberi kebebasan kepada penganut agama yang manoriti mengamalkan agama mereka tanpa apa-apa gangguan daripada pihak berkuasa Pas di Kelantan.

Ustaz Idris Haji Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat.



Nik Aziz: Tidak salah bukan Islam guna kalimah Allah

KOTA BARU, Jan 3 – Penggunaan kalimah “Allah” pada penerbitan Herald mengikut hukum pengamal agama Samawi tidak menjadi satu kesalahan, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Cuma beliau bimbang perkataan “Allah” kemungkinan boleh disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu.

“Tinggal lagi… takut disalahgunakan. Itu yang menjadi kebimbangan,” kata beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan perkataan “Allah” oleh Herald, Khamis lepas.

Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam keputusan lisannya menegaskan bahawa Herald mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan itu.

Keputusan itu mencetuskan polemik sejak Khamis lalu dengan ada yang mengadakan protes dan membantahnya.

Malah ada juga pihak yang menyifatkannya sebagai amalan biasa penganut Kristian menggunakan kalimah “Allah”.

Ketika ditemui pada majlis perasmian pejabat Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Kerajaan Negeri Kelantan dekat sini hari ini, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyarankan agar pihak berwajib seperti badan persatuan ulama menganjurkan dialog bersama pemimpin agama Kristian bagi berunding berhubung isu berkaitan.

“Supaya ia tidak mendatangkan kekeliruan pada masyarakat.

“Bahkan fahaman falsafah Islam itu sendiri dapat diperluaskan melalui majlis-majlis seumpama itu,” katanya.

Menjawab soalan kesediaannya untuk hadir jika majlis seumpama itu dianjurkan, Pesuruhjaya PAS Kelantan itu berkata, “saya akan hadir dan sanggup membuat pendedahan mengenainya jika diizinkan.”

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan Datuk Mohammad Daud Iraqi semasa dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan.

Sebaliknya seolah-olah beliau menyifatkan kelemahan pihak kerajaan tidak melakukan pemantauan awal berhubung masalah tersebut.

“Isu ni bukan baru, lama dah… sepatutnya kerajaan sejak dari awal lagi boleh mentelaah undang-undang itu secara lebih spesifik,” ujarnya.

Sehubungan itu mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohammad berkata majlis muzakarah fatwa kebangsaan sudah pun membincangkan perkara itu dari sudut akademik sebelum ini.

“Muzakarah itu membincang kalimah ‘Allah’ spesifik untuk kegunaan orang Islam di Malaysia, tetapi tidak melihat dalam konteks negara lain,” katanya.

Bagaimanapun Shukri enggan mengulas lanjut perkara itu memandangkan ia telah menjadi prosiding mahkamah.

“Kita tunggu apa keputusannya kelak. Sebab ia bukan berkahir dengan keputusan itu.

“Difahamkan kerajaan akan membuat rayuan terhadap keputusan itu.

“Prosiding mahkamah penjelasannya ialah melalui mahkamah,” ujarnya. -Malaysian Insider


Ulasan GB

GB memaparkan ketiga-tiga berit di atas yang saling kait mengait.

Yang pertama dari Harakahdaily yang menyatakan PAS akan memanggil mesyuarat khas Lajnah Politik, esok bagi membincangkan beberapa perkembangan terbaru termasuk isu penggunaan nama Allah oleh agama Kristian yang memberi erti belum ada sebarang pendirian parti mengenainya.

Yang kedua, arahan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Ahli Parlimen Shah Alam supaya berhenti daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang bertentangan dengan pendirian parti berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan majalah Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya

Yang ketiga kenyataan media di dalam lamanweb PAS oleh Ketua Penerangan PAS yang memaparkan pendirian Parti Islam Semalaysia (PAS) kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar.

Yang keempat, kenyataan Mursyidul Am PAS sendiri yang menyatakan dalah tidak salah bukan Islam guna kalimah Allah.

Sekiranya, pandangan yang menjadi dasar PAS adalah datang dari enam peringkat tertinggi dalam parti iaitu Mursyidul Am dan timbalannya, Presiden dan timbalannya, Setiausaha Agung serta Ketua Penerangan, mengapa pula Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man boleh mengarahkan Khalid Samad menghentikan kenyataan yang kononnya tidak selari dengan pendirian parti? Bukankah kenyataan Khalid itu selari dengan pendirian Mursyidul Am PAS?

Di dalam hirarki parti, Mursyidul Am PAS adalah lebih tinggi dari Ketua Penerangan, justeru itu, pandangan dan pendirian yang menjadi dasar parti ialah kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Nik Aziz yang lebih terpakai.

PAS dilaporkan akan bermesyuarat khas mengenai isu tersebut, ini bererti BELUM ADA sebarang dari parti mengenainya. Jadi dimanakah kesalahan Khalid Samad yang dituduh mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan pendirian parti?


Bagaimana pula Tuan Ibrahim boleh keluarkan kenyataan akhbar sedangkan yang menjadi dasar parti hanya enam orang tertinggi jawatannya di dalam parti?

Jika di atas kapasiti Ketua JK Disiplin, adakah ia justifikasi untuk membuat kenyataan akhbar dengan melanggar penetapan hanya enam orang yang berhak melakukan demikian?


32 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dalam banyak ketika, daripada 6 orang pemimpin tertinggi itu, hanya Mursyidul Am PAS, TGNA yang berbeza dari yang lain.

yang lima semuanya berkepala hotakkan UMNO belaka.

Tanpa Nama berkata...

maaf GB anda silap bagi saya.. menetapkan hukum dlm Islam ada keadah2 tertentu yg mana para alim ulama dan org yg mengaji ugama sahaja yg faham, itupun kalau bidang nya ialah fekah, klu bidang lain mungkin kurang faham.. walaupun tiada nas yg melarang penggunaan nama Allah oleh org bukan Islam tidak semestinya ianya dlm semua keadaan dibenarkan, jika anda perhati betul2 kenyataan TGNA jelas TGNA memberitahu keadaan hukum asal iaitu tidak menjadi kesalahan, tetapi amat amati semua kenyataan TGNA, beliau juga ada menyatakan kebimbangan beliau dlm isu tersebut. Beliau juga tidak mahu isu ini mejadi kekeliruan masyarakat.

dengar dan amat amati lah kenyataan Taib Azamuddin didalam parliment semalam di youtube disini, jelas kita apa pendirian yg perlu kita buat. Kenyataan TGNA tidak salah, cuma anda je salah mengerti dlm kontek mana TGNA membuat kenyataan.. patutnya anda perlu menunggu kenyataan TGNA yg lebih kursus mengenai perkra tersebut, yg anda bawa itu hanya jawapan pada soalan wartawan.

kenyataan anda boleh membuat masyarakat yg keliru dgn masalah ini makin membenci TGNA. padahal kenyataan TGNA tidak salah, apabila meminta hukum drpd org alim kita kena bagi masa untuk mereka menkagi dari setiap sudut, dan hukum dlm masalah ini bukan lah jenis hukum yg mudah2 bagi org awam. Janganlah kita ambil sekerat2 sahaja kenyataan org alim, kita kena memahami dan meneliti semua perkataan beliau.

itu saja, so jangan terlalu gopoh.

Tanpa Nama berkata...

Saya sependirian dengan GB di dalam hal ini.

Kerana kalau diamati kenyataan TGNA, pada dasarnya TIDAK BOLEH HALANG penggunan kalimat Allah untuk bukan Islam.

Cuma TGNA khuatir ada penyalahgunaan. Maka penguatkuasaannya lah yang perlu diberikan perhatian, bukan memblanketkan dengan mengharamkan terus sedangkan Allah dan RasulNya tidak sekali-kali menyatakan demikian.

UMNO suka isu ini, PAS tersepit jika tak der ilmu. Bila tak der ilmu makan akan mengiyakan apa UMNO kata.

Tanpa Nama berkata...

GB lihat saja kenyataan anon 9:22 andaikata pendapat 6 org pemimpin tertinggi tersebut yg terlebih soheh dari segi pandangan Islam, maka siapa yg bertanggung jawab menjadikan anon 9:22 itu mengutuk 6 pemimpin tersebut? Sekiranya 6 dosa yg dia dapat maka ko juga akan mendapat 6 dosa tidak kurang sedikit pun, itu baru sorang, klu ramai nanti bagaimana pula..

sebab tulah, hati2 saudara, lihat lah dgn lebih menyeluruh.. bab2 yg kita tak faham hanya dengar2 tinggalkan pada para alim ulama yg membuat keputusan.

dlm islam kita ada uslub2 yg perlu kita patuhi dlm mengeluarkan hukum dan fatwa hukum.. hati2 lah..

Tanpa Nama berkata...

anon 9:41 dlm islam dia ada keadah dipanggil 'tutup pintu' ada keadah bab kemudaratan lebih perlu di hindari drpd kemudaratan yg lebih kecil.. tidak semestinya Allah dan rasul tidak mengharamkan ianya tidak haram.. kita tidak boleh berfikir secara logik bergitu, terlebih selamat kalau kita biarkan saja ulama yg berbincang dan memutuskan keputusan dlm bab ini.. bukan apa takut kita tersalah, klu betul pun takut juga kita termasuk dlm golongan bermudah2 dlm agama dimana kita menghukum tampa ilmu.

Tanpa Nama berkata...

"Sesungguhnya Allah itu Tuhanku dan Tuhanmu, karena itu sembahlah Dia. Inilah jalan yang lurus", Al-Imran, 51.
(Innallah harobbi warobbukum faqbuduh, haza siraa thommustaqeem).

Tanpa Nama berkata...

Mengapa 6 org pemimpin ini dikatakan pandangan yang menjadi dasar PAS ?

Bukankah Perlembagaan PAS dengan jelas menyatakan dasar PAS adalah di bawah bidang kuasa Majlis SYura Ulamak?

Majlis Syura Ulamak pun dah kena hijacked dengan kumpulan UG dalam PAS?

Tanpa Nama berkata...

Betul tu anon 10.33

Wahai Nasharuddin, wahai idris ahmad, wahai Tn Ibrahim, wahai pendokong2 UMNO dlm PAS, mana nak buang ayat 51 dari suratul-imran itu?

Innallah harobbi warobbukum faqbuduh, haza siraa thommustaqeem.

"Sesungguhnya Allah itu Tuhanku dan Tuhanmu, karena itu sembahlah Dia. Inilah jalan yang lurus", Al-Imran, 51.

Tanpa Nama berkata...

Mengapa 6 org pemimpin ini dikatakan pandangan yang menjadi dasar PAS?

mengapa kita dakwa benda yg org tak dakwa, sapa yg dakwa itu dasar PAS, yg dikata oleh Tuan Ibrahim ialah pendirian parti, bukan dasar, kita kena pandai beza antara pendirian dan dasar, pendirian adalah benda yg baru datang, dasar telah ditetap kan dari dulu2 lagi..

tunggulah dulu selepas semua org yg ahli dlm bab agama berbincang..tak menjadi dosa untuk kita menunggu alim ulama ijtihad hukum, tapi menjadi kesalahan dan dosa sekiranya kita yg tak tahu ujung pangkal masuk bicara masalah yg payah2 dlm agama dgn tampa ilmu, kita dikira bermudah2 dlm agama kerata tidak takut pada berlakunya kesalahan berhukum tampa ilmu.

Tanpa Nama berkata...

anon 11.50
kalau ya pun nak cover pimpinan,
baca betul2 kenyataan Tn Ibrahim tu

"Kita tak sekat ahli-ahli PAS yang ramai ini untuk memberi pandangan, tapi pandangan yang menjadi dasar PAS adalah datang dari enam peringkat tertinggi dalam parti iaitu Mursyidul Am dan timbalannya, Presiden dan timbalannya, Setiausaha Agung serta Ketua Penerangan."

Tak ker terang dan jelas Tn Ibrahim tu menyatakan "pandangan yang menjadi dasar PAS"

Apakah Tn Ibrahim tidak faham atau tidak tahu Perlembagaan?

Tanpa Nama berkata...

hanya ulamak Malaysia termasuk ulamak PAS sahaja haramkan penggunaan perkataan Allah utk non-Muslim.

Allah sendiri tak haramkan. Malah di dalam Al-Quran byk ayat menyuruh kita berdakwah mengingatkan non-Muslim bahawa Tuhan kita semua ialah ALLAH.

Dan Allah sendiri mengkisahkan bahawa terdapatnya orang kafir pun memanggilNya dengan nama Allah.

T.A.Hameed berkata...

Pada dasarnya memang Allah adalah Tuhan untuk semua. Betul kata TGNA dan Ust Asri Zainal Abidin tu, saya setuju, cuma pelaksanaannya diteliti bimbang dimanipulasi untuk dakyah kristianisasi..itu saja. Di Arab, Indonesia dan tempat lain tak ada masalah, Malaysia sahaja sebab org Melayu nak ALLAH untuk mereka sahaja, tapi bila bab melaksana HUKUM Allah seperti haramkan judi, zina,arak apa lagi hudud mereka tentang pula terutama sesetengah golongan sekular UMNO. Oleh itu PAS -PKR perlu berhati-hati menyatakan pandangan.

Tanpa Nama berkata...

dlm keadaan kita dimalaysia, dan juga kebenaran yg diberikan kepada akhbar tersebut yg kita bincang, bukan kita tegah org bukan Islam nok guna, dia org nok sebut 100 kali sehari pun dok apa, tapi masalahnya bila dibuat dlm bentuk tulisan, dlm keadaan umat Islam di malaysia yg masih lagi jahil tentang akidah dan ilmu untuk mengenal Allah, sekiranya terbaca dia sebahagian akhbar tersebut yg sudah dibuat utk membukus nasi lemak, apa akan jadi pada mereka, sebut pulok nama Allah, Isa dan Mariam dan bla bla bla.. kemudaratan dia macam mana.. itu ulama fikir.. kita tak yah nok berhukum lagi.. jangan kerana emosi kita tidak takut untuk menjadi penimpu dlm agama kerana berhukum dgn tampa ilmu.

itu ulama fikir bila nok ijtihad hukum, tadok masaloh klu mereka nok sebut insyallah, yg biasa kita dengar cina2 sebut.. biarkan kepada ulama, tugas mereka untuk mengeluarkan hukum, silap mereka dapat satu pahala, klu betul dapat 2 pahala, perbezaan pendapat mereka adalah rahmat bagi umat.. so kita sapa? tanyalah diri sendiri..

Tanpa Nama berkata...

saya rasa nasharuddin sewaktu mengeluarkan pendapat apabila di tanya oleh utusan belum lagi berijtihad.

Tanpa Nama berkata...

GB tuan guru kata tak boleh tu, cammana kata ko? ko kata tuan guru benarkan.. cam mana leh jadi gitu?

Tanpa Nama berkata...

anon 1.37

Baca balik
"Penggunaan kalimah “Allah” pada penerbitan Herald mengikut hukum pengamal agama Samawi tidak menjadi satu kesalahan, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Cuma beliau bimbang perkataan “Allah” kemungkinan boleh disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu"

Tanpa Nama berkata...

anon 1:51
tak baca ke akhbar ari ni, TGNA kata jangan biarkan, klu dlm versi online tajuknya Nik aziz tak setuju

baca komen saya pada January 3, 2010 9:31 PM dia atas. sekarang jelas apa yg dimaksudkan oleh TGNA, jangan kita buat fitnah kerana kita tak faham maksud perkataan TGNA semalam, kenapa diteliti sebahagian perkataan TGNA tidak semua sekali diteliti dengan lebih mendalam.

Hari ni jelas apa maksud TGNA dengan kebimbangan beliau semalam. Tapi sayang GB tidak siar komen aku pada nya sebelum komen aku pada 1:37 PM, ada 2 komen aku yg GB tidak siarkan.

Unknown berkata...

anon 2.25

Saya menyiarkan semua komen KECUALI
1) jika terdapat ungkapan mencarut
2) jika terdapat tuduhan melulu

Sesiapa juga boleh mendakwa dia telah hantar komen tetapi tidak disiarkan untuk memburukkan saya, silakan. Saya tetap tidak bias jika tidak ada dua kriteria di atas.

Tanpa Nama berkata...

tak baca ke akhbar ari ni, TGNA kata jangan biarkan, klu dlm versi online tajuknya Nik aziz tak setuju

akhbar hok mana tu anon? utusan malaysia...?

ooh pade sangak nge kamu...
lebih ke utuse

Tanpa Nama berkata...

buktikan bahawa saya mencarut dan membuat tuduhan melulu? lihat komen2 saya yg terdahulu ada kah saya mencarut, saya mengatakan tulisan awak telah menjadi fitnah keatas TGNA kerana mengambil sebahagian perkataan dan meninggalkan sebahagian perkataan.. adakah itu mencarut atau tuduhan melulu yg mana sekarang terbukti anda telah melakukan kesilapan. dan kesilapan tersebut telah menjadi fitnah pada batang tubuh TGNA.

saya beri link dlm komen saya kata2 TGNA yg mengesahkan nasihat saya pada komen (anon 9:31 PM) yg meminta awak berhati2. Adakah itu tuduhan dan mencarut?

Tanpa Nama berkata...

anon 2:38pm

ooh pade sangak nge kamu...
lebih ke utuse


saya bawa dalil dari utusan bukan bermakna saya lebihkan utusan, kena tengok pula dalil yg dibawa oleh GB dari sumber mana? harakah ke?

Tanpa Nama berkata...

apa untungnya saya, saya cuma beri nasihat, sekiranya GB tak keluarkan komen saya dgn hujjah
1) jika terdapat ungkapan mencarut
2) jika terdapat tuduhan melulu

maka org akan lihat saya sebagai seorg yg mencarut dan membuat tuduhan melulu.

tak apa lah, cuma yg penting bgi saya anda mengaku kesalahan anda dan anda bertaubat, yg payahnya nak minta maaf dgn TGNA, kerana fitnah anda pada TGNA, carilah masa untuk berjumpa dgn nya. takmboh siar komen saya pun tak apa, tpi kena ingat selagi tulisan anda ada disini maknanya anda terus menerus membuat fitnah keatas TGNA mendakwa apa yg dia tidak dakwa.

Unknown berkata...

anon 2:40

Dengan nama Allah, saya tidak menerima komen2 seperti yang anda nyatakan.

Buktikan anda ada menghantarnya di sini.

p/s GB lazim mengengar hujjah kononnya GB memfitnah TGHH, TGNA. Ia hanya datang dari seorang manusia yg GB kenali... yang sering pula bertandang ke sini untuk melemparkan tuduhan yang bukan2.

Isssyyy, berkilas ikan di air...

Tanpa Nama berkata...

ops sori, saya dok hantar pun komen itu, dlm komen saya tak ada saya sebut TGHH,

komen saya yg pertama saya beri anda tajuk utusan muka hadapan sebagai tajuk kedua kemudian tajuk didalam, yg mengata kan seolah2 TGNA tidak tetap pendirian, sama seperti hujjah awak dlm arikal ini yg mengatakan TGNA setuju (dgn tidak diulas kebimbangan yg dinyatakan)

kemudian komen saya kedua menjawab anon 10:35 AM yg berkata 'saya rasa nasharuddin sewaktu mengeluarkan pendapat apabila di tanya oleh utusan belum lagi berijtihad.'

komen saya konsisten, saya tak sebut benda yg tiada kaitan, TGHH tiada kaitan dlm komen saya kenapa saya perlu sebut

Tanpa Nama berkata...

Anonymous said...
saya rasa nasharuddin sewaktu mengeluarkan pendapat apabila di tanya oleh utusan belum lagi berijtihad.
January 4, 2010 10:35 AM

---
dok apa ah saya jawab sekali lagi (ayat2 maybe dok sama doh dgn wak asal)

tiada sapa dakwa nasa berijtihad, dan nasa sendiri tidak mendakwa dia berijtihad, namun bergitu kita tidak boleh memandang rendah pendapat daripada seorg yg berilmu dan pengajianya berkaitan Islam. yg berijtihad hanya iman2 mujtahid dan para mufti.

----yg ni saya tambah kemudian---
sebab tu saya mintak sungguh2, amat amati perkataan alim ulama betul2 jangan gopoh, lihat saja kenyataan TGNA yg dilaporkan utusan “Kita bimbang dan takut orang ini salah guna perkataan Allah iaitu salah guna dalam pengertian, sebab itu dalam fiqah kita boleh sekat orang bukan Islam guna perkataan Allah walaupun benda itu harus.

“Saya juga bimbang kalimah ini disalah guna sehingga menyebabkan orang Melayu beragama Islam keliru... dia kata sana Allah, sini pun Allah sehingga akhir-akhir ini dia minta gereja pun dipanggil masjid Kristian.

“Pengunaan Allah boleh tetapi dibimbang disalah guna, jadi lebih baik kita berhenti daripada membenarkan agama lain guna perkataan Allah,” katanya.

nah sekarang nyata, GB tersilap seperti dakwa saya di atas sekali, kemudian hasilnya membawa fitnah kepada TGNA, mengatakan sesuatu yg tidak dimaksudkan oleh TGNA. Lantaran itu tersebar lagi kerosakan bilamana ada org yg mengutuk2 6 org lagi pemimpin kerana seolah2 kenyataan beliau tidak selari dgn TGNA, walhal yg kelirunya penulis sendiri.

Tanpa Nama berkata...

eik yg last sekali tak siar gok.. :)

Unknown berkata...

kenapa anda sentiasa berburuk sangka?

Ada masa saya di depan komputer, tetapi bukan sepanjang masa. ada waktu untuk solat, ada waktu untuk mekan, ada waktu untuk keluarga dan sebagainya.

Tanpa Nama berkata...

yalah saya silap, ya lah dah tak keluar.. dah keluar ok ah.. maaf

tapi sungguh, GB, saya lihat awak tak seperti yg lain, anda bagi saya boleh mengaku kesilapan, dlm bab ini saya rasa anda teramat silap membuat tulisan. Hati2lah next time..

Tanpa Nama berkata...

Puak UG dalam PAS sedang memukul gendang UMNO

Tanpa Nama berkata...

termasuk TGNA ke? TGNA UG gok ke?

Tanpa Nama berkata...

PAS SUDAH JAUH TERSASAR,SEJAK DLM PR,SEGALA KENYATAAN PAS BERDASARKAN POLITIK,BETUL DIKATA SALAH,SALAH DIKATA BETUL.

Tanpa Nama berkata...

Slogan "PAS for all" tak berapa relevan & serasi lagi dengan trend saf pimpinan PAS sekarang, jika berbanding era Ustaz Fadzil Noor dulu. Ustaz Fadzil berusaha menarik & mengembeling seluruh tenaga aktivis Islam kedalam PAS. Manakala saf pimpinan sekarang berbeza. Usaha perkecilkan peranan aktivis Islam yang lain selain para lulusan pengajian Islam semakin ketara.... mungkin sedang / akan terjurus kepada "PAS for Ulamak Only"?

Mungkin para aktivis Islam perlu mencari alternatif baru bagi merealisasi politik Islam? Mungkin boleh menghidupkan semula semangat parti BERJASA atau HAMIM sebagai alternatif baru kepada umat Islam dimasa akan datang? Wadah politik Islam yang lebih wajar dalam kontek masyarakat Malaysia?