Selepas dua hari menyembunyikan diri, penulis blog Aduka Taruna, akhirnya ditahan polis petang semalam setelah beliau menyerah diri bagi membantu siasatan berhubung kenyataan menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar dan kerajaan negeri.
Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di sekitar Kota Bharu, Kelantan, kira-kira jam 4 petang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, ketika dihubungi mengesahkan penahanan penulis blog itu yang disiasat mengikut Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Laporan dari blog perisik-rakyat menyatakan bahawa Aduka ditahan reman sehingga 29 Januari ini.
Jika sabit kesalahan, penulis terbabit boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, selain dikenakan denda tambahan RM1,000 setiap hari dalam tempoh kesalahan.
Mohd Mokhtar berkata, lelaki terbabit dibawa ke IPD Muar kerana laporan awal yang dibuat terhadapnya, diterima IPD berkenaan.
Selain itu, IPD Kluang menerima 23 laporan yang dibuat orang awam serta ahli politik berhubung kenyataan penulis blog berkenaan; IPD Batu Pahat (empat); Johor Bahru Selatan (tiga) dan satu di IPD Seri Alam.

7 ulasan:
jika manusia hangpa junjung, sanjung dan bela sungguh2.
Agama Allah, Hukum Allah, Undang2 dan syariat Islam...ada ke org pedulik?!!
Ada korang kesah? Ada korang bela?
Anak melayu rosak akidah, rosak akhlak...ada hangpa kesah?!!
Hiburan melampau sana-sini, lalaikan umat Islam..ada org buat repot tak? berapa puluh repot dah buat..?!!
Alahai Polis, cuba kalau anak Raja buat salah, macam kes anak kerabat Johor bergaduh dengan anak kerabat N. Sembilan dulu tu, berani mereka nak pergi tangkap?
Yang menghina Nabi pun polis tak tahan sampai sekarang. Manusia tu masih hidup lagi.
Nabi dengan Sultan yang mana lebih tinggi darjatnya?
Cuba baca balik aduan yang dibuatnya"....DAH MAMPOS BUAT CARA MAMPOS LA. BOLEH PLAK SIMPAN MAYAT NAK TUNGGU DATUK BENDAHARA BALIK DARI SHOOPING. BOLEH MEETING ISTIHAR SEDANG TGERLENTANG, PADAHAL DAH MAMPOS PAGI TADI. PERGI MAMPOS SAMA LU. BODOH PUNYA KERAJAAN SPESIS STUPID...." Ayat seperti ini boleh dianggap sebagai persepsi saja.
Tunjukkan bagaimana sultan johor dihina...?
Sebenarnya yang tukang tuduh mereka-reka cerita kononnya adukataruna menghina kemangkatan Sultan Johor.
Kalau membaca artikel orang mesti berpandukan ayat, bukan ikut perasaan sendiri... akibatnya boleh kena selsema babi !!
Yang dah mati sekarang didalam Kuasa Allah sekarang, tapi yang masih hidup yang tinggalkan solat zohor semata-mata kerana nak habiskan adat permakaman tempohari tu macam mana pulak? Sedih [tengok dalam tv] bukan kerana sultan tu dah mati, tapi sedih tengok yang hidup tak kisah langsung nak jumpa ALLAH dalam solat zohor.....ada "fatwa" khas ke kat malaysia ni yang membolehkan muslims lengahkan/tinggalkan solat kerana nak langsungkan upacara permakaman sultan??noh gadut boleh tolong jawab tak?
Asalamualaikum. Maaf mencelah. Gambar tersebut bukan gambar Aduka. Harapmaklum.
Noh gadut tu pengampu no.1
Catat Ulasan