Ini merupakan satu keputusan Mahkamah Persekutuan yang menyakitkan hati. Ia menyakitkan kerana keputusan ini terang-terang bercanggah dengan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut:
"Kesahihan mana-mana prosiding dalam dewan legislatif di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah"
Kelima-lima hakim tersebut telah mengecewakan rakyat dan kerajaan apabila mereka memilih untuk mengenepikan Perlembagaan Persekutuan. Dengan kata lain, hakim-hakim telah enggan melaksanakan keadilan mengikut undang-undang.
"Siapakah Mahkamah Persekutuan untuk menyatakan sesuatu itu melampaui bidang kuasa Speaker apabila undang-undang tertinggi di negara ini mengatakan kesahihan mana-mana prosiding dalam dewan legislatif di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah?" katanaya
Tidakkah para hakim sedar bahawa tindakan mereka telah mencemari imej kerajaan?
Dalam artikelnya HN Chan mengingatkan kes 'Taff Vale (1900)", di mana Keputusan House of Lords telah menyebabkan kekalahan besar bagi kerajaan Konservatif dalam pilihanraya umum pada tahun 1906. Kes ini, yang menyebabkan kejatuhan Kerajaan Konsevatif. Kes ini memberi kesan politik yang mendalam.
Beliau fikir mesej kes 'Taff Vale' untuk para hakim kita di Mahkamah Persekutuan sudah cukup jelas. Para pengundi boleh membuat keputusan, sama sepertimana para pengundi di England lakukan terhadap kerajaan konservatif pada tahun 1906.
Bagaimanapun Najiblah yang akan menanggung akibatnya nanti dan bukan para hakim yang melakukan kesilapan kerana gagal bertindak adil berlandaskan undang-undang, tegasnya lagi.
Beliau juga mengingatkan amaran Lord Denning M R dalam kes Gouriet v Union of Post Office Workers yang mengatakan "Bagaimana tinggi sekalipun kedudukan kamu, undang-undang berada di atas kamu"
Menurutnya lagi, perintah Mahkamah Persekutuan seolah-olah bagi saya seperti 'brutum fulmen' dalam bahasa Latin bermakna tindakan yang bunyinya kuat tetapi tidak berkesan.
Sekiranya mereka telah tergelincir dan terkeluar dari landasan keadilan secara sedar maka mereka bersalah kerana menyalahguna kuasa, kata NH Chan. - misbhulmunir/GB
3 ulasan:
Mereka bersalah bagi kita tetapi amat berjasa kepada golongan Hisbussyaitan! Jadi terimalah habuan kamu di dunia dan di akhirat.
Dear Sir.
Saya makin "confuse" dengan permasalahan undang-undang Malaysia sekarang.
Adakah ini yang dikatakan "Undang-undang kita mengikut ACUAN KITA" sebab petikan tuan semuanya berdasarkan kes barat.
Kita faham peguam bertelingkah menegakkan kebenaran, tetapi kalau HAKIM bertelingkah ia sesuatu yang amat menakutkan.
Adakah mentafsir undang-undang sekarang menjadi begitu rumit dan tidak dapat diperhalusi dengan BETUL, ADIL dn SAKSAMA.
Please sir. Do something. Pastikan phrase ini benar dan tidak ada yang tidak benar melainkan benar belaka.
"Bagaimana tinggi sekalipun kedudukan kamu, undang-undang berada di atas kamu"
Please sir.
Satu keputusan Mahkamah terang-terang bercanggah dengan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut:
"Kesahihan mana-mana prosiding dalam dewan legislatif di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah"
Cuba siasat siapakah yang melantik lima hakim dimahkamah rayuan itu...? Bukankah kelima-lima hakim itu pernah menyatakan rasa terhutang budi dan "terimakasih" atas perlantikan mereka...?
Oleh kerana itu apa yang mereka lakukan boleh dilihat sebagai hakim korek...korek....korek...!!
Hakim jenis ini akan menyelamatkan lebih ramai penjenayah dari kalangan pemimpin kerajaan dari dihukum.
Catat Ulasan