4 Dis 2009

SAMM Serah Laporan Rasmi Kes Rasuah Politik Ke Bukit Aman

Solidariti Anak Muda Malaysia dan Majlis Integriti Angkatan Muda Malaysia memfailkan tiga laporan polis terhadap tiga pegawai kanan kerajaan atas tuduhan rasuah dan salahguna kuasa.

Diketuai Penyelaras Badrul Hisham Shaharin, delegasi 12 orang dari dua gerakan belia itu tampil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman seawal jam 9.55 pagi.

“Laporan ini juga sebagai Litmus Test kepada Ketua Polis Negara dan Institusi PDRM itu sendiri, sama ada benar bebas atau sekadar alat kepada regim pemerintah”kata Badrul.

Laporan setebal lima puluh dua mukasurat itu diserahkan kepada Inspektor Mohamad Sail Hassan Cawangan Perhubungan Awam Bukit Aman.

Laporan pertama menggesa polis menyiasat penyiasat kontroversi P Balasubramaniam, yang mengaku telah menerima sogokan RM750,000 dari proksi Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Bekas anggota Cawangan Khas ini turut mendakwa cuba disogok RM5juta oleh saudagar permaidani Deepak Balkishan, yang dikatakan rapat kepada Isteri Pertama Negara, Rosmah Mansor supaya menarik balik akuan bersumpah terhadap Najib.

“Maknanya Bala ada dua kenyataan bersumpah yang bercanggah.Sudah tentu salah satu daripadanya adalah kenyataan bersumpah yang salah dengan niat menipu.Dan sehingga kini Balasubramaniam tidak didakwa dan diambil tindakan terhadap perkara tersebut.Ini dilihat ada persenkongkolan untuk menutup rahsia besar pemimpin Negara”,tambah Badrul lagi.

Laporan kedua difailkan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan, yang dituduh menyeludup sejumlah RM10juta ke luar Negara.

Dalam laporan mereka, Mohamad Hassan dituduh mensabotaj ekonomi Malaysia dengan menyalur keluar wang negara melalui sebuah syarikat pengurup wang, Salamath Ali.

Badrul berkata,“Ini merupakan usaha sabotaj ekonomi.Hantar wang tunai kepada Negara secara haram,itu sabotaj ekonomi.Maknanya,ada pemimpin Barisan Nasional yang dibiar dan dilindungi kerana mengkhianati ekonomi Negara”.

Manakala laporan terakhir difailkan terhadap Setiausaha Politik Najib Abdul Razak, Shafie Abdullah yang dituduh menggunakan wang ringgit dan pengaruhnya untuk mengancam lawan-lawan politik dalam Umno.

“Jadi hari ni,maknanya kita rasa kecewa Najib janji untuk mempertingkatan intergriti itu satu pembohongan selagi beliau menyimpan orang seperti Shafiee dalam pejabatnya”,jelas Badrul.

Badrul berkata laporan telah difailkan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 2 Januari lalu, namun suruhanjaya itu belum lagi mengambil sebarang tindakan terhadap Shafie.

“Dimana kita ishtiharkan SPRM mati ketika lahir langsung tidak ada yang boleh dibanggakan dari SPRM.Dan kita masih ada sedikit harapan dalam agensi polis.Kalau mereka tidak mahu membuktikan kepada rakyat yang dia telus,terpulang pada mereka”.


Tiada ulasan: