25 Dis 2009

Perkara-perkara Yang Merosakkan PAS

Konvensyen Pakatan Rakyat yang memperuntukkan secara jelas polisi negara termasuk kedudukan Islam dan bahasa Melayu sekiranya berkuasa, menjadikan Umno sawan. Tanpa segan silu, Umno bersedia menjadi ‘penasihat’ PAS supaya tidak menggadai prinsip perjuangan. Macamlah perjuangan Umno punya prinsip…!

PAS bukan parti kebangsaan songsang dan sempit macam Umno. Semenjak tahun 1990 sampai sekarang orang Melayu Kelantan terus dianaktirikan oleh Umno. Hanya kerana di sana PAS berkerajaan. Orang Melayu di negeri Umno berkerajaan juga tidak kemana pun.

Di Pulau Pinang, Umno sibuk untuk mengambil kerusi pengerusi BN negeri. Umno nak buat apa dengan jawatan itu? Nak bela Melayu Pulau Pinang? Melayu di Terengganu, negeri terkaya itu pun Umno tidak terbela, inikan pula Melayu Pulau Pinang.

Justeru, PAS tidak boleh mengikuti jejak Umno. Jejak yang memusnahkan, bukan sekadar masa depan PAS tetapi masa depan kepada harapan rakyat Malaysia.

Pertama, PAS tidak boleh menjadikan agenda Melayu sebagai asas perjuangannya, seperti Umno. Apabila PAS dapat tegak dengan prinsip keadilan dan kesaksamaan, pasti tiada yang terpinggir dan teraniaya, baik Melayu atau sesiapa sahaja.

Keadilan melangkaui batas bangsa. Teras kepada keadilan ialah memulangkan hak kepada yang berhak. Orang Melayu ada haknya, sama seperti orang lain. Bukan membela namanya, apabila pembelaan itu dilakukan atas nama bangsa dengan mengenepikan nilai-nilai keadilan sejagat.

Paksi PAS adalah keadilan dan keadilan juga adalah paksi Islam.

Kedua, PAS tidak boleh bekerjasama dengan Umno. Mana mungkin PAS bekerjasama dengan parti yang memijak mahkamah, memperkosa sistem demokrasi, melontar jauh-jauh kemanusiaan rakyat.

Institusi utama negara yang mana satu yang tidak pernah dinodai oleh Umno? Sebut sahaja; SPR, SPRM, polis, mahkamah, parlimen atau mufti?

Negara ini hanya mampu menjadi baik apabila dikendali oleh golongan yang menjulang keadilan.

Benar, parti-parti sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat ada kelemahan dan kesilapan masing-masing. Namun kelemahan dan kesilapan mereka tetap ada batas sempadannya. Memang ada masanya mereka bercakap ‘lepas’, tetapi mereka tidak pernah menzalimi orang lain.

‘Say no to Umno’.

Ketiga, PAS tidak boleh curang terhadap Pakatan Rakyat. Dalam ungkapan lain, kesetiaan PAS terhadap Pakatan Rakyat tidak boleh berbelah bagi.

Belum pernah berlaku dalam sejarah PAS, satu persetiaan yang harmonis terjalin seperti persetiaan yang terhasil semasa konvensyen yang lalu. Akui Anwar, BN sendiri tidak mempunyai dokumen persetiaan dasar seperti yang dimiliki Pakatan Rakyat.

Persetiaan itu bukan sekadar helaian kertas, tetapi persetiaan yang tersimpul harapan rakyat. Mencabuli persetiaan itu sama seperti mencabuli harapan mereka.

Agenda Melayu, bekerjasama dengan Umno dan curang dalam persetiaan dalam Pakatan pasti meruntuhkan PAS. Kita yakin, itu tidak akan berlaku kini dan akan datang juga. -bongkarsauh

Ulasan GB

Itulah pandangan Ust Zolkharnain Abidin, exco Dewan Ulamak PAS.

Namun yang utama kita ialah mnyedar golongan pengampu-pengampu yang satu ketika Ustadz Zolkharnain menyifatkan sebagai penyokong yang membawa rebah. Golongan ini disifatkan sebagai golongan yang menjahanamkan PAS.

14 ulasan:

Anak PR Selangor berkata...

Semua yang sayangkan PAS kenalah berhati-hati dengan Nasharuddin, Hassan Ali, Mustaffa Ali, Abu Bakar Chik dll yang sewaktu dengannya.

hussin berkata...

“Perkenal Islam secara fitrah” -Dr.Wahbah

CENDEKIAWAN Islam tempatan digesa memperkenalkan prinsip-prinsip Islam kepada masyarakat bukan Islam sebagaimana yang dilakukan Rasulullah s.a.w dalam pembentukan Piagam Madinah.

Gesaan yang dimaksudkan adalah memperkenal prinsip keadilan hak, kebebasan berfikir dan beragama, kesamarataan sosial serta keselamatan jiwa.

Demikian gesaan Dr. Wahbah az-Zuhaily pagi tadi ketika menyampaikan syarahan ‘Fiqh Masyarakat Bukan Islam dalam Negara Islam’ di sini.

http://zainulfaqar.wordpress.com/2009/12/23/perkenal-islam-secara-fitrah-dr-wahbah/#more-4302

-------

terima kasih ust zol - satu pandangan yang bernas serta menepati citarasa dan inspirasi rakyat.

saya tertarik dengan luahan ust zol di perenggan terakhir tulisan beliau:

"Agenda Melayu, bekerjasama dengan Umno dan curang dalam persetiaan dalam Pakatan pasti meruntuhkan PAS. Kita yakin, itu tidak akan berlaku kini dan akan datang juga."

keyakinan ust zol bahawa "itu tidak akan berlaku kini dan akan datang", bukan sahaja sebagai satu peringatan kepada kepimpinan agar tidak lagi igaukan "agenda melayu, berkerjasama dengan Umno dan curang dalam persetiaan dengan Pakatan". malah ia juga dapat dilihat sebagai pernyataan kebimbangan ust zol dengan mainan politik chameleon yang ditunjukkan oleh kepimpinan saban hari sejak dari selepas pru 12 hingga kini.

gesaan dr wahbah (petikan di atas), perlu sangat untuk dihayati oleh kepemimpin pas di semua peringkat. pas perlu sekali menggunakan pendekatan dakwah dalam politik.

sehubungan dengan itu gerak tindak lajnah2 tidak boleh berlaku secara berasingan dan bukan dengan tujuan untuk berlumba2 lajnah mana banyak program!

wallahu'alam

Tanpa Nama berkata...

ahmad aminudin. Ipoh Perak.Tolong siarkan komen ini..

saya adalah pembaca setia blog Mahazalim (dulu), dan greenboc (kini). boleh dikatakan saya mengikuti pendapat GB. tapi pada kali ni saya amat berharap. GB jangan terlalu mengkritik pimpinan PAS dalam blog secara terbuka.
ini akan memberi implikasi yang amat besar kepada peringkat akar umbi yang mana sekali sekala sahaja membuka web..(kebanyakan orang kampung).. jika terbaca sekali tanpa ada pengetahuan asas.. ini boleh mnyebabkan konflik..
saya cadangkan kepada GB.. kalau masih belum puas hati/marah dengan pimpinan TGHH/ (termasuk UG)... harap harap GB berani bersua dengan mereka dan nyatakan ketidakpuasan hati GB...
saya amat berharap sangat perkara ini berlaku...
saya takut PAS jatuh bukan sebab idea UG sangat, tapi sebab jatuh kerana ada pihak mengkritik keterlaluan dan terlalu terbuka serta berterusan...
kalau tak puas hati, pergi terus jumpa Hassan Ali, Ustaz Nasa dll...

Unknown berkata...

Baca betul-betul siapa penulis artikel berkenaan. Ia tulisan Ustadz Zolkharnain Abidin, seorang exco Dewan Ulamak PAS Pusat.

Untuk makluman sdra Ahmad, waktu mula-mula UG diperkenalkan Ustaz Zolkharnain juga mempertahan Presiden parti, namun setelah masa berlalu, kini Ustaz Zol lebih ternampak realiti yang sebenar dan apa yang boleh merosakkan parti.

Sebenarnya bukan Ustaz Zol, bukan GB bukan 1,2,3 orang yang tak puas hati, tapi majoriti ahli tak puas hati.

Bila Mursyidul Am minta buat EGM selesaikan pemimpin bermasalah, dihelahkan buat seminar memperkasakan parti.

Majority of PAS members are not idiots, are we?

ANAKDAGANG berkata...

SETUJU DGN GB, JIKA AHMAD TAK PUASHATI SILA JUMPA USTAZ ZORKHARNAIN AL-HAFIZ DI PERLIS.
PERGILER.

Agustus berkata...

Greenbok says: "Bila Mursyidul Am minta buat EGM selesaikan pemimpin bermasalah, dihelahkan buat seminar memperkasakan parti."

Apa maksud kau dihelahkan? Kau nak fitnah sapa ni? Bukanke TGNA sendiri yg nak tukarkan EGM kepada seminar khas lepas jumpa salahuddin?

Majoriti ahli PAS tak bodoh. Kau pun tak bodoh. Tapi hati kau jahat atau tidak, moga Allah ampunkan.

Unknown berkata...

Mesyuarat khas barisan pemimpin atasan PAS yang berlarutan lebih empat jam sehingga selepas tengah malam ini memutuskan untuk membawa PAS Selangor ke depan jawatankuasa disiplin parti itu.

“Isu Selangor kita serah pada jawatankuasa disiplin yang dipengerusinya oleh (naib presiden) Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menyiasat sejauh mana kebenarannya tuduhan-tuduhan yang dilemparkan itu,” kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mesyuarat yang melibatkan ahli-ahli jawatankuasa pusat PAS dan barisan pesuruhjaya negeri juga memutuskan untuk mengadakan seminar politik bulan depan bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Seminar yang dirancang itu, dengan melibatkan perwakilan setiap peringkat kepemimpinan parti, bagi menggantikan idea muktamar khas – yang asalnya disarankan oleh menteri besar itu di blognya, Khamis lalu – yang diputuskan tidak perlu diadakan.

“Satu seminar politik akan diadakan pada 7 November ini yang dihadiri perwakilan daripada seluruh negara bagi membincangkan isu yang berkaitan dan isu-isu lain bagi memperkasakan PAS.

“EGM (muktamar khas) tidak ada. Kita bersetuju EGM tidak ada,” kata Abdul Hadi lagi.


Dua keputusan penting itu diumumkan dalam sidang media ringkas di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur selepas mesyuarat berakhir kira-kira jam 1 pagi ini. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali – yang turut menjadi sasaran kemarahan Nik Aziz – sebelum ini dan seorang lagi Naib Presidennya Salahuddin Ayub turut hadir di sisi Abdul Hadi.

Kira-kira 60 wartawan dan jurugambar setia menungggu mesyuarat khas itu sehingga sidang media itu tamat.

Tanpa Nama berkata...

Satu cara je boleh perbetulkan PAS semula. TGHH dan Nasya kena melangkah keluar parti jika dah nak sgt ke UMNO. Pengampu2nya boleh ikut sama.

Anak PR Selangor berkata...

Satu je kesimpulan saya... Augustus adalah orang dari kumpulan UG @ balaci Nasharuddin Mat Isa dan Hassan Ali.

malaysiabaru berkata...

malaysiabaru.com said,

Salam Xrismas,

TAHNIAH UNCLE GB,

saya mula meminati tulisan uncle... uncle amat berpengalaman dalam bidang penulisan walau tidak diiktiraf oleh pemimpin PAS.. semestinya segala anggapan uncle sentiasa ada kebenaranya dan bukan helah semata mata atau bertujuan menjatuhkan seseorang.

uncle pejuang sejati PAS, ikhlas mahu merubah masa depan PAS. supaya lebih relevent kpd pelbagai jenis lapisan masyarakat... terutamanya penyokong pkr, dap, penyokong atas pagar spt gerakan, mca, dan bekas ahli mic serta mungkin ramai ahli umno pun sudah mula tertarik dgn PAS pasa suatu waktu ...

kini ... PAS telah menunjukan belang sebenarnya walau dpt sikit merasa kemenangan... menang pun sebab strategi anwar, lge dan bekas naib-naib presiden dan bekas SU agong PAS.

Susah sgt ker nak buat EGM? apa gila gaji/elaun yg tinggi di peruntukan kpd ketua parti, dan jawatan glamor dlm PAS sehingga takut pd EGM?

adakah PAS mahu kembali ke zaman PAS tercongak-congak nak menang walau 1 kerusi parlimen pun ...

kalau org melayu sendiri dah muak dgn PAS, apatah lagi orang cina dan india?

ISLAM itu indah..kenapa susah sgt pemimpin PAS nak ikut ...dan laksanakan supaya nampak indah di mata org melayu,cina dan india..

sekarang PAS telah menunjukan ISLAM itu sudah jadi versi HADI dan HASSAN...

ramai rakyat malysia suka ISLAM versi Nik Aziz yang lebih sebenar mengikut lunas-lunas islam yg sebenar .. tolonglah naikan balik martabat islam versi PAS yang sebenar-benarnya!

ikhlas dari

malaysiabaru.com

Tanpa Nama berkata...

HADI NASHA MUSTOPA DAN HASSAN ALI INGIN KEMBALIKAN PAS KE ZAMAN BATU, ZAMAN MELAYU, ZAMAN NASIONALISMA, ITU SEBAB TAK BERMUSUH DGN UMNO LAGI.

NAK JADI MENTERI CARA MUDAH UNTUK KALAHKAN ANWAR. ITU NIAT SEBENAR DIA.

HARI ITU DI KONVESYEN, HADI SEDAP MULUT SALAHKAN AHLI PKR YANG MELOMPAT. KONON PKR SALAH LETAK CALON. MMG PAS TAK DER YG MELOMPAT SEBAB ADA BAIAH, KALAU TAK DER BAI'AH HASSAN ALI DAH MELOMPAT DULU.

PAS WALAUPUN TAK DER ADUN MELOMPPAT RAMAI JUGA CALON2 PAS KALAH. BELUM SEMPAT LOMPAT PUN DAH KALAH DALAM PERTANDINGAN. TERENGGANU SENDIRI BERAPA RAMAI CALON PAS KALAH?

DALAM DUNIA NI BELUM ADA KERAJAAN ATAU PARTI NAK KAWAL BLOG KECUALI PAS ERA HADI KERANA TAKUT UNTUK HADAPI KEBENARAN, TAKUT KRITIKAN.





JGN TGK SALAH ORANG LAH HADI. TGK APA YANG AWAK SENDIRI DAH BIKIN KPD PAS. PAS BLUM PERNAH BERPECAH SEMACAM INI WALAUPUN DI ERA DATUK ASRI DULU. HADI BOLEH DIBERI ANUGERAH BAPA PERPECAHAN PAS.

Martoiriat berkata...

Setelah PAS,PKR dan DAP bernaung
dibawah satu lambang nanti, diharap
kan janganlah ada lagi diantara
pemimpim2 PAS yg bercakap atau
memberi kenyataan2 tentang perpaduan dgn UMNO. Lupakanlah
semuanya itu demi kebaikan untuk
PR. Andainya pemimpim2 PAS maseh
lagi tak habis2 bercakap pasal isu2
perpaduan itu, PAS akan dilihat
dari kaca mata kaum india dan cina adalah pembelot kpd mereka.
Pemimpim2 PAS harus sedar bahawa
kemenangannya diPRU 12 yg lalu
kebanyakan undi yg diperolehinya,
adalah datang dari org2 cina dan
india. Mereka undi PAS bukanlah
bererti mereka minat atau sukakan
PAS, tapi kerana mereka benci UMNO-
BN. Maka mereka pileh PAS sebagai
protes kpd UMNO-BN.
Pemimpin2 PAS harus menerima hakikat ini. Andainya pemimpim2 PAS
maseh lagi bertengkar sesama sendiri dan tak habis2 dgn isu2
kerajaan Perpaduan, PAS akan
kehilangan undi2 dari kaum lain.
Ini adalah realiti dlm politik dan pemimpin2 PAS harus terima kenyataan ini.
Sepatutnya PAS mesti bersama2 dlm
PR, jika mereka ingin maju kedepan. Buatlah apa yg patut utk
memberi kekuatan pd PR. Sekiranya pemimpim2 PAS masih lagi, tidak
berubah dan memberi kenyataan2
tentang isu2 k'jaan perpaduan, PAS akan kehilangan pengundi2nya yang beketurunan cina dan india, begitulah jugak dgn org2 melayu yg tak sokong k'jaan perpaduan.

Malaymind berkata...

Yang pergi mesyuarat dengan Lim Kit Siang dan Anwar adalah Hj Hadi dan Nasharudin.

Yang kafirkan UMNO, pembenci UMNO no 1 dalam PAS adalah Hj Hadi. Dialah yang paling benci UMNO sejak sebelum 1982 lagi, bukan macam korang - korang semua yang baru lahir masa tu.

Tapi, kenapa dia nakkan kerajaan perpaduan sekarang?

Orang yang sayangkan PAS kenalah ikut orang yang tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam Pakatan Rakyat, bukannya blogger2 yang TAK PERNAH MASUK PUN MESYUARAT PEMIMPIN PR.

Blogger ni tak tahu apa yang ditradeoff kan dalam mesyuarat. Yang dia tahu, 'Say no tu UMNO' walaupun otak dia sampai setakat itu saja.

Apa selepas 'Say No to UMNO'? Dia pun tak tahu.

Kalau hangpa BERANI kafirkan UMNO, barulah boleh buang Hj Hadi dan kumpulan perpaduannya. Tahap benci korang pada UMNO masih sikit lagi berbanding dia.

Itu pun dah rasa diri pejuang PAS sejati ke?

Tanpa Nama berkata...

"Orang yang sayangkan PAS kenalah ikut orang yang tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam Pakatan Rakyat, bukannya blogger2 yang TAK PERNAH MASUK PUN MESYUARAT PEMIMPIN PR."

Oleh itu semua rakyat 23 juta orang kena masuk di dalam mesyuarat pemimpin PR baru tahu kebenaran? Gitu?

Otak anda memang "kebangsaan", bersesuaian dengan nama anda "Malaymind".

Setakat itu sahajalah ruanglingkup pemikiran anda.